samedi 21 avril 2012

Agenda dipagi Sabtu...

| |


Seperiuk/copper jam pan berbuah framboises/raspberry sedang "defrosting/thawing" dengan api yang lembut dahulu... se-jar adunan tepung pancake bergandingan bersama...


Yang si-BintangJauh sebok dengan pancakes-nya...

Voilà, sudah siap tersedia...


Yang si-CintaJL pula sebok dengan jam-nya...

Masih membeku keras !

Sudah dua hari seisi keluarga tidak berminum sarapan pagi dengannya roti bersalut dengan butter&jam pujaan selera yaitu confiture de framboises/ raspberry jam karena simpanan bulanan sudah habis, jadinya PapaCintaJL pun ter...paksa beraksi dengan secepat yang boleh untuk simpanan bulanan seterusnya...


Voilà... masih dipertengahan penyediaan yang remeh dimana sebelum itu les bocaux/jam jars semestinya di bersih"sterilised" kan dahulu dan seterusnya...

akan bersambung...

**************************************

Gambaran tiga photos sauce jam-nya sedang mendidih.


Sambil CintaJL mengacau-ngacau tanpa henti...


Diwaktu yang bersamaan dengannya  BintangJauh sebok-menyebok me clip clap snaps, menunggu saat ketika yang sesuai...


Setelah di-isi penuh seharusnya ditebalik langkup kan supaya atas dataran jam itu tidak berkulit tebal dan ada yang berkata begitu tekanan udara tidak masuk ke-dalam bekasnya dan ada pelbagai alasan tapi cukup lah dengan dua kenyataan sahaja.


            
Biarkan selama 5 minet sudah memadai...

Kemudian, di tebalikan dengan posisi seperti sediakala... dan voilà!

Kini lengkap lah simpanan bulanan, begitu... esok harinya Ahad boleh bersarapan pagi bersama roti diselaputi oleh jam-nya PapaCintaJL!

Juga esok ada lah harinya mengundi pusingan per-1 untuk percalonan baru President Peranchis, oleh itu CintaJL bersama yang Sulong juga yang Tengah akan pergi mengundi dan kepada yang Tengah ini lah buat per-1 kali-nya pergi mengundi!

10 commentaires:

Cik Eka a dit…

sedapnya ada jam raspery dan butter....
makan bersama roti.
sejak baca blog sis rat,dah ngerti tentang cinta jl yang handal buat jem..
mesti sedap..home made...

hehehe

Anonyme a dit…

Assalamualaikum Ratna

Sungguh dedikasi suamimu CintaJl menyediakan jam untuk santapan keluarga setiap pagi. Bertuah kamu.

Lesung batu itu di bawa langsung dari tanahair?

Masih tradisional walaupun Made in France

Ahkak

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka,

sampai begitu sekali bermogok selera mereka pabila itu jam berwarna merah garang menyala sudah habis... nasib baik Papanya ngerti lagi suka menyediakannya!

Esok semuanya akan tersenyum lebar karena raspberry jam sudah siap sedia untuk dijamu sekali dengannya roti&butter, hooray......

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam Ahkak,

iya... suami adore sekali menyediakan itu jam dan Ratna dilarang, hanya beliau seorang sahaja yang berhak menyempurna kannnya...

Iya, lesung batu tumbukan itu empunya IbuAndong Ratna, di-izinkan bertukar tuan dan ia-nya semestinya ada tetap ditempat khas-nya, begitu setiap kali Ratna didapur serasa seperti IbuAndong Ratna ada bersama Ratna dan lesung batu tumbukan itu usia-umurnya sudah lewat!

Yang silam jangan diselambakan semestinya dikenang sebagai akar pembuka isi-kandong khazanah warisan...

Salam manis semanis madu.

somuffins a dit…

Assalam Ratna
Wah..harum bau jem raspberry menyelinap sampai kesini :-)

1. setiap kali jem dibuat, ikut resipi ke? Contohnya 3kg raspberry & 3 kg gula
2. berapa lama baru habis kesemua jem dlm botol tu?
3. guna bahan 'pectin' ke?
4. apa sebab tertentu guna periuk dibuat dari copper

Terima kasih menjawab soalan ingin tahu.

bintangjauh a dit…

Salam CikSom,

semasa sauce jam sedang mendidih bau harum wangi menyerak merata seisi rumah, adore sekali!

1.Iya, Suami gunakan resepi yang diberi oleh Mamannya, lagi-lagi sukatan gula seharusnya tepat karena buah raspberry beku sejuk dari freezer terdapat banyak lebihan air didalam buah setelah di-defrosting (hasil petikan summer tahun lepas anggaran 20 kg) bukan yang segar dari kebun belakang halaman, tidak sama sukatan gulanya antara yang segar dan yang beku dan masa waktu didihan semestinya di lebih kan.

2. Anggaran 2 bulan.

3. Buah-buah yang kaya dengan pectine ialah seperti coings/quinces, apples, prunes, groseilles/redcurrant, citrons/lemons, cassis/blackcurrant juga raspberry dimana pectine adalah substance indespensable untuk menyempurnakan hasil kejadian jam itu, action tindakbalas darinya (pectine)itu datangnya dari kulit dan biji dari setiap buah-buahan tersebut. Jadinya resepi suami menggunakan gula perang yang sudah lengkap dengan campuran bahan untuk jam.

4. Jawapan dari "chimiste" bahawasanya copper membebaskan udara terus menutup dengan cepatnya lapisan oxyde yang akan larut semasa dimasak, merebak didalam jam tersebut lantas memberi kesan ions copper dimana ions ada lah "fongicide" yang terbaik. Akan tetapi sekarang banyak menggunakan bassine/periuk ber-acier inoxydable, malangnya ia-nya tanpa ions copper oleh itu terpaksa ditambah kan sedikit "acide salicylique" untuk meng'elok kan conservation.

Voilà!

Salam manis semanis madu.

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat Ratna..

Aduh!!!beruntung sekali Ratna kerana punya CintaJL yang sangat rajin menyempurnakan jem sendiri. Adakah lelaki Perancis semuanya begitu?

Pancake Ratna juga kelihatan begitu sempurna...

angahPJ a dit…

Salam ratna

Di sana, umur berapa rakyat nya boleh mula mengundi? Kami di malaysia, sudah ada angin2 nak di adakan pilihan raya tahun ni..

bintangjauh a dit…

Salam kasih kembali Zakiah,

CintaJL senang hati semenjak ada tanaman kebun pokok raspberry yang menghasilkan banyak buah-buahnya pada setiap tahun dimana simpanan didalam freezer begitu padat, setiap kali simpanan jam habis dan setiap kali itu lah hanya beliau sahaja yang berhak menyediakannya.

Disini kebanyakan lelaki Peranchis suka memasak dihujung minggu juga bertukang juga berkebun... gitu!

TerimaKasih...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Angah,

Disini hak mengundi dan umur rasmi boleh mengundi ialah 18 tahun...

Tahun per-1 pergi mengundi bagi yang Tengah, maka itu tidak henti-henti ber-debate dengannya yang Sulong dan yang Tengah, bertukar buah pandangan (political commentary/political discussion) juga political ideology jadinya sejak dua menjak ini asyik ber-debate sahaja!

Iya yang benar... nanti Ratna akan baca info dari TanahAir...

Salam manis semanis madu.