dimanche 8 janvier 2012

La Petite Douceur du Dimanche Très Moche!

| |

Meringues ... meringues ... seputih lembut umpama sutera .. kulit licin bagai sebiji telur yang dikupas ... oh, bukan! .. licin bagai permukaan porcelain des Sèvres ... rangup garing merkah sopan petanda cukup masaknya, didalam berisi gebu halus mulus manis menyengat ketika digigit rasa, namun gigitan ke-2, ke-3 dan seterusnya rasa-kerasaan manis yang menyengat itu rupanya hanya seketika sahaja, alang kah lembut rasa manisnya meringues ini ...

Sediakan Meringues sebagai minuman petang ini, dimana keadaan cuaca dihari Ahad ini begitu comot sekali bagi melembutkan suasana maka itu tersentuh selera terhadap manisan Meringues yang cepat lagi senang disediakan.

Sebentar nanti akan sediakan itu crème Chantilly sebagai peneman si-Meringues ini!

Adore photo ini, umpama seperti gunung Mont Blanc ...

Ketika sedang me-clip clap snap photos, sejenak terfikir ... kok sediakan ini Meringues segitu sahaja, apa kata dilain kali sediakan itu Pavlova pula ...?

Tidak boleh ber-ayatan dengan panjangnya kali ini, ter ... kena berhenti karena Anaks sudah tidak kesabaran menanti itu crème Chantilly yang lemak-lunak rasanya harus disediakan sekarang lagi serta merta!  Jam menunjukan sudah lebih jam 4 petang, maaf ya, mohon nyusur!

10 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Hmm, Yummy Ratna..tapi manis meletingkan...

angahPJ a dit…

Salam Ratna..

Masih belum terlambat rasanya mengucapkan `selamat tahun baru' buat ratna di sana.

norlieharumaini a dit…

salam ziarah dan kenal

aimi laili a dit…

seronok singgah baca blog chez ratnajg hari2, gambar makanan sedap2 & cantik2 semuanya. yummmyyy!

NaniRostam a dit…

Paclova mini itu rat.....

Dring drong nya ku tunggu...

Salam kasih sayang.

Mak Wardah a dit…

Puan Ratna,
Enak dipandang apatah lagi di makan...

Salam persaudaraan dari jauh

bintangjauh a dit…

Salam sis Iha, iya ... manis kali .....!! satu sudah mencukupi.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali wahai Angah, jangan risau ... disini persampaian ucapan sehingga dihujung bulan January, masihi punya masa dan peluang.

TerimaKasih segunung tinggi juga buat Angah Selamat sudah tahun baru semoga apa sahaja yang telah dilafaz seperti azam-impian-doa-niat akan dipermudahi dariNya juga diperolehi kesihatan yang sehat Wal'afiat sejahtera.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam wahai Mak Wardah, sediakan buat Anakanda semua, mereka suka sangat-sangat.

Salam persaudaraan kembali buat Mak Wardah yang budiman.
Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Buat Kak Norlie dan aimi laili, Salam perkenalan juga TerimaKasih segunung tinggi dengan kesudian menyinggah diblog Ratna ini yang begitu dihargai sekali.

Salam manis manis madu.