jeudi 15 mars 2012

Resepinya...

| |

Voilà, permintaan keatas resepi gâteau cake yang begitu mewah dengan serbuk kekacang badam. Pintaan maaf sekali... sekiranya resepi gâteau cake ini tidak dapat memenuhi citarasa selera para bloggers semua, karena tidak berapa pasti akan suka keatas kerasaan gâteau cake yang hanya berkacang badam tanpa adanya tambahan tepung dan kemungkinan kerasaannya agak terlalu lemak atau apa sahaja verdict-nya!




250 gm serbuk kacang badam
setangkai vanilla bean
5 biji telur
100 gm gula putih halus
80 gm gula perang
secubit-dua/setengah sudu kecil garam halus
50 gm butter
60 gm bijian dark-chocolate
Sesudu besar serbuk instant coffee pure 100% Arabica atau perasa espresso







Panaskan oven 180°C. Campurkan sekali didalam sebuah mangkuk serbuk kacang badam dengan vanilla bean yang dibelah dua, kikis dan ambil bijiannya, gaul sebati. Cairkan butter, letak ketepi. Dengan electric mixer, pukul telur + gula putih halus +gula perang juga secubit dua garam sehingga mengembang gebu. Humbankan campuran serbuk kacang badam ke adunan telur juga butter yang sudah dicairkan tadi dan kacau-gaul kaup semula dengan lembutnya.  Untuk bahagian ber-chocolate bijian asingkan sekitaran 5 sudu besar adunan dan campur-gaulkan dengan bijian chocolate. Alas-lapik sebuah mould/tin loyang cake 20/22 cm berbentuk bulat atau persegi dengan kertas minyak/parchment paper, sudukan lapisan pertama dengan adunan serata yang boleh, di-ikuti dengan lapisan kedua yaitu adunan berbijian chocolat dan tabur kan sesudu besar serbuk instant coffee diatas sekeliling datarannya, jika suka kerasaan coffee lagi terasa pahit aroma saveur-nya boleh dibubuhi lebih mengikuti citarasa selera masing masing dan diakhiri dengan lapisan penutup dengan selebih adunan, rata kan permukaan dataran dan bakar di-oven anggaran 45-50 menit,  keluarkan dari oven dan biarkan selama 15 menit terus terbalikan ke wire rack dengan penuh perhatian lembutnya karena gâteau cake ini agak 'fragile", senang terpecah disekitaran dataran... dan hiasi diatas dataran dengan bedak serbuk cacao berserpihan chocolat noir, voilà!


Bagi selera citarasa si-BintangJauh, iya... adore sekali dengan kerasaan gâteau cake ber-coffee ini... serasa takut juga jika ia-nya tidak dapat memenuhi taraf selera para bloggers semua...


Gimana pun kepada yang trigin atau "curious" mencubainya... sila kan...


Gâteau cake ini se'eloknya dimakan hidang sehari selepas sudah siap disediakan, seperti yang disarankan oleh Chefs Pâtissiers semua, dan kepada yang lebih suka dimakan dengan suhu suam-suam panas boleh dipanaskan ke-dalam microwave selama 10/12 saat.



Selamat mencuba...


2 commentaires:

Anonyme a dit…

Aslkm...

Terima kasih Sis... bolehlah saya cuba msk weekend ni..

Yeaaaaaayyy..

::akma ")

Mak Wardah a dit…

Terima kasih ratna untuk resepi. Saya pasti cuba hujung minggu ini kerana anak saya masa baca blog Ratna printkan resepi. Harap menjadi tetapi tidak mungkin seenak hasil tangan Chez Ratna.