dimanche 5 février 2012

Les Bugnes Lyonnaises pour Mardi Gras ... Ahad yang begitu sejuk lagi dingin -20C!

| |


Ya ampun maha keampunan ... hari ini suhu cuaca begitu sejuk sekali, diawal pagi CintaJL menyatakan bahawasanya suhu diluar ialah -20C, terus termenung sebentar! Ditambah dengan tiupan angin ... serasanya bagai mahu beku keras jadinya sekujur badan!

Buka sahaja pintu, terasa terus hembusan sejuk-dingin yang tidak boleh digambarkan, begitu sejuk, sejuk, dinginnya nian hari ini!

Didapur sememangnya ruang yang sepatutnya dimogok kan, sejuk-dinginnya jika menangis airmata yang menitis akan serta merta menjadi beku!

Gimana pun tugasan tanggungjawab bagi seorang Ibu wajib diperlakukan dengan relanya ... se-awal pagi sudah  bermula menyediakan manisan yang bergoreng ini begitu terkenal disini selepas sambutan La Chandeleur yakni hari lempeng/crêpes dituruti pula sambutan Mardi Gras/Carnaval pada February 21, ini lah manisan yang semestinya disediakan!



Ia-nya bernama Bugnes atau Beignets juga Faverolles. Masa penyediaan agak lewat maksudnya lebih kurang 3 jam dan se'eloknya sediakan adunan dahulu dan simpan dipeti-es semalaman, ke'esokan hari sudah boleh digoreng dan hanya sekelip mata satu pinggan sudah selesai!
Akan tetapi Ibu-Mertua menyarankan Les Bugnes Lyonnaises ini lebih yummy jika dijamu pada hari esoknya, kepada sesiapa yang tidak punyai kesabaran dimana rata-rata seisi keluarga berkata hari ini atau esok rasa Bugnes ini tetap sama, kesudahan tidak mengikut petua itu terus dilanggari demi mengikut kehendak seisi keluarga!


Panjang kata, manisan bergoreng dengan taburan gula icing, gula perang juga vanilla ini begitu teramat digemari oleh orang-orang Peranchis disini, jika dibeli di Boulangerie&Pâtisserie harga se-kilo mahal sekali sekitaran 30/50 Euros, dimana apa sahaja manisan dessert yang bertaraf "Fête"yang hanya disambut sekali dalam setahun dapat merasainya, maka itu dijual dengan harga yang melampau mahalnya!

Jadinya, lebih baik disediakan sendiri, lagi lagi Bugnes yang ada dijual kebanyakkan bukan Bugnes yang asli secara traditionel dimana ianya tidak nipis, garing dan tidak rapuh pabila dimakan manakala keseluruhan yang dijual rasanya sama seperti  roti Brioche yaitu tebal dan berminyak sekali. Gimana pun itu terpulang terhadap citarasa selera seisi keluarga itu dimana anak tekak selera masing-masing lagi berlainan.

Hari ini bersamaan Ahad yang sejuk membeku sudah ada penawarnya, voilà!

7 commentaires:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot a dit…

Nampak sedap....sini panas la ratna

Cik Eka a dit…

sis nampak sedapnydaaaaa...


susah tak nak buatnya sis......

hehehe

aznimatisa a dit…

Salam dingin dingin beku ratna :-)

walau pun dingin beku yang bagusnya blog ratna terus 'warm' dengan kisah2 yang sangat ikhlas dan menarik hati kita membacanya. Bila lihat kuih Bugnes ni dekni teringat-ingat kuih peniram bersira gula yang nipis dan rangup menjadi kesukaan Allahyarham abah dekni. Cantik gaya penulisan secantik puan yang menulis blog ini. Gogo ghaiyok Ratna!

Dekni :-)

bintangjauh a dit…

Salam Puan Ros, rasanya seakan seperti kuih goreng peniram bersira lemak-lemak masin dan manisnya sederhana, beginilah keadaan cuaca yang ber-4 musim terima dengan sejahteranya.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, cara membuatnya senang sahaja sama seperti pastry pie-crust, yang lewatnya ialah ketika menipiskan adunan dan membentukannya kepada sesiapa ada machine khas lasagna/ pasta-ravioli lagi cepat tidak perlu menggelek adunan dan telapak tangan juga lengan tidak lenguh!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali wahai Dekni, iya ... Bugnes ini seakan kuih goreng peniram bersira, semasa kecil IbuAndong dan Moyang Ratna sering menyediakannya juga setiap kali mengadapnya terkupas kembali kenangan silam yang sudah lama pergi ...

Dekni, maksudnya gogo ghaiyok itu apa? dan dialect itu dari suku yang mana satu asal-usulnya? Tidak juga Ratna ngerti?

Salam manis manis madu.

Cik Eka a dit…

rasa macam teringin lag sis..
macam kuih lidah buaya malaysia..hihihi..

sis mesti ingat lagi kuih tiram?? adunan tepung rangup digaul sama icing sugar...??

eka suka sangat.