mercredi 29 février 2012

Le Perce-Neige/Snow-Drop dans Le Jardin, petanda dihujung musim sejuk...

| |

Voilà... sudah kembang-mengembang itu tumbuhan bunga Le Perce Neige dimana tahun ini menjelma keluar agak lewat dengan alasan cuaca suhu begitu sejuk-dingin sekali dari bulan January sehinggalah minggu lepas, tetiba... suhu cuaca naik menjulang seolah dimusim bunga gitu... diluar taman halaman ketika me-clip clap photos udaranya begitu nyaman lagi indah sekali dengan sinaran mentari... serasa badan sudah ringan tidak perlu berpakaian-baju tebal ber-wool kini sekadar cukup ber-cardigan sudah memadai.

Tetiba, terdengar bunyi serupa begini bzzz.. bzzz... gitu, terus menoleh... la... sang lebah sedang mencari manisan madu!

Harus pantas ketika me-clip clap ke-arah sang lebah ini karena bergerak-terbang tanpa berhenti dari bunga ke bunga, sayangnya photo ini bergerak sedikit, degil mahu juga dipaparkan...!

Sekumpulan kelompok tumbuhan bunga perce neige/snow drop, walau pun kecil comel cenonet namun cantik berkumpul bersama.

Seterusnya photos sudut dan posisi berlainan...



Yang ini namanya...? Crocus! Terdapat pelbagai warna yaitu warna kuning, putih, merah, jingga garang dan lembut pastel, jingga berbelang-belang putih juga jingga merah jambu. 

Tumbuh dengan sendirinya dan merebak merata sesuka hatinya!

Yang ini sendirian ditengah halaman, kasihan...


Voilà!

8 commentaires:

Cik Eka a dit…

cantiknya gambar..

bunga nya sis ,cantik...walau cinonet kan sis....

tergoda tengok bunga kuning tu..ceria ..yang putih pula comel....

angahPJ a dit…

Salam ratna,

Rupanya musin dingin sudah berakhir di sana.. cantik sungguh bunga2 yang seolah2 malu untuk keluar tu.

CT Delima a dit…

As'salam Ratna

kalau dilihat pada keindahan bunga yang tumbuh meliar ditaman seakan2 mahu juga menjadi bunga, indah berseri2 bermacam warna. Tapi bila difikirkan telah dijadikan olehNYA sebegini,Alhamdulillah bersyukur sangat2 ya Ratna.

Sungguh indah ciptaan Allah, tapi kalau dapat di fokuskan lens pada sang lebah pasti gambarnya cantik banget Ratna... hehehe. sudah serasilah ibarat kumbang dengan bunga ya.. Tapi ini lebah dengan bunga mencari madunya..hehehe

Maaf udah lama tidak mampir kesini, kesibukkan mengatasi segalanya. Rindu pada penuslisan Ratna, semoga Ratna sihat2 aje :)

Salam ceria buat Ratna :)

La maman Mucci a dit…

salam dari Paris,
kat sini belum nampak bunga lagi, tapi salji pun memang tak ada. best tak duduk grenoble? i've been there once tapi cuma lalu and have lunch je la. bonne journee!!

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, senangnya rasa perasaan... mentari bersinar dan udara cuara lagi panas segar diluar dari didalam rumah, dan tadi ternampak tumbuhan yang sama yaitu Crocus berwarna jingga sudah keluar-menjelma bunganya, nanti-nanti sis Ratna clip clap snaps ya...
Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Angah, iya... dan hari ini begitu panas serupa seperti suhu dimusim bunga nyaman sekali walhal musimnya sejuk akan berakhir dihujung bulan ini, voilà!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummusalam... CT, cuaca panas naik menjulang serupa dimusim bunga, elok sekali berada ditaman halaman dimana banyak tumbuhan liar berbunga-bunga keluar menjelma mahu tersenyum dengannya mentari...

Iya, sang lebah sudah datang bertandang karena bunga-bungaan berbau manisan madu terus mengajak sang lebah berminum pagi, gitu...

Begitu juga dengan CT senantiasa sehat sejahtera hendaknya juga salam ceria buat CT sekeluarga.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam perkenalan La Maman Mucci,

Best? gimana ya... begini, sudah hampir dekat 22 tahun menetap diGrenoble, jadinya apa sahaja keadaan suasana disini, senang sahaja... terlalu banyak yang terdapat disini sukar dihuraikan nanti terpanjang-menjela ber-km... lagi-lagi semenjak menetap dikampongulu rasa perasaan begitu tenteram aman damai... serupa keadaannya dengan suasana rupa-paras kampongulu ini dan bandar Grenoble pula ada lah sebuah bandar sederhana besarnya jadinya "best"!

Dilain kali jika melintas diGrenoble mampir datang ya, boleh berkenal-kenalan dengan orang "les Grenoblois".

Salam manis manis madu.