lundi 5 mars 2012

Cake berbuah Pisang/Banane, tout simplement!

| |

Ramalan kaji cuaca tidak setepat-mana dan tidak serupa-sama dengan kehendakNya Yang Berkuasa, bahawasanya hari ini bersamaan Isnin yang seperti dijangka kan salji akan turun... rupa-rupanya tidak menjadi... diberkati denga sinaran nur-cahaya mentari dengan gemilangnya... lantas si-BintangJauh mengambil peluang menghabis kan sewaktu awal pagi ditaman halaman, mengubah-suai alihan tumbuhan hijau lantas... ditelapak tangan memegang pengorek-cangkul terus mengorek-cangkul... dan menanam semula pengalihan-tukar tempatnya tumbuhan Narcissus pseudonarcissus "dit Les Jongquilles/Daffodil" dimana suka menumbuh dibawah teduhan pokok secara liar merata juga bersama tumbuhan "tidak tahu namanya" yang berbunga biru kejinggaan.

Selepas selesai berduaan dengan tumbuhan hijau terus ke dapur karena tetiba trigin-kepingin berminum sepetang ini bersama manisan ini yaitu cake berbuah pisang yang dipilih karena ia-nya sebuah cake yang terpaling senang lagi cepat disediakan, bahan ramuan semua dihumbankan sekali dan dengan sekelip mata sudah didalam oven!

Terdapat dua bentuk, ada yang berupa-paras "loaf" dan ber-ramequin tanpa hiasan berbuah pisang... kosong gitu tanpa hiasan penyeri.

Hirisan buah pisang tidak dilumur-oles dengan perahan lemon-jus maka itu kelihatan ketara sekali kebiratan kelam... terkurang lagi serinya!

Ingatkan bersalji hari ini seperti yang diramalkan, boleh berminum petang sambil menyaksikan turunan salji... sehingga sekarang tiada petanda lansong... mungkin malam ini... 

Jelas kelihatan hirisan buah pisang dibadan-dinding cake.

Terdapat pelbagai resepi untuk cake berbuah pisang ini, dan pilihan resepi si-BintangJauh ialah yang terpaling senang!

Antara bahan ramuan kemestian didalam cake berbuah pisang ini ialah parutan kelapa atau kelapa kering/ dessicated coconut, si-BintangJauh adore dengan adanya parutan kelapa tanpanya se-umpama tidak lengkap lagi sempurna kejadian-hasil cake ini.

Begitu rasa kerasaan cake bertambah lemak serasi sesuai dengan buahnya pisang, serupa sama dengan jemput-jemput cekodok-cucur pisang pasti ada parutan kelapa kalu... seperti ada kekurangan gitu.

Verdict... yummyyy...

Voilà!


5 commentaires:

La maman Mucci a dit…

Miammmm, ça a l'air super bon! kat rumah ni pulak laku kalau ngan coklat je, kalau tak mmg lambat habis. kalau ada kelapangan do share the recipe pls? merciiiii!

Mak Wardah a dit…

Enak dan Creatif itulah Chez Ratna. Moga sihat selalu dan bahagia bersama family

Gee® a dit…

pergh!! menggoda...

Cik Eka a dit…

sis rat..kok cantik lah kek nya....
rasanya mestis edap ni..nyum nyum

aznimatisa a dit…

salam ratna,
sungguh.cantik dan sedap. lagi sedap jika ada sedikit walnut!