jeudi 19 avril 2012

Grenoble...

| |

Diawal pagi lagi sudah berlepas menuju jalan ke-Grenoble, ingatkan hanya berduaan dengan yang Bungsu sahaja rupa-rupanya yang Tengah dan yang Sulong pun trigin mengikut sama jadinya lengkap lah se-angkatan satu keluarga yang berdarah campur... dimana Maman si-BintangJauh tampak tenggelam dikalangan anaknya yang tiga itu!

Ini lah gambaran sebuah bandar setengah kota yang terkenal dengan gunung-gunung menjulang tinggi yang bertapak dengan megahnya... sekitaran lembah Grenoble.

Salji turun dua hari nan lalu  dikawasan altitude pergunungan makanya kelihatan gunung diselaputi dengannya salji walau pun dibulan April!

Place Victor Hugo hyper centre Grenoble dimana terdapat tanaman pelbagai jenis bunga-bunga musim bunga berjiran bersama bagi mengindahkan suasana dimusim bunga yang semestinya berbunga!

Bernasib baik, disebelah awal tengah'hari pancaran nurcahaya mentari menyapa dengan gemilangnya walhal hujan sekejap tadi...

Adore terhadap gerbang-gerbangan pintu-pintu utama pada setiap bangunan apartment, pintu-pintu yang berukir halus tertumpu khas hanya di-tengah pusat bandar petanda kemewahan senibina tersebut semestinya diperagakan ditengah sekitaran pada setiap bandar disini.

Gerbang pintu utama yang terdapat disini Grenoble dibuat dari kayu bertaraf noble yaitu kayu Noyer/walnut dimana Grenoble ada lah satu-satunya region tempat pertumbuhan tanaman  secara dusun pokok Noyer/walnut yang luas dan juga sebagai pusat pengeluaran kacang Noyer/walnut dan minyak berasas dari kacang Noyer/walnut yang per-1 terbesar di Peranchis. Oleh itu kebanyakan pintu-pintu juga lantai-lantai yang terdapat dirumah bertaraf silam dan apartments ratusan tahun dibuat menggunakan kayu Noyer/walnut. Begitu juga banyak jenis perabot-perabot seperti almari, perabot untuk diruang makan, perabot untuk diruang tamu, perabot untuk dikamar bilik juga kabinet dapur dibuat dari kayu Noyer/walnut. Pabila sebut sahaja namanya Grenoble maka tercetus lah gambaran seperti "gâteau aux noix de Grenoble/dauphinoix" yaitu sebuah cake spécialité dari Grenoble!

Gambaran photos seterusnya ada lah gambaran gerbang pintu-pintu disekitaran hyper centre Grenoble sahaja, tringin kepingin ke tempat  jalan-jalan kecil bersejarah dimana terdapat bangunan berusiaan ratusan tahun era Roman dahulu namun tidak kesampaian karena sudah masanya pulang kembali ke-kampongulu... dilain kali sahaja!

Cukup lah sekadar setakat ini...

Yang mana satu pintu-pintu yang berusia-umur ratusan tahun ini akan menjadi pilihan para bloggers semua?

Adore yang ini... jika boleh... semahunya dibawa pulang bersama! Lihat lah betapa halus ciptaan rupaparas balkoni diatas.

Yang ini pintu utama rumahnya seorang jiran semasa tinggal disini, apartmentnya begitu besar dan luas dan cantik sekali.

Yang ini, sebuah gerbang pintu utama sebuah Bank dibuat dari hand-forged iron.

Kelihatan kiosque à cinéma secara silam memperkenalkan film terkini. Adore dengan harta karun yang unik ini yang masih dipertahankan kekal ada nyata, menyerlah gambaran "coherent/consistent" terhadap khazanah silam di-adun kan bersama dengan cara hidup yang serba-serbi begitu modern sekarang ini.

Dibelakang kelihatan sebuah bangunan yaitu sebuah Lycée/College Champollion yang terkenal sekali.

Balkoni ini, sehingga kini walau pun gambaran seni-bina yang halus berada disekeliling sudah biasa dilihat tengok namun masih tetap terpegun serasanya rasa perasaan dengan "savoir faire"kehalusan buatan-nya, j'adore...!

Yang ini sebuah balkoni tersergam indah disebuah Bank yang ber-pintu utama berwarna biru hand-forged iron.

Bayang kan... di-zjaman yang silam dahulu kala begitu tinggi imaginasi mereka yang mencipta rupaparas sebuah balkoni dengan kecantikan yang berperibahasa Peranchis yaitu "Une beauté à couper le souffle"!

Yang ini juga... ya ampun! ukiran halus menghiasi diperkarangan sebuah tingkap balkoni sebagai penyeri yang melampau walhal untuk diluar sahaja...

