jeudi 2 février 2012

Oh Mes/My Crêpes! Fête de Chandeleur/Hari sambutan lempeng.

| |

Seperti setiap tahun pada February 2, raikan hari Lempeng atau La Chandeleur Fête des Crêpes. Hari ini juga akan menyediakan lempeng dari Peranchis dimana bahan ramuan boleh diubah suai mengikut cita rasa selera masing-masing, pelbagai isi-inti dari yang terpaling "elaborate" sehinggalah yang terpaling sederhana, itu terpulang kepada kehendak kebiasaan selera seisi keluarga.

Hari ini, seluruh satu Peranchis pada setiap rumah akan menyediakan lempeng Peranchis yang nipis umpama sehelai kertas sempena hari sambutan La Chandeleur ini pasti ditunggu dengan sabar atau sebaliknya, lewat petang jam 4:30 anak-anak pulang dari sekolah pasti gumbira yang tidak terkata karena "l'heure du goûter"/minum petang ialah hidangan Crêpes yang setinggi gunung menanti diatas meja dimana terdapat segala bagai perasa sebagai peneman seperti homemade jam dan marmalade, gula putih dan perang, madu atau maple syrup, crème chantilly juga hirisan buah buahan, sauce au chocolat atau nutella spread dan pada sesiapa yang lebih senang dengan Crêpes masin boleh ber-isi inti kan parutan cheese dan cream juga dengan hirisan ayam atau ayam turki, voilà.

Hari ini si-BintangJauh hanya menyediakan Crêpes lempeng biasa sahaja, namun sudah boleh memekarkan rasa perasaan princess yang Bongsu, masuk sahaja dirumah terus berkata "Maman chérie ... je t'adoreee!

Sebenarnya trigin kepingin sediakan gâteau de crêpes tapi kudrat tenaga sudah letoi, terbanyak adunan! 

Jadinya ... kesudahan ... Crêpes sebegitu sahaja, penemannya ialah gula, homemade raspberry jam dari CintaJL dan orange&citrus marmalade dari Ibu-Mertua, nutella spread tidak perlu di ...? semuanya tahu dan kenal!

Untuk meng-"glamour" kan rupa paras Crêpes yang tidak seberapa ini, dihiasi dengan terapan bentuk bunga sebagai penyeri juga candy berwarna-warni begitu tampak ceria sedikit.

 Di-Peranchis minuman yang seiring sesuai ketika menjamu Crêpes ini ialah apple jus atau apple cidre/cider tanpa alcohol dari Normandie, yummy sekali!


Biasanya pabila menyediakan Crêpes lempeng saiz pan kuali-nya besar tapi kali ini ber-saiz kecil dek kepingin sediakan gâteau de Crêpes tidak kesampaian, lama berdiri makanya ...

Voilà!

Panjang kata, Crêpes atau lempeng sering kali disediakan disepanjang tahun seperti hidangan minuman petang, sambutan ulangtahun dimana kanak kanak riang begitu adore sekali, juga ini lah salah satu manisan yang senang lagi cepat disediakan, jika sediakan sedikit, 500 gm tepung saiz besar tidak mengapa tapi ber-saiz kecil mahu lenguhnya kaki berdiri lama!

Gimana pun, sebentar lagi si-BintangJauh akan menjamu Crêpes bersama kuah curry yang pedas, yummy! Selamat menjamu selera!


1 commentaires:

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat ratna....

Oh...ada sambutan hari lempeng di perancis.....memang unik....

zakiah memang tak mampu nak membancuh adunan lempeng banyak-banyak....lutut tak boleh berdiri lama-lama........