mardi 31 janvier 2012

Syukran, salji memutih putih!

| |

Penantian semalam sudah ada penawar ... salji nan putih suci menyelaputi  se-alam semesta ... saluran berita info menyatakan hari ini "La France en blanc"/France yang putih, iya ... disini juga dikampongulu sudah putih memutih bertukar wajah dengan sucinya.

Semasa menghantar yang Bongsu ke bus stop diawal pagi tadi, pabila langkahan per-1 telapak kaki terbenam lembut lunak serasanya, rasa perasaan dianak hati berbunga-bungaan kembang dengan cemerlangnya sampai begitu sekali ungkapannya membayangkan gimana Anugerah dariNya yang maha Kuasa tiada tandingannya!

Mengapa adore dengan suasana adanya salji? Karena setiap dimusim sejuk suasana cahaya yang kelabu boleh menukarkan rasa perasaan menjadi murung lagi monyok, maka itu pabila salji turun rasa perasaan terus serta merta menjadi ceria dengan keindahannya seolah itu lah penawar yang terpaling mujarab walau pun terdapat masa'alah yang tidak boleh dielak kan seperti pintu gate tersekat, laluan jalan harus dibersihkan dari ketebalan lapisan salji juga kenderaan dibawa harus perlahan seperti sang kura-kura walau pun tayar kereta sudah ditukar kan ke tayar khas buat sepanjang semusim sejuk-salji dan selanjutnya dimana banyak lagi pelbagai kerumitan yang sedia diterima dengan sejahteranya.

Ketika menulis ayat-ayatan ini salji masihi sedang turun dengan deras lagi lebat sekali, jadinya harus ditunggu berhenti sebelum keluar ke taman halaman bagi agenda me-clip clap snap photos scenery/image disekitaran kampongulu ini. Hari ini akan berjalan keluar meneroka disekitaran kampongulu sehingga di hujung jalan dimana terdapat kawasan tanah pertanian yang luas seluas besar alam semesta.

Seperkara lagi, pabila semuanya menjadi putih, cahaya disekeliling bertukar begitu terang cerah menyerlah menyilau kan anak mata memandang dan didalam rumah juga menjadi terang benderang gitu, menakjubkan lagi rasa perasaan karena ini adalah sinaran semulajadi, iya ... adore sekali dengan sinaran putih bersih suci dariNya, Syukran!

Setiap kali salji turun menebal ditaman halaman, Honey Aristocat begitu suka berada diluar rumah meneroka kawasan sekelilingnya. Jelita lagi comel wahai Honey Aristocat ku ...!

Bergegas cepat dengan rupa paras yang garang ... ternampak sekumpulan sang burung-burung sedang mencotok apa sahaja makanan diatas dataran tanah, Maka itu gayanya yang terburu-buru mahu cepat gitu.

Di-pinggiran anak tangga dihadapan rumah sedang menyaksikan gelagat sang burung-burungan sebok mencotok makanan dengan pandangan yang mengasyik kan sekali!

Voilà! Comel cenonet sayangnya photo ini di-zoomkan dari tingkap jadinya tidak begitu jelas lagi lagi sang burung asyik bergerak tanpa berhenti mencotok-cotok!

Photo ini (tiang pengawal gate) juga di clip clap snap dari tingkap ketika salji sedang turun dengan lebatnya sehingga lah disaat ini masihi turun ...

Di clip clap dari tingkap bilik bacaan/library, kelihatan taman halaman jiran sebelah, rumah kecil itu ialah bekas rumah belaan se'ekor anak anjingnya tapi kini sudah pergi ... sebagai kenangan itu lah tinggal hanya rumahnya.

Dari balkony tingkat atas dibilik tele, balustrade diselaputi oleh salji putih bersih, indah sekali!

Angle dari tepi, kok tersenget-menget jadinya photo ini takut camera terkena cebisan salji, makanya ...

Dari salon/ruang tamu, kelihatan turunan es salji dari tingkap.

Gambaran dekat, kelihatan dot dot dot es salji.

Dari tingkap-pintu didapur.

Dari salle a manger/ruang bilik makan mengadap terus ke-gate hadapan rumah.

Setakat ini saja apa sahaja yang boleh dipaparkan, photos yang diambil hanya dari dalam rumah kerna salji tidak mahu berhenti lagi, jadinya nantikan dahulu pengambilan photos dikawasan pertanian dihujung jalan, Insya'Allah jika salji berhenti akan pergi keluar acara me-clip clap fasa seterusnya.

