jeudi 1 mars 2012

Le Thermomix Vorwerk, c'est magique!

| |


 Hari ini bersamaan March 1 hari pertama bulannya 3, si-BintangJauh meng-ada kan kelas demonstrasi (dirumahnya) menyediakan roti berbentuk bunga Marguerite juga Sorbet aux Framboises/raspberry sorbet dengan seorang ahli penasihat dari Thermomix Vorwerk dimana beliau juga seharusnya bijaksana didalam bidang masak-memasak. Sesi demonstrasi ini hanya si-BintangJauh bersama Madame Josse sahaja.

Tepat jam 2 petang, Madame Josse tiba dengan se-bag besar berisi machine tersebut. Selepas bertanya khabar juga berbual-bual santai sebagai pembukaan sebelum bermulanya acara masak-memasak.

Sebenarnya sudah dua kali menghadiri acara kelas ini tapi masih berfikir panjang sama'ada dibeli atau tidak machine ini dimana kebanyakan Chefs pasti sudah ada... kemestian terutama sekali bagi menyediakan segala bagai sauce juga émulsion senang, cepat, mudah dan bersih dan ada satu chef itu punya-miliki hampir 10 berderet diatas bench-top dan kebanyakan yang membeli dan memiliki machine ini tertumpu kepada para pengguna yang sudah berpencen jadinya begitu practical + multi-purpose machine bagi mereka karena machine ini = 20 machines yang ada dari menghiris atau melumat atau mencingcang atau meng-uli, menggulai juga masakan secara vapeur/steam cooking/kukus dan semuanya boleh!

Voilà, ini lah roti bunga marguerite, dalam masa 1 jam sudah siap sedia cukup masaknya, 30 menit masa roti direhat naik dan 30 menit masa dibakar di-oven, mudah lagi express gitu!

Katanya Madame Josse tepung yang si-BintangJauh beli begitu superb sekali, bermutu tinggi gitu... boleh dirasai kelunakan tekstur-nya ditelapak-tangan ketika beliau membentuk bulat tepung adunan roti tersebut. Petua dan saranan dari Chefs berbintang-bintang bahan pertama yang digunakan seboleh-elok ialah yang bermutu tinggi bagi menghasilkan kejadian yang terbagus, katanya! Seperkara lagi dengan machine ini sudah tidak perlu diuli-uli lagi, senang lagi cepat, allez hop... masuk terus ke-dalam oven!.

Umpama gunung "Les Alpes" Isère!

Berbentuk bunga Marguerite roti ini.. dimana ianya disediakan sempena menyambut kedatangan hari nan indah yakni bersinaran mentari dengan cemerlangnya seiring dengan bunga-bungaan yang pertama menonjol-tunjuk kembangannya, bebunga yang mekar jelita mengembang merata ditaman halaman.


Sorbet aux framboises/raspberry sorbet, 500 gm buah framboises = 1 litre sorbet dan jangka masa yang diambil pada keseluruhan penyediaan sorbet ini ialah... jangan terkejut-sentak... 3 menit sahaja! dimana 10 saat menghaluskan ketulan gula menjadi gula halus-icing sugar, humban kan buah framboises dan pusing-memusing selama 2 menit, campurkan sebiji putih telur dan pusing kembali masa yang selebihnya yaitu 50 saat! 
Dan saksikan lah kejadian sorbet framboises ini, tidak kah luar-biasa!


                                   

Ini lah rupa-parasnya Thermomix Vorwerk dari Germany dan harga machine ini... ya ampun... mengapa terlalu murah...! 960 Euros, gitu!

5 commentaires:

kuchintaantik a dit…

Salam

Hari ini agak sibuk memandangkan hari Jumaat, hubby + anak balik awal utk bersolat. Jadi belum sempat membaca N3 Ratna yg terdahulu, mungkin nanti lepas habis kerja baru boleh sambung. Wbp (boleh faham ke short form?) nak response sikit mengenai pertanyaan Ratna kpd auntie (regarding boleh kahwin ke dengan anak raja?) Saya ketawa terbahak2, sebab "what a question to ask" Patutlah auntie Ratna ketawa, it showed how innocent you were at that time.

Namun sekarang, semuanya dah terjawap. Ratna bukan sahaja telah memiliki bukan sahaja setakat anak raja malahan kalau bukan setaraf anak raja Brunei pun, mungkin setaraf anak Agong. Am proud of you girl. Syukur alhamdulillah. Kadang2 Allah menguji kita diawal harinya, untuk memberikan kita yang terbaik dikemudian hari....

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam..
Ratna, changihnya machine tu.. Kalau berkemampuan apa salahnya beli..utk kemudahan..tak gitu!

bintangjauh a dit…

Salam Kuchintaantik dihari Juma'at nan mulia, Semasa membesar dengannya Moyang bertutur-bicara hanya dengan Moyang dimana sepupu-sepupu sepusat sepusing tidak begitu suka atau rapat dengan Ratna, anak terbuang!

Jadinya pertuturan Ratna hampir 98% bersama Moyang sahaja! Pabila ada peluang berbual-sembang dengan yang lainnya, banyak sungguh pertanyaan yang ingin Ratna timbul kan, makanya sehingga soalan yang menyimpang keluar dari kenyataan!

"innocent", iya... Ratna rasa itu-lah yang diketawa kan oleh Makwan, ditambah lagi dengan rupa-parasnya Ratna... bagai nak rak terkekeh-terkakah kemain lagi ketawanya bagai digeletekan gitu!

Gimana pun, sebenar cerita tulen pengalaman itu lagi mendalam cumanya Ratna ringan-rengkas kan sahaja...

Ratna sendiri boleh ketawa kah kah kah... serupa kanak-kanak riang... dengan kisah silam itu!

Wahai Kuchintaantik, begitu selama ini Ratna menyusuri kehidupan ini dengan kesedaran yang tinggi, terima apa sahaja seadanya karena itu lah bahagian Ratna yang diperkenan olehNya, Syukran.


Selamat ber-week end ceria buat Kuchintaantik seisi keluarga, salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam sis Iha, yang benarnya Ratna punyai segala bagai robot-machines, jadinya walau pun machine ini begitu teramat sekali changgih, machine-machine yang ada... nanti kok terbiar begitu, sayang sekali... mereka semua juga begitu changgih... gimana tu!
Suami kata jika ianya begitu berguna, ya beli, Ratna pula berkata bukan sekarang lagi...

Salam manis manis madu

NaniRostam a dit…

Salam darling...rat..apa khabar...maaf ya...nani agak sibuk semenjak anak-anak dara ku aktif buat part time sana sini....

Kalau senang jangan give up telefon nani ya....insyallah kalau tak ter'miss' call kita sembang lama.

Rindu sebenarnya nak dengar suara rat.

oh ya...insyallah bulan 4 atau 5 nani nak bercuti ke london..it is possible untuk nani sampai ke tempat ratna...please advise..insyallah nani dengan alisya.


machine tu mahal ya rat...machine machine biasa pun nani belum beli lagi...lagi yang mahal mahal ini...walah...