Yang ini juga...

Dan yang ini begitu unik balkoni berbumbung runcing ditingkat terakhir disebuah bangunan apartments Place Grenette.

Façade hadapan.

Tidak kah hiasan disekitaran frame deretan tingkap à la Française ini sengaja dijadikan semata untuk mekagum kan kepada yang melihatnya?

La Fontaine naturelle bertarikh tahun 1824! Air yang mencurah datang dari sumber air didalam tanah dimana banyak terdapat diPeranchis terutamanya disebelah selatan Peranchis. 

Yang ini... Le Carrousel/merry go round, dari yang Sulong sehingga yang Tengah sehingga lah yang Bungsu, ini lah tempatnya sebagai penglipur lara seketika untuk memulakan hari bersiar-siaran semasa mereka kecil aka kanak-kanak riang, yang Bungsu jika sudah berpusing satu pusingan mahunya diulang berulang kali lantas si-BintangJauh pun menjadi pusing kepalanya karena kok mahal sekali satu pusingan jadinya ketika sikapnya yang terlalu manja dengan kerlipan matanya yang bulat umpama si-kacang badam itu... terus lembut rasa perasaan dan akur dengan karenahnya yang seakan mendesak itu...

Sehingga kini bertapak ditempat yang sama di-Place Grenette, setiap kali berlalu lintas dihadapannya maka berputik lah kembali kenangan kesan nostalgia bersama Anakanda semua....

Yang silam berlawan mesra dengan yang baru, Galeries La Fayette salah satu tempat ber-shopping... kelihatan imbasan sebuah gunung yang masih diselaputi oleh salji terselit diantara bangunan-bangunan!

La Terrasse du café dimana masa bersantai sambil menghirup secawan café berbau harum juga sepiring pastry yang yummy, disini asal sahaja bermentari sedikit maka akan penuh lah dengan mereka di Terrasse yang tinggal dibandar juga para pelancong bagi menghargai cahaya mentari.

Gambaran bangunan disebuah jalan kecil dimana terdapat deretan boutiques, sengaja clip clap sebegini bagi elak kan  para manusia yang banyak, cuti sekolah musim bunga belum lagi berakhir jadinya banyak yang keluar ke bandar...

Yang ini... salah satu buatan sepatu kasut savoir faire Made in France 200% yang masih kekal bertahan, jenama ternama asalnya kepada Ballerina yang dicipta oleh Rose Repetto pada 1947, diantara modèle mythique yang terkenal yang dipakai oleh BB aka Brigitte Bardot yaitu BB Repetto.

Dan jenama sepatu kasut atau "chaussons" ballerines yang dipakai oleh yang Tengah juga yang Bungsu semasa di-classe Ballet juga berbaju pink atau putih Ballet Repetto jenama Mythique dikalangan penari Ballet professionels&amateurs juga kanak-kanak riang yang kelihatan comel sekali ber-Repetto......!

Nostalgia lagi...

Di l'autoroute/highway, perjalanan pulang ke kampongulu setelah separuh hari di Grenoble!


Photos diambil clip clap snaps didalam kereta!


Terlupa dengan gambaran photo ini, keciciran... contoh rumah bangsal/barn petani untuk menyimpan segala bagai keperluan pertanian juga makanan bijian cereal dan jagung untuknya binatang ternakan.

Gambaran sebuah jalan disekitaran kampongulu...

Tetiba...! yang Bungsu berkata "Maman, toleh ke-kanan kelihatan sekelompok awan putih gebu serupa crème chantilly begitu cantik...!" lantas dengan pantasnya si-BintangJauh me-on camera diwaktu yang bersamaan dengannya CintaJL terus ngerti perlahan kan kereta dan begini ini lah hasil nya... kebesaran ciptaan Allah Ta'ala yang tiada tandingan yang tidak boleh ditiru akan kejadiannya, ya ampun... cantiknya, sesungguhnya serasa kagum sekagumnya dengan keindahan yang diperagakan... kelihatan juga nun disana beberapa ekor lembu sedang menikmati rumput-rumput segar dilereng bukit sebagai minum petang mereka!

Se-bag pembelian shopping, jenama per-1 bagi wanita Peranchis disini,  untuk persalinan baju&seluar juga pyjamas sahaja, ada potongan harga makanya ambil peluang!

Yang Bungsu tidak ketemu dengan apa yang mahu dibeli akan tetapi sudah senang hatinya sekurang-kurang dapat yang lain yang tidak dirancang dan tidak didalam "wishlist"nya namun sudah memadai...

13 commentaires:

Cik Eka a dit…

MasyaALlah cantiknya awan tu..memang cantik.....

bila lah agaknya merasa nak ke sana..beruntungnya sis rat

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Asmkm Ratna..
Teringin sekali melihat gambaran anak2 Ratna..semesti cantik2 belaka anak kacukan lah katakan.

