vendredi 3 février 2012

Vague de froid .. neige ... et vent glacial, sejuk dingin yang membeku!

| |

Pot-pasu berkayu terbiar sendirian ...

Malam Semalam ada lah malam yang terpaliiiing sejuk-dingin sekali minus 30/-30C!

Sehingga air kolam renang menjadi beku-sebekunya!

Voilà! Perbedaan antara es beku keras dengan es salji yang lembut lunak diatas dataran lantai kolam renang, adore dengan suasana yang putih suci begini.

Ditaman halaman semuanya menjadi putih, dari petang sehingga malam semalam angin bertiup begitu deras sekali menerbangkan salji yang berada didahan-pohon pokok-pokok disekitaran halaman.

Honey Aristocat turut mengiringi si-BintangJauh keluar ditaman, asyik memerhati ke-arah si-twit twit sang burung sedang mencotok-cotok!

Jangan dipanggil ketika ini, sememangnya sahutan itu tidak akan dilayan!

Pandangan mata menusuk kalbu ...

Comelnya!

Rimbunan pokok-pokok sebagai pengadang dikawasan tanaman raspberry. Kelihatan dengan jelasnya cebisan dot dot es salji.

Sepanjang se-awal pagi tadi salji turun lagi, sudah tiga hari berturut-turut. Jam 10:45 pagi baru berhenti sebentar maka itu terus keluar ke-taman halaman me-clip clap snap photos dengan secara agak tergesa-gesa, tidak tentu keruan lagi sejuknya, memang sah suhu -12C jika berangin suhu terasa -25C gitu!

Ketika es-salji sedang tengah turun dengan lebatnya! Adore suasana begini.


Sebentar sekejap sahaja ditaman halaman karena tangan juga jari-jemari menjadi kebas sejuk membeku sudah tidak terasa adanya sepasang tangan, ya ampun ... sebaik-nya cepat masuk ke-dalam rumah, sejuk menggigil ... dan tetiba salji bermula turun lagi ... 

Kajian cuaca menyatakan disepanjang minggu ini dan minggu hadapan suhu cuaca akan terus menurun menjadi sedingin sejuk seperti berada di-Siberia!


2 commentaires:

Arizakiah a dit…

Salam sedingin salju buat ratna....

oh......-30cc? sejuknya..........

zakiah tidak boleh berada dalam suhu sesejuk itu....zakiah ada athma....

Honey aristocat begitu comel sekali meredah kedinginan kampung ulu..

mungkin sekarang ni musim cuti sekolah di perancis...kan?

bintangjauh a dit…

Salam kembali wahai Zakiahku, iya, sejuk-dingin sekali ... ini lah musim sejuk yang sebenarnya, pabila salji turun dan suhu menurun mengikut musim.

Kalau gitu Zakiah air-conditioner boleh ke?

Suka sekali dengan turunan salji, Honey Aristocat asyik keluar diluar halaman sahaja sambil memerhatikan si-twit twit sang burung yang sebok mencotok makanan!

Cuti musim sejuk akan bermula dari February 11 bersamaan hari Sabtu selama 2 minggu.

Sampai nanti dan salam manis manis madu.