jeudi 8 mars 2012

Melayan selera...

| |

Hari Khamis yang monyok... hujan tis... tis...tis... berselang seli dengan tiupan angin yang deras... jadinya brrr...sejuk-dingin, lantas selera menjadi ter... mengada-ngada... terus kepinginan umpama kempunan merasai gorengan yang biasa ini dimana ia nya begitu senang lagi cepat disediakan.

Goreng sahaja cucur berudang dengan bahan ramuan yang sedia ada yaitu sedikit dedaun saderi/céleri, bawang putih, bawang échalote, lada hitam, carrot, juga yang utama udang.

Bertepung naik sendiri, lagi express sudah siap sedia itu tepung!

Pencicah sauce nya juga express, kedai mari... adun kan tiga jenis chili sauce yang berlainan rasanya campuri dengan hirisan mayang carrot juga chili hijau dan kekacang tanah yang telah disalai terlebih dahulu, tumbuk kasar dan diperagakan sebegini rupa!


Gunakan lidi-pencucuk untuk udang,saluti sepenuhnya dengan adunan tepung, bentukan seboleh mungkin saiz yang serupa sama, celupkan kedalam minyak (api sederhana kecil) bertakung penuh supaya elok masak-gorengnya cucur udang. 


Bunga Hortensia berwarna biru.


 cara méli mélo.

Jika ber-sauce kuah kacang perasa pecal pasti lagi yummy... kali ini tukar, gitu ada kelainan rasanya kalu kok serupa sama sahaja...

Dengan adanya kekacang menambah-tinggi lagi aroma saveur kerasaan chili sauce ini, beraneka rasa masam, manis, pedas juga lemak-lemak masin... seiring sekali dengan kesegaran hirisan mayang carrot dan chili hijau seimbang serasi semuanya.

Sengaja berbuluh pencucuk lidi, gitu udang boleh bertegak tegap dan ketika di-ngap senang sahaja terus dijunamkan ke dalam chili sauce...

Alhamdulillah... sudah kenyang perut di-isi dengan gorengan tepung yang sederhana ini... walau pun diluar kelihatan cuaca begitu mendung kelabu tanpa sinaran nurcahaya mentari namun sudah dipujuk-empuk oleh gorengan ini, voilà!


15 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam Rat, terasa lapar pepagi ni melihat cucur berudang dengan presentation yg vogue...sos pencicah juga tampak sooooo yummy. ngences gitu!

aimi a dit…

sangat menarik, selalu nya orang makan cucur udang ni just macam tu je takda lidi-lidi, tapi bila dah buat macam bebola ni, lagi rasa nak makan taknak berhenti :)

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam..
Sehari dua ni rasa malas sekali nak mencipta makanan..
Tapi setelah melihat resepi Ratna berselera serta bersemangat nak ke dapur.

~KB~ a dit…

Salam perkenalan Kak Ratna,
Suka baca blog Kak Ratna. Terasa seperti membaca naskah sastera lama. Sangat ironi, kerana Kak Ratna jauh di Perancis, tapi menulis dalam Bahasa Melayu lama yang indah! Hari ini begitu teruja untuk meninggalkan komen sebab terpesona dengan cucur udang Kak Ratna. Cara Kak Ratna menghidangkan semua makanan di dalam blog sangatlah magnifique & merveilleux!
Tapi kali ni lebih extraordinaire sebab lesung batu pun masuk sekali! ;0) Tapi rasanya, kalau Nenek saya tengok, barangkali beristighfar sebab lesung batu naik ke meja makan! Haha...
Just wonder Kak Ratna, where actually in France are you? Is it far from Paris?
~KB~

angahPJ a dit…

salam ratna..

subhanallah.. sungguh kreatif orng jauh ni..
satu pertanyaan.. bawang échalote tu, bawang ape ye? kalau dekat, kepingin rasanya nak bertandang ke rumah ratna untuk makan cucur udang!

Anonyme a dit…

assalam Ratna
Kesini dari dapur Artlover..

Terpesona dgn apa yang dipandang, best sangat!

CikSom

aznimatisa a dit…

assalamualaikum Ratna,

Terima kasih Ratna sudi singgah di n3 dekni iaitu masih terasa-rasa ditekak. Gambar masak lemak cili padi itu tidak kelihatan atas sebab mood sakit gg membantutkan ia. Picture yang dekni papar itu ialah kenangan makan masak lemak cili adi daging salai di Kampung Lonek, Kuala Pilah Negeri Sembilan bersama-sama rakan kembara seni ku.

Kebetulan minggu ini, dekni juga sudah 2 kali mengoles-oles tepung, mengoreng cucur udang kerana ia juga kesukaan dekni dari dulu lagi.

