mardi 28 février 2012

Les rideaux pour interieur, langsir... oh langsir...

| |

Jika mengungkap kembali alkisah mengenai langsir boleh jadi lemas dan rimas gitu. Bermasa'alah sungguh! karena CintaJL tidak berkenan-suka terhadap kain ber-ela ela panjang terjuntai bernama langsir tersidai-gantung ditingkap.

Semasa menetap dibandar Grenoble, tingkap-tingkap yang ada lama terbiar tanpa sepasang langsir pun, serasanya tidak lengkap lagi sempurna jika bingkai-bingkai tingkap tersebut tidak dihiasi dengan kain yang dipilih terpasang-sidai menyeri-serikan suasana didalam rumah namun katanya jika trigin-kepingin juga diberi syarat-syarat mengikuti-kehendak citarasanya yakni kain langsir itu tidak berbunga-bunga terutama sekali cetak-floral motifs yang besar dan berwarna garang atau pastel, warna semestinya lembut dan natural dan jenis kain itu seharusnya jarang, nipis, lembut dan corak-cetak motifs sebolehnya sederhana atau semahunya kain kosong sahaja... gitu kehendak nalurinya!

Setelah bertahun-tahun mencari kain "terpilih", akhirnya tahun ke-5 perkahwinan baharu terjumpa kain yang mengikuti standard yang disyaratkan itu. Sehingga Ratu-Ratu semua begitu hairan lansong tidak hairan mengapa dan kenapa begitu lama-berkurun sanggup menanti hanya kepada yang "terpilih" itu!

Kasihan... langsir yang dipilih sebagai langsir"terpilih" itu melipat-gandakan $$$ kepada keseluruhan empat pasang langsir buat diruang tamu, terus terbisu namun dipersetujui dengan handsome caranya terus berkata "oui, bien sur..." dan langsir tersebut sekarang dipasang-sidai dikamar-bilik boboknya si-BintangJauh semenjak berpindah menetap dikampongulu ini.

Dan sebagai gantian buat diruang-tamu, CintaJL memberi 200% sepenuhnya kepada si-BintangJauh karena berjanji kali ini adalah pilihannya si-BintangJauh tidak mahu masuk-campur diatas urusan langsir lagi... jeran katanya!

Sepulang ke-tanahair terus mencari-selidik langsir yang sekurang-kurangnya adil di-antara citarasa si-BintangJauh dan CintaJL akan berkenan-suka bersama dan Alhamdulillah... suka sekali katanya, walau pun sarat dengan sulaman dihujung kaki kain langsir namun serasi sekali karena warnanya yang lembut lagi natural, nipis-jarang... "quoi ... comment"!!!... kain untuk pengantin permaisuri sehari...! gitu alkisahnya...

Kain langsir terpaksa ditambah-tambah dimana bahagian dibawah dijahit-sambung dengan kain kosong sebanyak 3meters 35cm panjangnya maka itu kelihatan jahitan sambungan kain kosong dengan kain bersulam.

Adore dengan sulaman details.

Semasa ditanah-air seisi keluarga Sisbesar, Sisbungsu juga IbuAndong tersedak-sedak si-anak tekak pabila dimaklumkan latar-belakang kain-ela ini.

Berkenan-suka sekali terhadap kain ini karena ianya tampak lembut tanpa meresahkan rasa perasaan pabila dipandang-lihat walau pun bersulam-sarat dihujung kakinya langsir.

Entry semalam, photos yang dipaparkan dimana sebuah meja beralas dengan kain langsir ini, caranya hanya dekatkan meja berhampiran tingkap dan selimut-alaskan meja tadi sebagai hiasan penambah seri, voilà!

12 commentaires:

azieazah a dit…

RATNA, I rasa I yang tegur fabrik alas meja tu kan? Rupanya kain langsir? Ohhhh my. Cantik nyaaaaaa!

bintangjauh a dit…

Salam AA, iya... teguran itu lah yang memberi Ratna idea untuk entry seterusnya dimana pada mulanya rasa "pathetic" ber-alkisah perihal langsir disebabkan "anecdote"nya yang agak "humorous" maka itu Ratna tegarkan juga diri, andaian disalah-sangka tujuan itu, maaf dipinta-pohon...

Cantik juga tampak ringan pabila dipandang-lihat makanya Ratna ter... berkenan dengan sengajanya!

Salam manis manis madu.

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam...
Langsir ini selalunya dihias dibilik pengantin gitu..sungguh romantis!

bintangjauh a dit…

Salam kembali sis Iha, iya ke... ya ampun... sesungguhnya Ratna sudah ketinggalan zaman! sudah berkurun lama tidak pernah menghadiri majlis kenduri perkahwinan jadinya tidak juga Ratna ketahui rupanya langsir segini buat biliknya pengantin permaisuri sehari!
Namun... mengapa tuannya boutique itu ter-kus semangat ya sis Iha walhal sudah "common" gitu!

Salam manis manis madu.

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam..
Terpulang kepada hati sepemadai, ikut selera hati..walau pun hiasan utk pengantin, kalau hati berkenan apa salahnya. Itu menunjukan betapa roamantis/berkarya sekali cita rasa Rat.
Tambah pula duduknya nun diPeranchis...ya Ratna ku..

Cik Eka a dit…

cantikla sis...


simple tapi ada manik2 kat bawah..takdelah nampak plain je kan..hehe

Mak Wardah a dit…

Ratna nampak macam gown...cantik

bintangjauh a dit…

Salam lagi sis Iha, jika tahunya Ratna kain itu untuk bilik pengantin permaisuri sehari... tidak akan Ratna ikutkan itu pilihan hati... barulah betul! idea ini datang dari magazine Art&Décoration mensuel yang Ratna beli, idea dari seoang designer décorateur yang terkenal disini dimana citarasanya begitu "extravagant+somptuaire" dan keseluruhan decornya Ratna tidak berkenan-suka namun cuma langsirnya sahaja yang dapat tambat-memikat hati Ratna.

Serasanya seperti tidak sesuai ya sis Iha... kok diruang tamu, semestinya dibilik-kamar boboknya Ratna, gitu...!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka,
seperti katanya Cik Eka tidak tampak plain kosong gitu, bermanik lagi... sis Ratna ni kok bizzare ya!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Mak Wardah, iya... serupa seperti gown terutama sekali dihujung kakinya langsir itu, terjuntai lembut menyentuhi lantai, voilà!

Salam manis manis madu.

La maman Mucci a dit…

salam again kak ratna,
cantiknyaaaa langsir, so creative! kalau beli kat sini au moins 500euros ni hehehe. cantik sgt!!

mama leen a dit…

terkejut tengok langsirnya.. macam kain baju nikah adik ipar saya.. huhu.. adoi.. semeter dalam rm200++ jadikan kain langsir je... huhu