Akan bersambung ..................!

8 commentaires:

Cik Eka a dit…

sis rat..eka nak komen banyak..hehehe

pertama semua gambar cantik2 dengan salji...bila lah agakny nak merasa pegang salji tu...hehehe

kedua aduhai aristocat...bukan main gebu mulus dengan serpihan salji di atas badan dia..

ketiga rumah sis rat tentu cantik sekali! tengok lampu tu pun dah tau...

nanti update lagi ya sis.... suka tengok salji.....

hehehe

Uncle Lee a dit…

Hi, how you doin'? Love that beautiful cat! Gorgeous!
And you are a very good photographer. Beautiful, very creative pics too.
Love the angles of your shots.
Outstanding!

You have fun and keep a song in your heart.
Lee.

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, Insya'Allah suatu masa dan ketika Cik Eka akan merasa es salji didepan anak mata dan dapat menyentuhi dengan nyatanya!

Honey Aristocat yang begitu "adorable" sekali, pabila namanya dipanggil lembut terus memandang tepat kearah suara yang memanggil ... siapa lagi jika tidak si-BintangJauh!

Seadanya sahaja wahai Cik Eka, ramai yang menyatakan bahawasanya rumah itu syurga, bagi sis Ratna pula ialah rumah itu seharusnya tampak tenang lembut dan selesa berada didalamnya, itu sahaja!

Iya, sambungan photos seterusnya sudah dipaparkan, yok tengok!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Bonjour Uncle Lee, Je vais très bien merci et vous-même?

Oh ... Uncle Lee, I am so glad to hear from you and thankyou very much for all your lovely compliments, you make me blush red like an apple!

Bonne journey and sing a song La vie en rose in your heart.

Salam manis manis madu.

Cik Eka a dit…

mudah2 mudahan dapat rasa salji yang ori..bukan buatan..hehehehe

pasti dia sayang sekali dengan sis rat.sebab tu bila dipanggil dia memandang..

rindu nak ada kucing.dulu ada pelihara kucing.tapi jiran sebelah rumah,kurang suka kucing.lalu dpukulnya kucing eka separuh mati.....

ajalnya belum sampai,dia hidup..dan sihat..kurang seminggu,dia dilanggar kereta..menangis seminggu..terus fobia mahu pelihara kucing....

sedih yang amat sis...

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, ya ampun maha keampunan ... Bagaimana manusia boleh bersikap kejam terhadap binatang lagi lagi si-anak kucing ada lah peneman/sahabat yang amat dihargai oleh Nabi Muhammad SAW alkisah yang sering diulaskan mengenai kasihsayang Beliau terhadap si-anak kucing sehingga Beliau sampai sanggup memotong lengan bajunya demi tidak mahu mengganggu si-anak kucing yang sedang nyenyak tidurnya.
Sememangnya jiran Cik Eka tiada naluri berbelas kasihan lagi tidak berperikemanusiaan, bersikap kejam seperti dizaman jahiliyah dan tidak tahu hukuman yang teramat berat akan diterima olehnya diatas perbuatan yang kejam itu! Sudah diperingat-ingatkan bahawasanya perbuatan kejam terhadap yang bernyawa diduniawi ini akan menerima balasan yang setimpal dengannya!

Remok lagi sedih serasanya perasaan hati sekarang!


Semoga perasaan fobia itu akan lenyap disatu hari nanti, bagi sis Ratna se'ekor anak kucing ada lah seperti sahabat yang setia sekali, sis Ratna adore kucing semasa remaja punyai 15 anak kucing!

Iya Honey se'ekor anak kucing yang manja lagi tertip tingkahlakunya, panggil sahaja namanya terus datang, gitu!

Salam manis manis madu.

aznimatisa a dit…

Salam manis manis madu,
comelnya Honey Aristocat and also a lovely photo dari lensa mata bintang jauh. fantastic job!

Keep it up :-)

bintangjauh a dit…

Salam manis manis madu kembali buat Aznimatisa, ya ampun ... begitu lama sudah tidak kedengaran khabar berita terus ceria ketika menerima semua komentar darimu!
Ratna sedang berlajar gimana cara mengambil photo, cubai cara pro tapi tidak menjadi! Hanya seadanya sahaja, gimana pun TerimaKasih segunung tinggi dan tersangat-sangat gumbira dengan kemunculan dari Aznimasita.

Sampai nanti! Salam manis manis madu.