mardi 6 mars 2012

Cake berbuah pisang.

| |


Diatas permintaan resepi cake berbuah pisang dengan sejahteranya si-BintangJauh perkenankan. Resepi biasa yang sering di-ikuti diPeranchis walau pun terdapat sedikit perubahan yaitu penderhakaan yang disengajakan sebegitu sahaja demi mengikuti citarasa selera si-BintangJauh.

 Semoga resepi ini dapat memenuhi citarasa-selera kepada para bloggers diluar sana, dimana si-BintangJauh tidak menjamin 100% yummy... sedia maklum, citarasa selera masing-masing berlainan... jika terdapat bahan ramuan yang ingin dielak-ketepi kan, hindari yang tidak sesuai serasi si-anak tekak... ikuti lah kehendak selera masing-masing...



180 gm tepung
3 biji telur
160 gm gula perang
150 gm butter masin
2 biji buah pisang

1 vanilla bean
sesudu kecil baking powder
2 sudu besar thickened cream
2 sudu besar parutan kelapa/kelapa kering
60 gm serbuk kacang badam
titisan perahan lemon jus


Panas kan oven 180°C (th.6).
Cair kan butter masin. Lenyek-penyek buah pisang sederhana halus dan perah beberapa titis-linangan lemon jus dan gaul kan sebati. Belah dua vanilla bean, kikis-keluar bijinya masukan sekali didalam sebuah mangkuk berisi 3 biji telur juga gula perang, pukul sehingga ber-"fluffy"-kembang dan larut gulanya lantas humban kan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan serbuk kacang badam+parutan kelapa (jika suka, ikut selera), cecair butter masin diakhiri dengan campuran lenyekan buah pisang bersama 2 sudu besar thickened cream+sesudu kecil serbuk baking powder dan gaul-kacau secara kaup semula. Bubuhi didalam tin/mould/ramequin di tahap-setengah parasnya tin itu yang telah di-oles-lumur butter dan ditepungkan atau alasi dengan kertas minyak/parchment paper-sheets. Bakar cake, anggaran jangkamasa selama 40 menit, voilà!


Dilain kali akan lumur-oles hirisan buah pisang dengan lemon jus begitu tidak akan ter...lebam jadinya rupa parasnya!

Selamat mem-baking...

8 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam..
Ratna...Hmm, boleh bau keknya sampai kerumah saya..Pasti sedap!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot a dit…

Mesti sedap,dapat makan pisang sekeping2 ni.

La maman Mucci a dit…

merci!! will try soon :)

Kak Rose a dit…

Ratna, satu yg baru dapat kak rose belajar.... ada pisang juga kelapa dalam menu ni... pasti yummy sekali dengan hirisan fresh pisang dalam kek. nnti boleh dicubai!

leen a dit…

Salam kenal Ratna..sedapnya tengok kek nie..mesti sedap..

Cik Eka a dit…

nampak klasik dan cantik kek ni..
eka suka betul kek pisang..

tapi nak buatnya agak malas..selalu beli yang dah siap...dari kilang kek samudera..hehehehe

bintangjauh a dit…

Salam kembali Leen juga salam kenal... cake berbuah pisang klasik, jadinya walau pun biasa tapi ramai yang suka...

Salam manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kepada sis Iha, Puan Ros, La Maman Mucci juga Cik Eka,

sesiapa pun sudah tahu dan kenal sangat-sangat cake berbuah pisang ini cumanya Ratna tokok-tambah kan adunan ramuan sebagai petambah saveur, itu sahaja... cuba-cuba lah ya
Salam manis manis madu.