mardi 7 février 2012

Muffins Moelleux aux Pommes et Poires.

| |

Sepohon pokok Azalée Indica/Azalea Indica.

Suhu cuaca hari ini bertambah-tambah sejuk dingin sekali, minus ... minus .. 18, 19, 20, 25 ...! Salji masih melekat diatas dataran taman halaman, segalanya kelihatan putih suci. Pagi tadi semasa menghantar yang Bongsu ke-bus stop sekolah, sejuknya sehingga serasa satu badan menjadi beku keras sebentar sama seperti es batu, berlari cepat menuju ke-arah rumah!

Petang semalam jiran sebelah rumah, Madame Dominique datang berkunjung juga menjemput hadiri acara masak-memasak dirumahnya pada petang Rabu ini, kebetulan ada lebihan Bugnes juga rezekinya ketika datang sedang tengah membakar Muffins berbuah pear. Sambil berbual-sembang mesra berminum petang dengan Muffins, Bugnes dan minuman air teh, mahunya Madame Dominique.

Dek karena beliau suka terhadap Muffins ini terus menyalin tulis resepi dan menyatakan sudah berkurun tidak menyediakan Bugnes karena penyediaannya yang lewat lagi memakan masa jadinya terputus selera, pada setiap sambutan beli sahaja katanya lagi. Sebelum pulang, bekal-kan sekali segenggam vanilla beans, Bugnes juga Muffins, begitu senang hati Madame Dominique, petanda berterimakasih dengannya, tanpanya sebagai seorang jiran yang begitu prihatin dimana bilamasa ada masa'alah kerumitan Madame Dominique lah tempat mengadu!

Muffins berbuah apple dan pear ini begitu lembut lunak sekali. Buah pear sudah terlalu ranum maka itu disediakan juga ada beberapa biji buah apple begitu ada pilihan, kepada yang lebih senang dengan buah pear atau apple pilih sahaja.

Seperti biasa pasti bertahta dengan terapan bentuk bunga-bungaan sebagai penyeri!

Juga disekeliling badannya Muffins dibaluti dengan hirisan buah pear dan apple. 

Suasana yang sejuk dingin begini, berminum petang bersama manisan yang berbuah segar mengikut musim serasanya begitu serasi sekali, dengan serta merta kerasaan sejuk dingin tadi terus terhapus seketika.

Adore photo ini.

Voilà!

4 commentaires:

Cik Eka a dit…

sis,telitinya muffin ni nampak kemas,cantik dan nampak klasik...

suka tengok....

hehehe

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam..
Hmm..sedap Muffins tu, bunga tu Azalea ke Ratna?

aznimatisa a dit…

Salam sedap sedapnya muffin pear buat Ratna sibintang jauh.

Pengkisahan ratna dalam entri ini sangat menyegarkan ingatan dekni semasa tinggal di negara orang putih. Semasa itu kami tinggal di satu perkampungan Ulu di Ohio state,iaitu kampung Nelsonville. Penduduk kampung itu ialah majoriti citizen tua kerana yang muda2 lebih gemar berhijrah ke bandar Athens. Maka jiran2 ku itu ialah makcik2 tua yang suka berkebun dan membaking cake n muffin. Bila tiba musim salji, maka akan dingin2 beku lah muka dekni untuk berjalan kaki ke kedi runcit berhampiran membeli keperluan. Melihat pada muffin ratna ini sungguh mengingatkan dekni kuih2 yang di letak di atas piring kaca berkaki tertutup rapi untuk jualan. Sungguh anggun. Tapi mana boleh lawan kuih muffin ratna yang terukir cantik ini.

Ratna, go go chaiyok itu adalah bahasa Korea yang menyatakan,. ya teruskan berusaha!

salam sedap sedapnya muffin Ratna dari dekni.

Take care always.

Mak Wardah a dit…

Rat...
Cantik, kemas dan nampak enak. Menjamu mata saya. Salam persaudaraan dari jauh.