lundi 27 février 2012

Ile Flottante (pulau terapung) or Oeufs à la Neige.

| |

Dessert manisan ini ada lah salah satu manisan klasik ditanah Peranchis dimana dikebanyakkan Brasseries, Bistrots, restaurants juga traiteurs akan tercatit-catat didalam kertas menunya, kemestian gitu!
Sebagai dessert manisan kegemaran Anaks semua juga CintaJL dimana beliau lah yang menunjuk-ajarkan gimana menyediakan île flottante karena dessert manisan ini ada lah pujaannya, adore sekali. Semenjak sudah tahu lagi ngerti gimana menyediakan dessert manisan ini lantas CintaJL pun terus pencen ...!

Ini lah île flottante/oeufs à la neige saki baki semalam, buat yang Bongsu sepulang dari sekolah lewat petang ini.

Sauce-kuah crème anglaise ber-vanilla bean, cream/crème fleurette, susu segar, gula putih juga sedikit gula perang, telur kuningnya sahaja juga secubit garam, dimasak seperti menyediakan custard.

Adore photo ini.

Ini juga, makanya berulang-ulang kali ...

Yang ini sebelum dimahkotakan dengan caramel, putih telur dimasak seperti merebus jangan menggelegak campuran air juga susu didalam periuk mahunya berapi lembut jadinya telur tersebut tidak akan terpecah-burai karena lembut-lunak fragile umpama awan dilangit. Telur dipukul dengan electric-mixer dengan secubit garam jika suka boleh bubuhi sedikit gula tapi si-BintangJauh tidak begitu karena sauce-kuah crème anglaise sudah cukup sempurna manisnya.

Kelihatan dengan jelasnya biji-bijian vanilla didalam sauce-kuah crème anglaise.

Sayangnya anak-bujang yang Sulong tidak dirumah, sudah di Grenoble jadinya bekalkan sekali buatnya, kalu boleh jadi monyok sedih gitu ...

Caramel pula, gula putih dimasak tanpa air pabila sudah sebati larutnya gula yang bertukar warna menjadi perang-keperangan emas, nantikan dahulu suhu caramel menurun baru dibentuk seperti sarang si-twit twit sang burung atau mengikut citarasa artistik masing-masing.

Voilà, zoom dekat gimana rupa-parasnya île flottante ini dimana kejadian bentuk sarang burung caramel kurang memuaskan hasilnya harus pelajari cara techniques-culinaires yang sebetulnya dimana ayunan tangan ketika membentuk caramel seharusnya cekap tidak kekok namun si-BintangJauh masihi ditahap baru berlajar maka itu tahapnya hanya "mention passable"!

4 commentaires:

azieazah a dit…

RATNA, I wonder cemana nak makan dengan sarang tu sekali? Sarang tu dimakan seperti keropok? Atau dipecah masuk terus ke dalam cawan?

Mata ni juga tertarik kepada fabrik alas meja. Ohhhh lace Perancis kah itu?

bintangjauh a dit…

Salam AzieAzah, sarang caramel dipecah-leraikan dahulu (rapuh fragile sekali senang pecah ketuk sedikit sudah retak!) setiap kali menyudukan telur island/ber-pulau, lantas benamkan sesudu kuah anglais itu, voilà!

Alas meja itu ada lah sepasang langsir diruang-tamu, Ratna beli disebuah boutique diK-Lumpur kain ber-ela dan tempah kan sekali, sebenarnya kain itu untuk baju pernikahan lantas Ratna derhaka kan menjadi langsir, pilihan yang melampau sehingga tuan boutique-nya menggeleng kepala petanda tidak setuju lagi terkejut ber-kus semangat ... gitu alkisahnya!

Pabila Ratna hiaskan suasana pengambilan photo, apa yang Ratna rasakan sesuai dan boleh dijadikan sebagai decor-nya, tanpa berfikir panjang apa sahaja yang ada disekeliling, guna kan yang sudah nyata didepan mata begitu caranya Ratna, bersahaja dan capai-mencapai... gitu!

Salam manis manis madu.

Mak Wardah a dit…

Cantik dilihat, enak dimakan. Creatif sekali hiasan dan palin happening...langsirnya.

Cik Eka a dit…

oh inilah langsir yang jelita tu..hihi

sis,pertama kali tengok 'kuih terapung' ini masa di masterchef malaysia..
kreatif dan cantik..

mesti rasanya enak ni sis..