mercredi 15 février 2012

Gâteau aux framboises et pépites de chocolat noir.

| |

Gâteau cake ini ada lah manisan yang sering disediakan berulang kali sebagai sajian minum petang, cepat lagi senang disediakan dimana bahan ramuannya sudah sedia ada. semenjak semalam salji turun dan bersambungan hari ini dan ditaman halaman masihi diselaputi putih salji tidak mahu cair dek suhu cuaca yang membeku sejuk-dingin sekali.

Gâteau cake ini ber-saiz kecil sahaja, setengah adunan asalkan ada sebagai penambah karena semalam semahunya yang Tengah sudah sediakan Bugnes Lyonnaise dan masihi ada lebihan.

Ditengah gâteau cake ini perasa buah raspberry coulis terus dicampurkan kedalam adunan, dan dikeliling luar badan dinding gâteau cake dicampurkan dengan biji-bijian chocolat noir, gabungan dua flavour yang berlawan diantara rasa masam buah raspberry begitu serasi bermesra dengan rasa chocolat noir yang pahit lemak itu.

Tidak sempat ditunjukan gimana rupa paras didalam gâteau cake ini karena semasa me-clip clap snap sudah lewat petang jadinya cahaya semulajadi kelihatan samar-samar redup, gitu! Jika ada lebihan lagi, esok akan diambil photonya.

Verdict-nya dari seisi keluarga, ada yang suka dan ada yang kurang karena biji-bijian buah raspberry coulis tidak diasing-tapiskan (mahu cepat! suhu sejuk-dingin didapur jadi menggigil, heater penghangat kalah berlawan dengan suhu membeku) jadinya ketika dimakan ter-krup krap bijian buah raspberry itu, gangguan  kepada gigi asyik tergigit itu bijian, voilà!

Bertahtakan dengan terapan bentuk bunga-bungaan dari pâte d'amande/marzipan sebagai hiasan penyeri kepada rupa paras gâteau cake yang tampak biasa lagi sederhana. 

Jika di-ikutkan kehendak kemampuan kudrat diri, mahunya bermogok sebentar tanpa masak-memasak didapur karena suhu senantiasa sejuk-dingin lagi lembab merimaskan rasa perasaan juga melemah-lesukan semangat bagi meneruskan tugas-tugasan didapur!

Gimana pun di heretkan juga kemampuan itu, serasa seperti tidak ikhlas (bingit dengan diri sendiri kok merungut-rungut sahaja kelakuannya) semenjak suhu cuaca menjadi beku sesejuk-sekeras seperti es-batu!

4 commentaires:

Kak Rose a dit…

salam Ratna, lama x menjenguk kat sini. maafya!

kalau Ratna merungut dengan cuaca sejuk dingin beku, kak rose pulak asik merungut sbb komen kat blog tu tak boleh di excess! gerammmm sangat!

CT Delima a dit…

As'salam Ratna

Nampak sedap sangat kenapa tak diletakkan resepnya bersama. Atau ct boleh dapat dimananya resep kek seperti yang Ratna buat ni. mungkin ct bisa coba pasti anak2 dan suami juga sukakan nanti :)


salam ceria buat Ratna :)

bintangjauh a dit…

Salam kembali Kak Rose, iya ... merungut-bebelan pada diri sahaja, kok sejuk dingin berterusan ...

Sudah terjadi kepada computer Ratna, tunggu sahaja akan pulih kembali dengan sendirinya.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikumsalam CT, asal inti-isi blog ini hanya mepaparkan gambaran kehidupan Ratna ditanah Peranchis ini dengan seadanya, dan segala masakan makanan dan baking-membaking hanya sebagai hiasan penambah-seri terhadap blog ini, cuma jika ada permintaan baru Ratna adakan resepinya, itu sahaja.

Cake yang Ratna paparkan kebanyakan ada lah cake ber-butter biasa dimana ramai disana sudah tahu dan ngerti gimana cara membuatnya, tidak ada kelainan yang berjauhan diantara cake Peranchis juga cake Anglo saxon origin kecuali cake berasaskan mousse dan berkacang.

Kepada sesiapa yang berminat akan Ratna utamakan catatan resepi itu, voilà!

Salam manis manis madu.