mercredi 25 janvier 2012

Tseiskéik or Cheesecake.

| |

Baru sedari dan tahu bahawasanya Cheesecake yang tulen lagi asli berasal-usul dari Ancient Greece dan bermula di-pulau Samos 4,000 tahun yang silam dimana selama ini begitu percaya asal usulnya dari N.York seperti mana terkenalnya New York Cheesecake yang dicipta oleh Arnold Reuben 1883-1970 (dari Germany berhijrah ke America) seterusnya menjadi begitu terkenal diserata dunia!

Sejarah lengkap mengenai Cheesecake ini seterusnya boleh dijengok-tengok di Mr Google ya.

Tidak ku sangka Cheesecake sebenarnya dari Greece!


Cheesecake ini dialaskan dengan lapisan biscuit spéculoos jenama Lotus. Gunakan dua tangkai vanilla, jadinya rasa kerasaan adunan creamcheese begitu "aromatique" dan "subtil" sekali!

Biscuit Spéculoos (asal usul dari Belgium) ini sudah cukup manisnya maka itu tidak perlu ditambah gula cuma campurkan sahaja butter yang telah dicairkan dan gaul sehingga sebati, begitu senang sekali!

Lapisan kedua ber-chocolat noir juga chocolat praliné, ada pilihan kepada yang cerewet dimana Cheesecake sebegitu sahaja tidak berapa adore .. katanya!

Gabungan Spéculoos dan creamcheese  verdict-nya, j'adore ... serasi sekali terutama Spéculoos ada lah biscuit yang ber-spice rempah menyeimbangkan rasa creamcheese yang lemak-lemak manis lagi lembut itu, umpama gula melaka syrup sentuhan star aniseed/bunga lawang bersantan kelapa muda aroma wangian dedaun pandan!

Sesuatu yang kurang berkenan dianak mata memandang ialah atas dataran cheesecake ini kok merekah, mengapa ya? Ada yang berkata sememangnya begitu, iya ke? Gimana pun rasa Cheesecake ini teramat sungguh super mega yummy, voilà!

Sudah tahu dan ngerti pertanyaan mengapa atas dataran merekah? Sebab musababnya ialah seharusnya dibakar di-oven 200°C selama 10 minit lantas turunkan suhu 90°C selama 30 minit, lengkap masaknya biarkan sejuk sendirian didalam oven selama 2 jam dimana pintu oven terbuka sedikit terus sejukan didalam peti-es semalaman. Akan mencuba, merci Mr Bernard.


4 commentaires:

Kak Rose a dit…

Ratna, nampak biscuits tu pun dah sedap, belum lagi merasa cheesecakenya, pasti yumy sekali... kalah kuih bakar durian kak rose ni!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot a dit…

Salam kenal.Wah gambar yang betul2 cantik semuanya.Jemput tengok dapur Kak ros yang tak seberapa ya.

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam...
Wah Ratna, sehati sejiwa kita. Saya pun bake cheese marble brownies. memang betul kata Rat, cheese cake tak boleh masak terlampau lama..nnti merekah.
nway, enjoy the cheese cake!

CT Delima a dit…

Salam kenal dari Che Ct

ct juga pengemar cheese cake. kalau makan sekali memang tak cukup mahu berkali2. tambah2 lagi kalau makan tika dingin rasa asyik sekali.

sangat tergoda dan suka lihat pic yang cantik dan masakan yang enak2 semuanya :)

CT follow juga..