dimanche 11 mars 2012

Kau Ratnaku... Juwita Citra Terindah, penuh sempurna nama disatukan.

| |


Entah mengapa hari ini... tidak juga tahu dan ngerti mengapa datangnya hasrat itu... secara mendadak  kumandangkan kembali lagu-lagu melayu, serasa menjelma kepinginan mendengar secara sebegitu sahaja...

Lepas satu... satu... demi satu lagu dipilih mengikut nama penyanyi yang di dendang kan dari YouTube, tetiba... tertera mukadepan albumnya M.Nasir dan tercatit-catat tajuk sebuah lagu bernama Kau Ratnaku... ter...kilan ber-kus semangat sejenak seketika... iya, adakah benar ini lagu dimana tidak pernah tahu akan keujudannya selama ini, terasa diri begitu ketinggalan setelah sekian lama tanpa disedari sudah terlepas... tertinggal.. tercicir dibelakangi silam yang tidak mungkin dapat dirasai ketika saat lagu ini dimelodikan umpama sebuah puisi...


Pergelangan cincin-cincin berbelah rotan setia dipakai-pasang dijari-jemarinya si-BintangJauh, beralas-dataran sekain sarung dihari pernikahan nan silam...


Kau Ratnaku.

Keringkanlah pipimu ratnaku
Cubalah senyum
Kerna tangisanmu kan hanya
Menambah dukaku

Duka di dalam hati
Dan luka diperlakukan
Lakonan mereka berpura-pura
Tak mengertikan
Tak pernah merasakan
Sengsara di dalam
Cinta dan rindu

Oh! Aku patrikan sumpah
Cinta setia
Di atas kaca jiwaku
Yang benar
Bila mencerminkan
Kebenaran
Pada malam bintang hilang
Di pandangan
Pada malam pabila bintang
Terang
Menerangkan kenyataan

M Nasir.


Sehelai selendang sopan tersidai diperkalungan bahu si-BintangJauh...

Kus... semangat lagi, terserempak dengan lagu ini yang bertajuk diatas nama ke 2 si-BintangJauh, benar kah hari ini tidak bermimpi disiang hari...

Jadinya, cukup sempurna tajuk nama sebuah lagu disatu kan menjadi = Ratna Juwita...

Yang hairannya lagi ialah... kok dari penyanyi yang sama yaitu M Nasir!


Juwita... Citra Terindah

Bagaimanakah aku gambarkan
Rasa yang membakar jiwaku
Tiada kata yang tak cliche
Bagai habis bahasa bermutu
Sedang engkau teristimewa buat diriku
Ilham tugu taj mahal didirikan

Barangkali kita perlu
Melihat di sebalik manteri
Engkau wanita aku lelaki
ayuhlah kita mengikat janji
Kau juwita menolak segala dusta
Citra terindah cerita yang sakti….

Ku serahkan nasibku pada cinta murni
Untuk kau ku rasakan bukti
Patahkan ku hancurkan badanku ini
Kau tetap menjadi….
oooo….
Pujaan……..
ooooo…….
Juwita…………
Kaulah segala-galanya……………

(Sempurnakan cintaku)

Kau juwita menghidupkan jiwa yang lara
Menggoncang kalbu yang lama membeku

M Nasir.


5 commentaires:

aznimatisa a dit…

assalamualaikum kau Ratnaku.

Maka telah terpana dan terpesona Ratna mendengar dendangan puisi dari pengkarya hebat M. Nasir. Penyanyi asal lagu tersebut adalah saudara Roy, iaitu penyanyi yang mendendangkan lagu-lagu patroitik tanah air kita pada sekitar tahun 80 - 90an.

Maka apabila Ratnaku dinyanyikan semula oleh penciptanya dengan satu nafas baru, maka terus meresap di soul pendengar yang halus jiwa. Hingga boleh berkaca air mata di bibir kelopok mata atas senikata dan melodi yang sangat indah,walau pun, bukan pemilik yang bernama Ratna, apatah lagi jika namanya itu Ratna.

Di lain entri boleh sahaja Ratna menempel copy paste video clip dari u tube itu ke n3 Ratna kerana tidak ramai yang tahu kehebatan lagu Ratnaku. Lagu tersebut seumpama penceritaan kisah begitu ramai wanita2 di dunia.

Ratna telah pun menjadi bintang yang terang nun jauh di sebalik awan.

Salam di sebalik awan

:-)

bintangjauh a dit…

Wa'alaikumussalam... Dekni, terimakasih segunung tinggi dengan info itu dimana Ratna selama ini tidak begitu mengikuti arusan pengaliran lagu-lagu melayu ditanahair dimana bagi Ratna pendatang muka baru penyanyi juga lagunya kurang Ratna gemari...

Ter... perasan... pabila nama pertama Ratna ada disebutkan sebagai tajuk lagu juga ada didalam barisan lirik lagu, maka itu terus melintas buahfikiran untuk entry dihari Ahad ini... walau pun punca-musabab isimakna lagu bukan untuknya yang bernama Ratna.

Nanti Ratna pinta pertolongan dari anak bujang yang ngerti gimana caranya tempel-menempelkan lagu-lagu dari YouTube...


Sampai nanti wahai Dekni juga salam manis manis madu.

Mak Wardah a dit…

Ratnaku & Juwita, citra terindah. Pujaan ramai jejaka Melayu, Indah dirinya, halus pekertinya, luhur budinya kerana Ratna & Juwita adalah citra terindah. Dinyanyikan oleh penyanyi yang bersuara "jantan" menggambarkan wanita yang bernama Ratna Atau Juwita itu begitu molek dirinya. Agar Ratna & juwita itu terus berkarya melalui blog-blognya yang begitu indah berseni.

Salam persaudaraan dari jauh Ratnaku.

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna..
Saya boleh bayangkan wanita yang bernama Ratna mendengar lagu ini..
Oh Ratna ku alangkah bertuahnya dikau di agongkan didalam lagu ini.

bintangjauh a dit…

Salam Mak Wardah juga sis Iha,

Tidak Ratna percayai bahawasanya dua lagu itu ada tertera diatas kedua namanya Ratna... kus semangat jadinya! Lagi-lagi dinyanyikan oleh penyanyi yang sama... M Nasir... sesungguhnya serasa hari tersebut ada saktinya... ada kah ianya hanya sebuah kebetulan?

Salam manis manis madu.