mardi 21 février 2012

Rendang Serunding Daging Ber-Pulut kukus.

| |

Kepingin-trigin merasai masakan tradisi Melayu yang sejati ini, walau pun banyak bahan ramuan tidak dapat menetapi resepi-origin setulen nan unggul namun disediakan juga demi mengikuti kemahuan-kehendak selera yang sekian lama dipendam bagai gurindam rasa, bebas sebegitu pabila selera memanggil-menyahut supaya diperkenankan!

Dengan semangat sepenuh kudrat, diawal pagi sudah didapur ... rendamkan dahulu beras pulut berserbuk kunyit, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai, cili kering direbus lembut, kelapa sebagai krisik disalai sehingga wangi, serbuk ketumbar + jintan manis, asam jawa, gula merah, perahan santan kelapa, sayangnya ..tidak punyai dedaun kunyit, kesemua bahan bumbu-ramuan dikisar halus juga sederhana kasar dibahagi dua begitu katanya Moyang bertambah naik keharuman juga rasa rendang serunding itu.


             
Rupa paras rendang serunding ini tidak serupa sama dengan serunding daging yang direbus empuk lantas disiat-siat halus dan bahan bumbu-ramuan dimasak sehingga kering, sememangnya disengajakan karena seisi keluarga lebih senang dengan rendang yang berkuah basah dan daging di hiris kecil lagi nipis tidak berapa tebal gitu kurang liatnya ... cara rendang serunding ini diubah suaikan aka menderhaka demi mengikut kehendak citarasanya seisi keluarga maka itu rupa paras rendang serunding ini lari dari rupa-paras yang asli itu.


Warna pulut agak kepucatan pudar sebagai syarat berwarna kuning sebegitu sahaja karena seisi keluarga tidak serasi dengan apa sahaja beras menjadi nasi berwarna terang maka itu berwarna kuning air sahaja kalu terlalu terang garang boleh terkejut seisi keluarga semahunya nasi dibiarkan berwarna asal lagi natural.


Jika di-ikutkan citarasa yang sebenarnya selera lebih senang dengan rendang cara Minang yang tulen itu, untuk menukar selera makanya sediakan  rendang serunding ini begitu diselang-selikan jadi berlainan tidak bosan dan jemu dengan cara masakan yang serupa senantiasa.


Ketika photo di-clip clap snap, suhu cuaca diruang makan agak dingin jadinya bumbu kuah rendang serunding membeku keras ... kelihatan jelas minyak santan kelapa terus mendap tidak berkilau menyerlah seperti sediakala.


Hirisan dedaun pandan melilit disekeliling dindingnya pulut, dedaun limau purut di-atas dataran rendang serunding daging juga sebagai penyeri ber-mahkota dengan sekuntum bunga kantan yang disimpan didalam freezer umpama harta karun yang teramat berharga sekali, hanya digunakan pabila rasa kerasaan terhadap masakan itu tidak boleh dibendung-bendung kan lagi, baru dirasmikan ...... voilà!


13 commentaires:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot a dit…

Hai ratna. sedap.Kenapa Ratna tak masukkan N3 resepi ya??? Cuma gambarnya saja.Ada juga resepi yang ingin akak cuba bila melihat gambarnya.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot a dit…

Hai ratna. sedap.Kenapa Ratna tak masukkan N3 resepi ya??? Cuma gambarnya saja.Ada juga resepi yang ingin akak cuba bila melihat gambarnya.

CT Delima a dit…

As'salam Ratna

Diawal pagi datang mampir melihat serunding daging, teringin juga untuk menikmati bersama. walaupun tidak selengkap mana katanya Ratna, namun untuk memberi makan untuk keluarga tak apa ya Ratna.

Ct kalau mmasak rendang dan pulut kuning ya enggak menyerlah nanti seisi keluarga kata enggak sedap seperti baisa..hehehe. anak-anak selalunya banyak kerenah, namun bila dihidang habis licin semuanya.

Salam ceria untuk Ratna :)

Cik Eka a dit…

wah..anak dan hubby sis pun makan ini juga ya walaupun perlu derhakan pada resepi..

hehehe

kelakar lah eka dengar bunga kantan jadi harta karun...tapi kalau herba seperti serai,disimpan dalam freezer boleh tahan 1 tahun lamanya kan sis

aznimatisa a dit…

Salam buat Ratna sang bintang jauh,

Terharu diri ku ini melihat akan pulut kukus dan rendang serunding yang sedaya upaya demi cinta di sediakan oleh bintang jauh. Terasa lah akan diri dekni betapa bertuahnya diri ku, berada di tanah air sendiri iaitu negara kita yang tercinta Malaysia yang begitu kaya dengan pelbagai jenis masakan yang lazat lagi berkhasiat walaupun kolestrolnya adalah amat tinggi.

Seperti mana Ratna, dekni juga adalah peminat pulut berkukus berjodoh dengan rendang ayam atau daging yang lembut lagi basah akan meresap ke tekak ku yang sedikit cerewet dengan cita rasa yang asli. Apabila melihat si bunga kantan Ratna yang cantik itu teringat kan diri semasa menjadi penduduk di kampung Ohio suatu ketika dulu, betapa bunga kantan, serai dan lain-lain ramuan adalah seumpama harta karun yang amat tinggi nilaiannya. di simpan sebegitu rapi dalam peti esbok di balut berlapis-lapis dengan sebegitu rapi agar kekal kesegaran dan keasliannya.