Maka bila melihat cucur udang Ratna ini terkenang akan cucur udang arwah nenda Wan Zainab yang sangat berjasa mengajar selok belok masakan tradisi pada ku.
Bak kata Ratna di n3 cucur udang sebelum ini, yang di jual-jual di kedai itu terlalu berminyak, maka lebih baiklah kita sendiri yang mengadun dan mengorengnya. Air tangan ibu dan isteri lah yang paling penyayang dan meresap di hati bagi yang menikmatinya!

Selamat berhujung minggu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Angah, bawang échalote ialah sejenis bawang bertaraf noble diantara kebanyakan bebawang yang ada, dibahasa Queen's ialah "shallot" berbentuk memanjang lonjong berkilat bersih kulit dataran badannya. Rasa échalote/shallot lagi terasa saveurnya, harum mewangi pabila digoreng lembut juga memberi kerasaan lembut manis didalam masakan.

Iya, sayang sekali... berjauhan nun dihujung dunia wahai Angah... gimana ya,jika berdekatan boleh sahaja dijemput-datang dengan tangan terbuka umpama pintu gerbangan...

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Kak Rose,
bercucuk buluh lidi cucurnya udang begitu telapak tangan jejari tidak beroles minyak dan terus dijunamkan kedalam sauce-nya... voilà!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Aimi,

Sengaja bercucuk buluh lidi begitu senang dimakan dan sememangnya tidak boleh berhenti karena sauce-nya yang berkacang... adore!

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam sis Iha, mood masak-memasak tersemput-semput gitu Ratna sering merasainya, jemu dengan kerutinan menu yang dipusing-pusing jadinya kepala juga menjadi pusing buntu...

Lumrah ya sis Iha, berblogging ini kekadang boleh meransangkan ilham juga mood memasak yang tenggelam timbul itu...

Salam manis manis madu.

bintangjauh a dit…

Salam perkenalan kembali KB,

Sebegitu sahaja caranya... Kak Ratna sudah kemas didalam diri tata-tertip didapur diasuhi oleh Moyang yang diKasihi... jadinya warisan itu di-ikuti serupa sama, tiada yang luarbiasa, sederhana sahaja.

Kak Ratna menetap disebuah kampongulu berusaha pertanian dimana ia-nya terletak diantara Grenoble (selatan timur peranchis)dengannya Lyon dimana bertapak dengan megahnya gunung-gunung Alps yang begitu terkenal sekali, jauh juga.. jarak jauh diantara Paris-grenoble anggaran 600 km, pergi ke Paris berkereta sekitaran 6/5jam, ber-TGV/kereta'api pantas sekitaran 3 jam sahaja, voilà!

Sampai nanti juga salam manis manis madu.

Mak Wardah a dit…

Ratna,
Saya kagumi decorationnya, makanan yang nampak enak untuk dimakan hiasan dan dekorasi yang sangat menarik. Allah, kalau jiran pasti saya bayar Ratna mengajar saya memasak dan membuat dekorasi indah2 ini. Salam persaudaraan dari jauh

mommy yaya a dit…

salam
u know what..
i believe the art of food deco make we loose some weight..
how? coz nice deco make we 'full' with only that we serve on the plate! hihihihi

bintangjauh a dit…

Salam mommy yaya,

Ya ampun, mommy yaya tengah sedang menjelajah di-blognya sis Ratna ya!

Pesanan dari Moyang yang diKasihi... sesungguhnya hidangan masakan yang akan dijamu itu semesti sebolehnya di "deco hiasi kan sebagai penyeri... iya, Moyang begitu mengambl kira tentangnya "seri atau keserian terhadap masakan tersebut" untuk menaik kan seri suasana makan berhidang diatas sebuah meja... terkenang sis Ratna dengan barisan ikan-ikan goreng yang disusun rapi berselangseli dengannya gorengan bawang merah yang garing ke'emasan kesudahannya tampak begitu menambat selera dan mengindah kan pancaindera penglihatan sepasang mata lagi... semenjak itu sis Ratna sering terpesona dengan seni nan halus darinya Moyang dimana masakan yang biasa boleh tampak luarbiasa kejadiannya...

Iya yang benar... jika begitu maka itu boleh lansing walau pun umurnya sis Ratna sudah tuek! hihihihi... bergurau mesra sahaja ya mommy yaya, begitu awet muda selamanya.....

Sudah bermula mengukis wahai mommy yaya? semalam, sis Ratna mencuba resepi dough nenas tart setengah adunan namun tidak yummy kok keras dan lemau tidak rapuh dan gebu lunak kerasaannya karena ada tepung jagung, jadinya sis Ratna berikrar hanya akan berterusan mengikuti resepi lama, voilà!

Salam manis semanis madu.