jeudi 9 février 2012

Confort Food Vitaminé.

| |

Hampir dua minggu cuaca suhu menurun-turun minus dan lagi minus sejuk-mendingin umpama diSiberia. Jadinya ... cara yang terpaling mujarab untuk menghangatkan diri ialah sediakan ini soup rebusan sayur-sayuran, perencahnya hirisan daging ayam juga udang yang begitu segar sekali bagi penambah rasa.

Bawang échalotes, bawang putih juga halia dimayang halus seperti menghiris daun-daunan pandan bernama daun rampai, semahunya begitu! Sesudu minyak masak sudah memadai jangan banyak karena soup yang bergenang dengan minyak tidak begitu menambat selera, ketika sudah layu dan naik keharuman bahan gorengan humbankan sebegitu hirisan daging ayam, hirisan kacang leper/haricots plats (cocos), fenouil/fennel juga kobis china. Curahkan air panas kedalam ramuan soup begitu tidak perlu lama merebus, baru sahaja trigin mendidih tutupkan api dan diakhiri dengan campuran udang karena udang disini sudah separuh masak jadinya tidak perlu lagi memasaknya dahulu, oops ... jangan lupa garam juga lada sulah, kemestian!

Sebagai ramuan sampingan dan penambah spaghetti direbus terlebih awal lagi. Voilà, soup ini biasa sahaja tiada keistimewaannya, bak kata Moyang soup air rebusan, gitu!


Kobis china sebagai perahu duduknya spaghetti.

Dengan adanya spaghetti sebagai penambah begitu lengkap isi kandung soup ini bagi menghangatkan diri menjadi perisai mengusir pergi kerasaan sejuk diseluruh badan.

Bertahtakan daun-daunan fenouil/fennel sebagai penyeri.

Hirisan tomates juga sebagai penyeri jadinya tampak ceria lagi.

Soup rebusan ini rasanya lembut sahaja, masin garam seharusnya lembut dan dijamu ketika masih lagi panas begitu baru yummy!

Kelihatan sekuntum bunga sayur artichoke dari Italy sebagai penyeri.



2 commentaires:

Mak Wardah a dit…

rat, tangan yang membuat makanan ini adalah tangan yang dianugerahNYA kepakaran yang sangat tinggi. Kreatif menulis, seni bila membuat pekerjaan tangan. Rat, ini dikatakan bakat & anugerah.

angahPJ a dit…

salam ratna..

sungguh kreatif hasil kerja tangan ratna.. :) yummy2.. tentu sedap dimakan semasa masih panas..