Ratna,sebagai orang seni yang halus jiwa, dapat ku resapkan dalam diri bahawa kehidupanmu di lalui setiap hari dengan pelbagai rasa dan frasa, demi orang-orang yang tercinta yang hidup di samping mu, tanpa sedikit pun hilang kasih sayang pada bonda, nenda dan moyang mu itu.

Semoga Allah selalu melindungi sahabatku ini di samping keluarga tercinta, tidak lupa Honey jelita agar sihat selalu hendaknya.

Salam diangin lalu dengan haruman bunga tanjung dari tanah air tercinta.

take care Ratna ~ Dekni

Mak Wardah a dit…

Salam Ratna.
Simple food boleh nampak menyelerakan dan menarik. Laparnya saya, saya nak beritahu bloggers lain tentang blog ni. Biar sama kelaparan.

azieazah a dit…

Salam. Kak Azie masuk membalas kunjungan.

Mujur entri berbahasa Melayu. Hat lain memang Kak Azie main agak-agak saja apa maknanya. hehehe

but I like. France!

Semoga sentiasa sejahtera dan selamat di rantau orang.

As usual, Kak Azie selalu sebut, orang yang tinggal di negara orang, automatic pandai masak!

bintangjauh a dit…

Salam Puan Ros, bukan tidak mahu paparkan resepinya, dimaklum-kan sejelasnya yaitu cara Ratna memasak bahan ramuan-bumbunya tanpa pengiraan setepatnya seperti resepi sekarang oleh itu mungkin kena dan serasi dengan selera Ratna tapi mungkin tidak pula sesuai serasi dengan selera yang lainnya.

Pengajaran dari Moyang dikira seperti bahan itu seadun setepat mengikut "feeling" maka itu sukar bagi Ratna memenuhi permintaan tersebut, lagi-lagi masakan tradisi melayu sejati-tulen yang selama Ratna ngerti sediakan diajari secara "common sense" seiring sehati dengan "feeling" dijalinkan bersama, gitu.

Jika benar juga permintaan tersebut harus diperkenankan resepinya, iya akan Ratna paparkan, aduh ... takut nanti Puan Ros tidak suka akan kejadiannya!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Kak Azie,harus kah Ratna memanggil Kak Azie?mungkinkah kita seumur sebaya dimana Ratna pada tahun ini akan melangkah ke-usia 46 tahun!

Senang sekali dengan muka diri blognya Kak Azie cara penulisannya serupa sama seorang penulis novel, terutama sekali Hisyam bersama Seri Bulan, yang terbagus!

Sebegitu sahaja pengetahuan diri terhadap masakan cara nan silam ...

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikumussalam .. CT, begitu beriya-iya seisi keluarga ketika menjamu masakan rendang serunding itu, Alhamdulillah syukran ... lagi-lagi suami begitu adore dengannya rendang!

Setuju sekali ya CT, pada mulanya mengadap hidangan seperti tidak sudi itu selera pabila sudah dirasai terus dipuji-puja gitu.

Salam ceria juga buat CT sekeluarga.

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka, iya ... mereka begitu suka dengan masakan rendang ini, sering kali setiap kali menyediakan rendang, sis Ratna berahsia tidak akan dicanang terhadap menu hari ini, pabila semuanya pulang dari sekolah bersama Papanya, baru sahaja masuk ke-dalam rumah terus serentak mereka berkata rendang ..... !!! merci Maman.

Begitu lah sis Ratna umpama kan simpanan si-bunga kantan begitu berharga sekali, benar sekali serai boleh bertahan lama didalam freezer seperti kenyataan Cik Eka Itu.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali buat Dekni, sudah suratan jodoh diperantauan ... jauh nun dihujung dunia, tidak mengapa Dekni, apa sahaja Ratna terima dengan sejahteranya sudah dipesan oleh Moyang juga IbuAndongnya Ratna, itu lah keputusan yang Ratna pilihi jangan sekali-kali mengeluh meratap nasib badan terhadap diri karena keluhan ada lah petanda pasrah jadinya bernafas berat ... nyilu dan senak dianak hati, tidak akan diberkati keatas perjalanan hidup itu juga akan disukar-sempitkan rasa perasaan itu makanya Ratna menerima menadah hidup ini dengan seadanya, syukran kepadaNya, apa lagi yang dimahu-pintakan, jangan bersikap tamak terhadap hidup yang sementara ini, pesannya lagi Moyang supaya Ratna cekal senantiasa tidak lari dari kenyataan hidup.

Gambaran yang Dekni berikan seperti bungkusan kepada segala herba hijauan itu dengan kemas dan rapi, serupa sama yang Ratna laku kan kepadanya, begitu lah caranya pabila itu semua sukar dicari disini dimana yang dibawa dari tanah-air ada lah harta karun yang disimpan dengan sepenuh perhatian.

Begitu juga dengan Dekni yang budiman semoga-moga dilindungi olehNya juga diberkati dengan harian yang manis, Honey sehat sahaja dan manja sekali.

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Mak Wardah, iya setuju sekali, sekurang-kurangnya masih berasa rendang, senang jadinya rasa-perasaan.

Salam manis manis madu.