dimanche 1 janvier 2012

Les Voeux du Monde Entier et bonnes résolutions ......

| |

Que souhaitez-vous pour 2012?

Lafazkan azam baru buat kedatangan tahun baru, apa-kah azam-azam baru yang telah diniatkan serentak dengan sentuhan jarum telunjuk jam 12:00 tepat?

Apa sahaja harapan dan niat-niat yang telah tersemat didalam diri untuk sepenuh tahun 2012 ini, semoga akan dapat dicapai-isi juga ditepati sama seperti sebuah perjanjian yang bertitik noktah.

Kepada semua para bloggers yang budiman, Ratna sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012, dahului dengan doa keatasNya Allah Subhanahu Wa Ta'ala segala puji-pujian hanya kepadaNya semata, semoga diperolehi senantiasa kesihatan yang sehat sejahtera hendaknya, semoga dilimpahi Rahmat-Berkat kesejahteraan yang gemilang di-sepanjang perjalanan tahun 2012 ini.


Di-salon-ruang tamu, ketika persiapan menghias meja bagi sambutan malam tadi.

CintaJL nyalakan tungku api di-chimney sebagai penghangat sekitaran diruang tamu.

Seperti setiap tahun, hanya bertiga bersama yang Bungsu, yang Sulong dan yang Tengah sudah ada acara sendiri bersama kawan-teman se-class jadinya sambutan begitu "serene-calm" gitu!

Setelah berdetik nombor terakhir yang dikirakan oleh yang Bongsu, secara spontaneous " Bonne Année, bonne Santé, joie et de bonheur"

5 commentaires:

Cik Eka a dit…

selamat tahun baru sis

Arizakiah a dit…

Selamat Tahun Baru bua Ratna dan family....

Semoga 2012 lebih sukses ,lebih manis dan indah dari tahun sebelumnya...

Salam kasih....

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, TerimaKasih segunung tinggi juga buat Cik Eka Selamat meraikan kehadiran tahun baru ini dengan gemilangnya.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Kasih buat Zakiah juga Family, begitu juga buat Zakiah hendaknya apa sahaja azam dan niat-doa akan dipermudahi olehNya yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Salam manis manis madu.

Mak Wardah a dit…

Bestnya dapat baca blog Ratna. Selamat Tahun Baru. Hilang stress saya lepas kerja.