lundi 30 janvier 2012

Gâteau Crème de Chataïgnes et Pépites de Chocolat Noir.

| |

Sudah diramalkan bahawasanya hari ini salji putih mulus akan turun ... sebagai manisan sepetang ini sediakan gâteau puree jam buah berangan berbijian chocolat noir, tunggu punya tunggu umpama sebuah lagu yang teramat terkenal ketika masa nan silam ... Penantian ... Kumpulan Harmoni ..

Berapa lama mestiku nanti
Sinar cahaya mata mu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibir mu
Memecah hening taman
Taman Syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu Penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku ...

Setengah adunan berbijian chocolat noir dan setengah pula tanpa, kosong gitu!

Di tepi Tingkap ruang makan terdapat sebuah meja kecil juga satu kerusi dimana disitu lah tempat bersenang lenang lagi sendirian sambil menyelak satu .. satu ... helai-helaian muka surat segala bagai buku masakan&baking bertemankan se-mug kopi kosong atau bersusu cream juga apa sahaja manisan yang telah disediakan atau tanpa nya, tapi hari ini agak istimewa ... kemungkinan suasana murung comot ditaman halaman akan di-perindahkan dengan turunan salji ...

Tunggu dan menanti dengan sabarnya, setiap jam berlalu ... namun masih tidak kelihatan turunan salji seperti yang telah diramalkan.

 Tukar agenda terus naik keatas mencari camera, camera ditangan dan bermula lah acara me-clip clap snap photos sebelum cahaya semulajadi bertukar gelap gelita!

Selesai sudah, terus menjamu gâteau berteman kopi kosong sambil melihat pandang ke-tingkap mengharap salji akan turun.

 Rasa kerasaan gâteau buah berangan ini ialah halus lagi gebu nian ... dengan sentuhan bijian chocolat noir dan butter ber-garam menaikkan lagi aroma dan rasa terhadap gâteau ini, super yummy... 

Kesudahan hari ini bersamaan Isnin 5:30 petang, cahaya semulajadi sudah berundur pergi mengelam-gelap kan diruang makan petanda tidak perlu menunggu lagi ... diluar suasana taman halaman bertambah murung comot sekali ...
Tidak mengapa ... memujuk diri sendiri ..

Esok juga sudah diramalkan salji akan turun ... berharap benar seperti yang dicanangkan, semoga-moga ... begitu princess yang Bongsu akan ter-senyum manis kegembiraan dengan ada-nya turunan salji yang putih suci!

3 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam..
Wah, mesti seronok, apa ya ditunggu dah tiba..

Mak Wardah a dit…

Ratna,

Maaf saya ada pinjam photo tanpa izin. Maaf sangat2.

bintangjauh a dit…

Salam Mak Wardah, jangan risau lagi gundah, silakan sahaja maka itu tanpa watermark tidak mahu pusing kepala dengan masa'alah copy&paste gitu aman damai jadinya.

Maaf sudah diterima dengan sejahteranya.

Salam manis manis madu.