jeudi 23 février 2012

Warisan Masakan Moyang.

| |

 Jelita, ingat dan terapkan senantiasa didalam diri bahawasanya pabila sudah bertaraf menjadi seorang isteri sebolehnya bijaksana memasak apa sahaja dan jalani lah kerjaan tugas itu dengan sebuah jiwa yang sedang bermekar umpama si-bunga tanjung harum jelita putih berseri ... terkebil-kebil si-anak mata cubai memahami isi-kata yang berbunga tanjung itu? anak dara sunti umpama sekuntum bunga harus dipuji, sambungnya Moyang dengan nada suara nan lembut bagai berbisik-bisik halus ... begitu bahasanya senantiasa halus lagi anggun ... diantara salah satu pesanan darinya Moyang pada setiap masa ketika sedang menyediakan hidangan harian, tidak kira kepada manisan atau apa sahaja jenis masakan akan diselitkan dengan pesanan nasehat yang teramat sekali kuhargai umpama khazanah warisan budaya melayu yang kujunjung tinggi!

Ada yang bertanya mengapa paparan hidangan tanpa resepinya sekali, bukan tidak mahu berkongsi bersama dengan para bloggers semua atau apa sahaja alasan-nya, asas muka diri blog ini ada lah mengenai perjalanan harian si-BintangJauh dan hidangan masakan yag dipaparkan hanya sebagai penyeri blog ini, itu sahaja.

Jika ada permintaan terhadap satu masakan itu, iya diperkenankan terutama sekali kepada manisan karena sukatannya sudah pasti lagi tepat. Manakan masakan melayu dari tunjuk-ajarnya Moyang bermasa'alah sekali karena sukatan bahan ramuan/bumbunya dikira mengikut "common sense" dijalin dengan "feeling" juga pabila sudah digaram secukup mengikut rasa baru diulas kupas kembali mengapa masakan itu ada kekurangan yang tercicir, contohnya, petua dari Moyang mengenai gulai-menggulai bersantan kelapa ialah jika bau gulai itu terhidu maung maksudnya terlebih bawang putih atau halia lantas dilain kali sudah ngerti mengapa atau kenapa soalan itu.

Maka itu begitu sukar bagi Ratna menunjuk-ajar resepi masakan melayu tulen diatas sebab musabab tersebut. Gimana pun akan Ratna cubai seupaya yang boleh jika bahan ramuan yang di-nyatakan kurang sesuai serasi dengan selera para bloggers semua, kemaafan maha keampunan Ratna pintai.

Rendang Serunding Daging

1kg 500 gm daging
3 biji bawang merah besar
12 biji bawang merah/echalottes kecil
5 ulas bawang putih
segengam cili kering - direbus empuk
2 jari lengkuas
 1 jari halia
5 serai
3 helai dedaun kunyit muda
2 setengah sudu besar serbuk ketumbar
1 setengah sudu besar serbuk jintan manis
200 gm krisik kelapa
3 biji santan kelapa
sedikit air asam jawa
Garam dan gula merah melaka secukupnya mengikut rasa
Sesenduk minyak untuk menggoreng bumbu. 


Daging lembu dihiris nipis. Dedaun kunyit muda dimayang sederhana halus. Serai gunakan bahagian bawah yang putih sahaja bahagian atas yaitu kepala di titik kasar. Kisar rebusan cili kering, dan kisar kesemua bahan bumbu ramuan, panaskan minyak didalam kuali berapi kecil dahulu, humban kan 2 setengah sudu serbuk ketumbar juga sesudu setengah besar jintan manis goreng selama semenit terus humban kan kisaran cili kering, serai dititik berserta sekali bumbu kisaran. Goreng bumbu ramuan sehingga naik harum baunya lantas dibubuhi perahan santan kelapa (cara Moyang ialah masak kan dahulu perahan santan kelapa sehingga menjadi pekat-sepekatnya yang dipanggil "tahi minyak" lantas dicampurkan dengan bahan bumbu ramuan yang telah digoreng sewaktu dengannya, cara ini terpulang kepada sesiapa yang trigin mencubainya) dan gelegak kan kuah di-api yang kuat lagi garang sehingga peringkat pekat baharu diperlahan lembut api dan humban kan hirisan daging juga curah kan air perahan si-asam jawa, ditahap ini semestinya didepan kuali dengan setianya karena harus dikacau senantiasa takut berkerak kuahnya jika dibiarkan lama sebegitu sendirian. Jika citarasa selera senang dengan rendang serunding berkuah pekat tamat kan masakan dan jika senang secara tulen yakni kering, iya teruskan masakan, di-akhiri dengan taburan krisik kelapa juga dedaun kunyit muda kacau-sebati kan dan kuali tutupi rapat dengan penutupnya supaya dedaun kunyit tadi meresap harum aromanya didalam rendang itu,  oops jangan lupa digaram dan gula merah melaka secukup mengikut rasa, voilà!

Petua dari Moyang untuk menghasilkan rendang yang manis natural ialah sekilo daging/daging ayam = 2/3 (mengikut saiz nya) biji buah kelapa perahan santan.  
Selamat mencuba.



Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana lah dapat jangan lah lupa


2 commentaires:

azieazah a dit…

Terimakasih berkongsi info, petua dan resipi. Setiap orang ada keistimewaan tersendiri dlm teknik dan penghasilan. Tapi result tetap cemerlang. So keep it up!

Mak Wardah a dit…

Salam. Puan Ratna, saya akan cuba resepi ini. Doakan mnejadi.