mardi 20 mars 2012

Le Premier Jour Du Printemps, hari per-1 bermulanya musim bunga ber... kembangan...

| |

Diawal pagi pertama bermulanya musim bunga... bernurcahaya mentari dengan gemilangnya... serasa sayu sekali terus bersyukuran keatasNya yang maha Pemurah dengan keindahan ditaman halaman berumput tumbuhan liar dengan bunga-bungaan pastel comel cenonet melembutkan lagi rasa perasaan...

Sekuntum bunga Jonquille/daffodil berdiri tegak dengan megahnya...

Seterusnya photos gambaran tumbuhan yang sudah mekar kembang mengembang bagi meraikan kedatangan hari per-1 musim bunga nan indah sekali!

Tumbuhan bunga Jonquille/daffodil yang dicucuk tanam oleh CintaJL...

Encore...

Yang ini ada lah tumbuhan Jonquille liar yang telah dialihkan dari teduhan sepokok Tilleul dan dicucuk tanam oleh si-BintangJauh.


Jonquilles liar bergandingan bersama dengan si-jonquille beli Botanic mari...

Deretan tumbuhan jonquilles liar...

Tumbuhan sekelompok jonquille yang baharu sahaja dialihkan, dicucuk tanam dibawah teduhan sepokok Tilleul dibelakang halaman.

Yang ini tidak tahu namanya... sudah tahu, Muscari!

Si-bunga Jacinthe berwarna pink lembut dicucuk tanam oleh yang Bongsu.

Yang ini Jacinthe berwarna unggu dicucuk tanam oleh CintaJL.

Primvère yang baharu sahaja dicucuk tanam pada minggu lepas, semalam petang hujan turun tis tis tis... titisan air hujan merencik renjis tanah segar menghodohkan si-bunga kembang...

Kelihatan comot sekali!

Yang ini juga comot... Primevère putih dan kuning.

Rose de Noël hellébore/Christmas Rose sudah bermula mekar berkembangan...

Adore sekali!

Yang ini... crassula?

Dan yang ter... paling adore... ialah tumbuhan rumput-rumput liar berbunga pastel comel cenonet terbentang luas tumbuh dengan sendirinya sesuka hati merata disekitaran taman halaman, bunganya hanya mekar mengembang pabila sinaran mentari menyerlah gemilang...

Kelihatan dengan jelasnya titisan air-embun jernih meliputi dedaun rumput, j'adore...!

Musim bunga... yang kusambut datang dengan rasa perasaan yang bermekar harum...


7 commentaires:

Kak Rose a dit…

Ratna, pastinya hati pun penuh ceria berbunga2 menyambut ketibaan musim bunga yg baru bermula!

harap hari2 yg mendatang juga seceria bunga2 yg berkembang dihalaman.

azieazah a dit…

Cantiknya musim bunga..!
Pasti wangi bunga bergabung dengan wangi rumput. Ohh mengasyikkan.

Embun yang bersinar jernih di dedaun sungguh mempersonakan...

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna..
Terima kasih kerana berkongsi
bunga2an yg mekar menyambut kedatangan Musim Spring...

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat Ratna....
Lama tak berblogging......kesihatan tidak mengizinkan.....

indahnya musim bunga di adaptasikan oleh Ratna bersama seni fotografi yang menarik....

La maman Mucci a dit…

selamat bergardening kak wita! love the pics.. lin dah try ur banana cake - gone within seconds! merci encore :)

aznimatisa a dit…

Assalamualaikum sahabat si bintang jauh ~ RATNA JG

Harapan agar Ratna diberi Allah kesihatan yang baik, hidup bahagia disamping yang tersayang.

Aduhai...comel sungguh bunga2 itu. Terserlah keanggunan nya dibawah mentari lembut yang menyinar.

Teruskan menulis dari hatimu :-)

bintangjauh a dit…

Salam semua wahai sahabat handai,

iya... hari Selasa bersamaan March 20 ialah hari per-1 musimnya bunga printemps menyerlah-jelma musim yang terpaling nyaman udaranya juga indah suasana ber-bouquet-bouquet dengan pelbagai kembangan bungaan yang berwarna-warni nan gemilang...

Bulannya April juga Mai akan berputik terus berkembang mekar tumbuhan bunga yang baru ditanam bersamaan sekali tumbuhan bunga yang sudah sedia ada sebelumnya.

Setiap di-awal pagi... hari Ratna bermula dengan menyaksikan keindahan nature yang maha semulajadi yang tiada tandingannya itu.

Salam manis manis madu.