mercredi 25 avril 2012

Gratin si-BintangJauh...

| |

Setiap permintaan itu semestinya diperkenankan, berkongsi bersama apa sahaja yang bernama makanan karena ianya ada lah petanda sebuah rezeki, oleh itu dimurkai olehNya jika seseorang itu tamak atau menyorok dengan ilmu pengetahuan dari diketahui, tidak kah begitu?



Gratin ubi kentang atau jika suka ber-ubi keledek, ianya begitu senang lagi rengkas cara menyediakannya, juga bahan ramuan tidak banyak, hanya memerlu kan,

1,5 kg ubi kentang/ubi keledek
100 gm butter
5 gm bawang putih/dua ulas, dicincang halus
25 cl double cream
1 litre susu
Secubit muscade, jika suka
Secubit pepper
Garam secukup rasa.





Setelah ubi kentang disiang kulitnya, dibilas dan di-lap kering... hiris ubi kentang setengah nipis (tidak tebal dan tidak juga nipis=sederhana nipis) pastikan hirisan sama nipisnya begitu serasi sama masaknya nanti.
Didih kan sekali  susu, bawang putih dicincang halus, garam, pepper juga muscade.
Humban kan hirisan ubi kentang didalam casserole periuk bersusu tadi, selama 10 menit dimana ubi kentang akan kelihatan melekat sedikit, kacau secara lembut ala manja-manja supaya si-ubi kentang tidak ter..luka pecah, gitu!
Butter kan (30 gm) keseluruhan gratin dish dan humban kan rebusan ubi kentang kedalam  gratin dish dan curah disekeliling atas dataran ubi kentang dengan cream dan akhiri dengan selebih butter tadi (70 gm) dipotong kiub dan susun kan merata disekitaran dataran ubi kentang, bakar lah di temperature lembut yaitu thermostat 6 selama anggaran 45 menit atau 1 jam.  Kepada yang suka/adore Gratin ber-cheese, taburi parutan cheese mengikut citarasa masing-masing, disini Peranchis cheese yang diguna kan seperti Gruyère, Emmental atau Comté.
Voilà... selamat mencuba!


Diantara bahan ramuan yang terdapat didalam Gratin ubi kentang/ubi keledek.


Posisi dekat, perbedaan antara ubi kentang dengan ubi keledek yang manis dan lembut sekali ,kelihatan juga se-bulb bawang putih berwarna rose keungguan.


Akan tetapi Gratin ubi kentang ini tidak serupa sama seperti resepi diatas, sudah dinyatakan di-entry sebelumnya Gratin ini hanya ber-cream sedikit sahaja, dimana resepi asal berupaparas berkuah sauce pekat/creamy dan datarannya garing ke'emasan.


8 commentaires:

Anonyme a dit…

Assalamualaikum Ratna

Terima kasih untuk resepinya. Kebetulan hari ber4 dirumah, jadi mlm masak roast chicken bersaus lada hitam ber..komplemen kentang rebus lalu panggang, brokoli dan nenas.

Enak dan laju dimakan oleh suamiku yang 1/2 Melayu.

Ahkak

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslm Ratna..
Pembukaan entri Ratna sungguh sedap di baca. Inilah dikata berbudi bahasa. Cara penyampaian seseorang itu mengambarkan sikapnya.
Ratna..saya tak pernah mencuba Gratin keledek cuma gratin kentang sahaja..
Mungkin yang ini lebih manis.

somuffins a dit…

assalam Ratna
Terima kasih bersusah payah menyediakan resipi untuk masakan gratin tu.

Macam mana keadaan hidung? Masih berachuum non stop? Kalau nak gelak cam nak rak, teruskan jangan ditahan2, biar Honey sama terperanjat, hehe..

eLL a dit…

bagusnya sis ratna berkongsi menu makanan yang semestinya sedap.

merci

bintangjauh a dit…

Salam Ahkak,
Sama sama kembali...

pabila cukup sempurna jumlah seisi keluarga dirumah semestinya bersemangat menyediakan pelbagai masakan dari air-tangan seorang Ibu yang bijaksana menyeimbangkan sesuatu hidangan itu... Ratna bayang kan betapa yummy nya ke-semua hidangan yang Ahkak sediakan itu cukup menambat selera.

1/2 melayu, 1/2 dari mana?

salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam sis Iha,

Pesanan Moyang kepada Ratna yang semestinya di-amalkan, rezeki itu petanda sebuah anugerah mulia jadinya wajib dikongsi bersama...


Cuba-cuba kali ini yang ber-ubi keledek sebagai pertukaran... iya, rasa nya lemak-lemak manis... adore sekali!

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam CikSom,

Sama-sama kembali, tidak bersusah payah semua bahan ramuannya sedia ada didapur, clip clap snaps... voilà... sudah siap!

Hidungnya yang udah kembang kok bertambah kembang dengan bersin yang non-stop itu, nasib baik setelah habis selesai membaca alkisah cerita ceritut CikSom terus berhenti karena digantikan dengan ketawa yang ter...paksa ditahan-tahan kan itu... merana sungguh! Honey pula tidak terperanjat dengan ha ha ha hi hi kah kah itu tapi dengan athchoume... itu!

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam eLL,

setiap permintaan semestinya dperkenankan... iya, begitu eLL.

Sedap sekali bagi selera sis Ratna, adore rasa masakan lemak-lemak manis jadinya lembut manis gitu...

Salam manis semanis madu.