jeudi 26 avril 2012

Citrus Trio Marmalade Gâteau.

| |

Sudah beberapa hari tidak ber-gâteau cake... katanya dari sekarang akan sekali-kala sahaja menyediakan
 apa sahaja manisan  kecuali manisan dessert untuk seisi keluarga. Akan tetapi hari ini kok kepingin sangat-sangat... akhirnya mengaku kalah dengan panggilan kehendak selera dan terus menyebok kan diri didapur menuju ke arah peti-es keluar kan dahulu telur, butter dan bermula lah acara baking mem-baking...

Gâteau cake yang sederhana namun... boleh dikatakan semuka dunia adore terhadapnya!

Se-vase bouquet bunga-bunga liar yang dipetik dari taman halaman sebagai penyeri.

Jam marmalade dari tiga jenis citrus ini diberi pada awal tahun yang lalu "home made" dari IbuMertua, semenjak jarang bersarapan pagi dengan roti, diwaktu yang sama jam marmalade tidak bersentuh lansong dari terbiar tidak berusik, jadinya manisan yang dipilih ialah Pound cake/weekend cake yang sering dijamu diwaktu minum petang.

Seperti biasa... si-BintangJauh ter...sengaja menderhaka tokok tambah itu dan ini sebagai percubaan jika hasil kejadian Gâteau cake ini akan menjadi seperti yang telah dibayang kan gimana serasanya nanti.


Begitu juga, seperti biasa Gâteau cake ini tiada seorang pun yang suka kecuali si-BintangJauh...


Dan seperti biasa seperti mana yang dibayang kan menjadi dengan sejahteranya... dan penat dari berkebun tadi sudah ada penawarnya... 

8 commentaires:

eLL a dit…

fuh. bermain tanah di kebun sungguh buat fikiran tenang. bermain tepung dan keju di dapur sungguh buat perut kenyang

Anonyme a dit…

Assalamualaikum Ratna

Sebetulnya ahli keluargamu kekadang tidak memilih kek yang di masak? Kalau dirumahku, cheese cake/coklat cake/fruit cake/bronies bersih dalam masa 2 hari.

Kalau carrot cake, hanya diri ini dan sibongsu saja yang makan. Seminggu belum tentu habis.Diri ini juga derhaka bila buat carrot cake.hehehe mahu ikut kehendak tekak sendiri

Ahkak

somuffins a dit…

Assalam Ratna
Percubaan menderhaka pada resipi gateau telah berjaya nampaknya. Satu famili suka atau ada yang monyokkan muka sbb tak suka?

3 jenis citrus dijadikan marmalade mesti sedap tu. Butter & marmalade diselet pada scones, nyum.

Keluarga lebih suka jem raspberry jika dibandingkan dgn jem marmalade, betul ke? Banyak tak dapat hasil dari kebun?

anariffin a dit…

KENYANG BETUL BILA MELAWAT BLOG INI..WALAUPUN HANYA DIMATA..THANKS YE..

bintangjauh a dit…

Salam eLL,
bunyi barisan ayat-ayatan eLL itu serupa seperti sebuah pantun!

Berkebun cangkul sini dan sana, tanam itu dan ini... tetiba terasa lapar, terus sebok menyebokkan diri didapur...

Dua hiris di-ngap, terus tersenyum manis semanis madu... voilà!

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam Ahkak,

Memilih terhadap manisan, ya ampun... punya lah liat itu anak tekak seisi keluarganya si-BintangJauh... apa sahaja Cake Anglo Saxon origin ditolak sebegitu sahaja, nasib baik kuih muih melayu pujaan selera seisi keluarga kalu...

Begitu juga Ratna, ubah suai mengikut citarasa selera, asyik menderhaka sahaja namun tiada siapa yang sudi merasainya... selebihnya cake itu akan terus beradu di-freezer!

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam CikSom,

Bukan monyok lagi pandang dengan seimbas jelingan pun tak sudi... kata mereka "gâteau untuk Maman seorang..." weekend ini akan sediakam Tarte Tatin lagi buat seisi keluarga petanda bersikap adil dan saksama.

Sedap+yummy itu trio citrus marmalade, dengannya scones yang masih suam-suam panas... OMD aka OMG!

Setiap kali IbuMertua sediakan marmalade pasti ada untuk Ratna karena dalam family hanya Ratna seorang yang adore maka itu IbuMertua ter...berkenan dengannya Ratna sebab anak tekak tidak mengada-ngada... suka semua!

Benar lagi betul sekali tekaan CikSom, seisi keluarga hanya adore raspberry, apricot, pineapple, peach, prune sahaja, itu marmalade jeling pun tak sudi!

Hasil kebun belum berhasil lagi karena sekarang ada lah masanya menyediakan tanah seperti mencangkul&menggembur tanah dan membersihin sekitaran kawasan Potager/sayuran sebelum memulakan mencucuk tanam pada pertengahan bulan 5 nanti.
Cuma strawberry sahaja yang sedang sarat berputik buah... gitu.

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam juga salam perkenalan anariffin,

TerimaKasih segunung tinggi menyinggah sapa di-blog Kak Ratna ini.

Salam manis semanis madu.