samedi 4 février 2012

La Chimenée/fireplace dans le salon.

| |

Suhu didalam sekitaran ruang tamu begitu teramat sejuk-dingin sekali, sehingga kelihatan disetiap tingkap ber-es beku seperti es batu. Petang Jumaat semalam CintaJL tiba dirumah awal dari tempat kerjanya, suhu diluar minus 12/-12C dan didalam ruang tamu suhunya 17C gitu, Maka itu CintaJL memasang api tungkunya/fireplace bagi menghangatkan sekitaran diruang tamu dimasa yang sama terus menyerap ke bilik bacaan/library.

Adore suasana sebegini ... lagi lagi mentari bercahaya dengan gemilangnya walau pun pagi ini suhunya minus 11/-11C!

Walau pun ada terdapat dua heaters pemanas diruang tamu dan bilik bacaan/library namun dengan suhu yang begitu teramat sejuk dingin yang seakan berada di Siberia, tidak begitu mencukupi memanaskan dikeseluruhan ruang maka itu dengan adanya cheminée/fireplace ini serasanya sebagai penambah juga penyelamat keadaan. 

Kelihatan sinaran mentari menjernih kan suasana diruang tamu rasa perasaan menjadi semekar bunga yang sedang berkembang dengan anggunnya, Syukuran kepadaNya yang maha Pemurah menceriakan hari berminggu bersama seisi keluarga.

 Kepada semua para bloggers diserata dunia, Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul.

6 commentaires:

eni osman a dit…

salam maulidur rasul ratna...
photo photonya makin `menjadi'...nice...:)

aznimatisa a dit…

Assalamualaikum dan salam maulidurasul kepada bintang jauh Chez RatnaJG,

Semestinya Ratna sangat rindu2an dengan bumi Malaysia. Di kesempatan dapat menulis kepada Ratna, sangat lah membuatkan hati saya gembira. Masih teringat2 pertama kali saya menulis kepada Ratna, betapa saya sangat adore penulisan Ratna yang ala2 kuno lagi suci, seperti orang di zaman dahulu kala.

Setelah mengikuti beberapa penulisan mu maka fahamlah saya bahawasanya Ratna di asuh oleh nenda atau mungkin moyang mu.

Lately yang membuatkan diri ku tidak dapat menghayati penulisan mu seperti dulu adalah kerana kesibukan mengajar di sekolah sebagai art teacher di samping menjadi guru yang mentadbir gambar2 sekolah dan aktiviti dalam menjana kecemerlangan sekolah. Seperkara lagi oleh kerana Ratna telah sangat cekap meng klip klap picture yang cantik2 maka banyak picture yang aperture bukaan besar kenalah ku tunggu dengan sabar untuk habis upload di paparan skrin. Mungkin saja Stremyx net di Malaysia agak slow, dan hanya baru-baru ini ada Unifi yang agak laju.

Ratna, maaf kerana menulis sangat panjang. Maka terbukti sebenarnya saya memang rindu untuk membaca penulisan mu yang unik dan klasik. Teruskan menulis dan menulis dan ia menjadi tatapan anak cucu generasi kita semua kelak, mudah2an insyallah.

Semoga kehidupan mu di ssana bersama keluarga tercinta sentiasa didalam lindungan Allah Taala.

Salam untuk Honey Aristocat yang sangat comel lagi jelita, dan saya tidak malu dan ragu meyatakan saya save picture bila rindu2an.Harap ratna memberi kerelaan dan keizian untuk saya letak picture Honey di album Facebook saya.

Wassalam ~ azni

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna..
Selamatmenyambut Maulidur Rasul kepd Rat sekeluarga.

Saya boleh bayangkan betapa sejuknya disana. Begitu bersyukur sekali dlm keadaan kesejukan sedemikian kelihatan sinaran matahari sahaja sudah membawa kebahagian.

bintangjauh a dit…

Salam Maulidur Rasul kembali buat Eni seisi keluarga, pabila nurcahaya mentari terbit menjernihkan ruang didalam rumah menjadikan cahaya yang semulajadi yang cantik sekali, jadinya cerah lagi bersinar gitu.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikumsalam Warahmatullahi .... juga salam Maulidul Rasul buat Dekni disana.

Iya Dekni, Ratna diasuh dibawah penjagaan Moyang yakni Nenda kepada Ibunya Ratna jadinya ajaran-tingkah laku juga pertuturan bicara menjadi begitu kuno-klasik namun mewah dengan kesopanan yang anggun mengikut isi-khazanah dizaman yang silam dahulu kala maka itu sukar bagi Ratna mengubah cara pertuturan bicara tulisan secara masakini yang begitu moderan sekali. Ada masanya timbul rasa segan dan malu pada diri sendiri terhadap perbedaan ini, gimana ya?

Ratna begitu memahami kepada sesiapa sahaja yang bekerja dimana masa harian harus diperbahagikan, jangan risau ya Dekni ... juga kema'afan dipohon kerna blog Ratna terdapat banyak segala bagai photos yang menghiasi dibahagian kanan dan kiri di-blog ini, dan Ratna senang sekali dengan komentar yang diulas panjang, begitu serasanya seolah berbual-sembang dengan mesranya.

TerimaKasih segunung tinggi wahai Dekni dengan kiriman doa yang begitu ikhlas sekali begitu juga dengan Dekni sekeluarga semoga senantiasa dibawah kurniaan lindungan yang suci-mulia dariNya.

Sila kan Dekni dengan ikhlas Ratna perkenankan pengambilan mana-mana photos yang Dekni sukai juga terimaKasih menghargai keatas photos Ratna yang tidak seberapa lagi sederhana dari segi mutu pengambilannya.

Sampai nanti dan telah Ratna sampaikan salam kepada Honey Aristocat dari Dekni terus memandang ke Ratna seolah tahu dan ngerti tujuan kiriman salam itu.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam sis Iha juga Selamat menyambut Maulidul Rasul buat sis Iha sekeluarga.

Iya, begitu setuju dengan pengertian dari sis Iha itu, cukup dengan sinaran nurcahaya yang jernih gemilang cahayanya membawa kebahagiaan petanda bersyukur kepadaNya yang maha Pemurah.

Salam manis manis madu.