mercredi 1 février 2012

Pemandangan ber-salji disekitaran kampongulu.

| |


Dipagar hadapan, kelihatan pokok Houx/Holly masih berbuah merah bertambah cantik pabila diselaputi oleh salji juga kelihatan dahan-pohon pokoknya Tilleul.

Pagi tadi baru boleh keluar me-clip clap snap photos sambungan, tidak dapat diperlaku kan semalam karena salji berterusan turun tanpa henti jadinya selesaikan juga hari ini walau pun cuaca suhu begitu amat sejuk-dingin sekali minus 9 (-9C)!

Rupa paras rumah kampongulu diambil dari tepi rumahnya jiran sebelah. Kelihatan sebuah attic ditingkat 3 ada lah kamar-bilik tidur Anak bujang yang sulong.

Dari taman halaman bahagian belakang rumah, kelihatan pokok Tilleul tanpa daun-daunan, rontok gitu!

Deretan pokok-pokok Tilleul, yang pertama seperti photo diatas, kelihatan sebuah anak bukit juga baris-barisan tanaman Raisins.

Zoom dekat, baris-barisan pokok-pokok tanaman anggur/raisins.

Ditepi rumah, kelihatan pokok Red Cedar dan Tilleul juga pintu gate.

Kawasan pertanian, diseberang  ialah kampong yang lagi satu bermaksud tidak ada kena mengena dengan kampong si-BintangJauh walau pun bersebelahan dekat jarak-jauhnya.

Kelihatan penjuru tajam bangunan gereja dikampong sebelah dimana terdapatnya mini-market, Pharmacie, Gendarmerie (Balai Polis), Klinik, Boulangerie&Pâtisserie, Mairie/Town Hall juga Fleuriste/kedai bunga&hijauan.

Rumah binaan terkini bermesra dengan rumah-rumah binaan lama meng-harmonikan lagi suasana aestethic rupa parasnya kampongulu ini. 

Kawasan pertanian yang luas terbentang, kelihatan bangunan yang bertingkap cat hijau ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan yakni sekolahnya princess Elyne Gabrielle sejak berpindah disini dari darjah 3 sehingga ke darjah 6.

Kawasan tanah pertanian lagi.

Rumahnya keluarga petani dimana tanah pertaniannya sampai sehingga dibelakang rumah setiap tahun kelihatan pokok-pokok Maïs juga cereal seperti gandum.

Kawasan pertanian juga.

Kelihatan sekumpulan pokok-pokok diatas dataran sebuah bukit.

Kelihatan nun diatas puncaknya bukit sebuah Chateau seribu tahun!

Papan tanda peringatan kepada pemandu kenderaan semua, memandu mesti perlahan karena sudah memasuki kawasan perumahan jadinya banyak kanak-kanak riang disekitaran maka itu wajib berhati-hati.

Anak sungai dihujung jalan dikawasan pertanian.

Adore photo ini!

Sudah merancang mahunya pergi meneroka sehingga jauh dihujung jalan namun tidak kesampaian ... suhu begitu sejuk dingin di-iringi sekali dengan tiupan angin ... ya ampun maha keampunan ... setelah satu jam me-clip clap snap camera serasa tangan sudah menjadi beku lagi merah tidak memakai sarung tangan jika dipakai untuk menekan punatnya camera kok payah gitu!

Dihujung terakhir jalan kawasan pertanian dikampongulu ini lagi luas sebesar alam semesta juga terdapat rumah-rumah pertanian yang berusian ratusan tahun, malangnya kehendak hati tidak kesampaian! Nanti, dimusim bunga pula.

Semoga cukup dengan gambaran yang tidak seberapa ini, semoga para bloggers sekalian dapat bayangkan gimana rupa paras kampongulu si-BintangJauh, voilà!

3 commentaires:

aznimatisa a dit…

salam sang bintang yang jauh nun di sana,

Cantiknya salji memutih. Bila lihat picture ratna, kak rasa rindu sangat di kampung Nelsonville, Ohio, tempat kak tinngal1 ketika dulu.

Terima kasih upload gambar2 yang sangat indah ini.

:-)

Cik Eka a dit…

waaaa indahnya kampongulu sis ini..

dah dapat bayangkan betapa indahny kawasan ini..nun di atas bukit pun masih nampak indah...

salji memutih..nampak halus...
kawasan semua mendamaikan......

cantiknya sis..kagum..terima kasih susah payah meredah kesejukan snap photo untuk dikongsi dengan kita semua di blog......

:)

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat ratna....

Gambaran yang sangat jelas tentang kampung ulu....

Kampung ulu yang mendamaikan....

gigih sungguh ratna meredah salji yang menebal....