mercredi 4 janvier 2012

La Galette des Rois (L'Epiphanie) à la frangipane fait maison.

| |

Pada setiap tahun apa sahaja acara sambutan yang di-ulang-ulangi  seperti mahunya tradisi itu diamalkan dengan sepatuhnya, selepas sudah menyambut kehadiran tahunnya baru, serentak sekali menyambut acara Galette des Rois, dimana sambutan rasminya pada January 6 ini.

Cuba mencubai sediakan galette ini sebagai manisan buat "l'heure du goûter/tea time-snack time" dimana ia-nya salah satu pengamalan kemestian cara waktu makan ditanah Peranchis ini, tepat jam 4:00 petang bermula lah kedengaran suara memanggil-mintak apa kah manisan yang akan dijamu buat minuman petang yang sememangnya tidak pernah tercicir-terkeluar dari agenda harian!

Berisi-inti kekacang badam halus yang dijadikan crème frangipane ditambah perasa crème pâtissière yang telah disediakan diawal malam semalam.

Pâte feuilletée pula s-market mari, lebihan saki baki buat penyediaan "amuse bouche" sambutan tahun baru yang sudah.

Tidak dipotong dan rasai lagi karena nantikan CintaJL, rasmi kan ini manisan bersama-samanya, lagi ceria!

Corak-corak bungaan hanya diterap segitu sahaja, selaputi sekeliling pinggiran-datar dengan icing-sugar sebagai penyeri.

Disekeliling pinggiran tepi dinding galette diterap bercorakan seperti bentuk mentari sedang bersinar dengan gemilangnya!

Adore photo ini ...

La Galette des Rois ini dihidangkan tanpa mahkota juga tanpa berisikan "les fèves/small figurines" karena wajib menghormati semahunya tradisi lagi-lagi hari ini sudah melanggar-derhaka itu tradisi maka nya galette ini hanya disediakan sebagai latihan buat diri sendiri sebelum menyediakan Galettes des Rois yang rasminya disambut pada January 6 ini, voilà!


2 commentaires:

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat Ratna.....

Macam-macam sambutan tradisi sempena menyambut tahun baru di Tanah Perancis ye Ratna.....

Cantik sekali manisan yang menunggu dirasmikan CintaJL tu...adakah ia sejenis pie?

Ratna memang pandai mengambil shoot-shoot yang menarik di meja hidangan membuatkan orang yang memandangnya kecur air liur..ha..ha..ha

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna..
Wah! begitu menarik sekali, mesti rasa nya pun sedap. frangipane saya makan disini ialah di Delicious.