Gambaran pemandangan Country side sungguh memukaukan.. tenang sekali.
Berkenaan dgn pintu2 dan bangunan semua ada keunikan trsendiri ya Ratna.
Tak terpilih yg mana yg perlu ku mahu..kesemuanya ku mahu Ratna. Bayangkan betapa gahnya pintu tu dirumah ku...
Adios Rat..

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka,

sis Ratna ketika itu menjadi sebak... petanda kagum dengan kebesaran ciptaan dariNya... serasa diri menjadi tenang dan damai diberi peluang menyaksikan keindahan yang semulajadi itu.

Insya'Allah... nanti pasti akan sampai disini...

Salam manis semnis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussallam sis Iha,

seperti semahunya suami Ratna sudah akur sekali dengan "terms&conditions"nya itu, malang sekali tidak dapat Ratna perkenankan, maaf dipinta dengan kerumitan ini. Gimana pun Anak anak anak Ratna semuanya tampak biasa sahaja walau pun berdarah campuran...

Iya, maka itu Ratna pilihi kampongulu ini jauh dari kebingitan riuh garang sebuah bandar semasa tinggal di Grenoble, semenjak berpindah disini Ratna dekat bersama nature yang Ratna agungkan sekali dari situ diri menjadi sederhana dan sedari diri yang sebenarnya.

begitu juga dengan Ratna... sehingga kini kagum terhadap pintu-pintu tersebut setiap kali di Grenoble. Dilain kali akan Ratna peragakan gambaran seterusnya...

Salam manis semanis madu.

eLL a dit…

pintu kedua pilihan hati.
balkoni dilihat sepertinya juliet sedang menunggu sang romeo.
oh adore dgn kampungulu, impian hendak menetap di kawasan yang nyaman dan lapang

Anonyme a dit…

Assalamualaikum Ratna

Kali pertama tinggalkan jejak. Setelah lebih 4 musim membaca blog ini.

Saya suka gambar no 8. Kalau touch up balkoni begini,uump gitu. Binaan depan rumah, kalau mahu jual semula pasti boleh naik cecah lebih 500K harga rumah ku sekarang.

Gambar jalan itu menuju kampungulu mu, boleh bayangkan damainya dihati bila tinggal di situ.

Ahkak

somuffins a dit…

Assalam Ratna
Terasa berasa diGrenoble menghirup udara segarrr ..

1. berapa jauh kampongulu dgn Grenoble?
2. seorang aje dlm gambar tu yg I 'kenal' ie Matt Damon, haha..
3. pintu2 agam yg cantik, semuanya berkenan *tamak tak?*
4. air fountain tu bersih lagi suci memandangkan ianya datang dari tanah maka boleh diminum, boleh ke?

1996 almost ke Paris tapi train bawah tanah mengalami kebakaran. Hilang peluang :-(

bintangjauh a dit…

Salam eLL,

Romantis sekali buah pandangannya eLL... sedikit pun sis Ratna tidak terfikir terhadap pasangan Romeo&Juliette itu, iya yang benar... seakan seperti balkoni semasa Juliette menanti kan cintanya si-Romeo...


Alhamdulillah, disini walau pun kawasan bertaraf rural aka ulu yang sering Ratu-ratu disini mengomel kesal karena sis Ratna tinggalkaan jauh tengah bandar Grenoble semata tringin tinggal disebuah kampong tapi bertaraf ulu... kata mereka yang tidak memahami mengapa ulu sangat tempat tinggalnya! sampai begitu sekali namun sis Ratna sudah ketemu ketenangan diri dikelilingi oleh nature yang semulajadi, syukran...

diTanahair pun serupa sama banyak kawasan yang cantik, yang rimbun dengan hijauan lagi tenang suasananya... tidak kah begitu eLL?

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam Ahkak,

Terimakasih segunung tinggi dengan sapaan juga membaca isikandong blog Ratna ini...

Suasana gambaran sebuah tempat bernama bandar yang pernah Ratna menetap selama 15 tahun nan lalu, kini dikampongulu yang sederhana namun tenang damai suasananya...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam CikSom, disini masih berwaktu pagi jadinya selamat pagi...

1. Jarak jauhnya sekitaran 60 km! boleh dikira anggap jauh juga, setengah jalan ke Grenoble juga setengah jalan ke Lyon, jadinya kampongulu Ratna terletak ditengah antara Grenoble dan Lyon, voilà!


2. Sudah memadai setakat ini...


3. Bukan tamak... CikSom cuma terpesona dengan kehalusan senibina buatan ukiran yang menghiasi pintu-pintu tersebut, itu sahaja!

4. Benar, boleh dihirup tanpa keraguan... ada kenyataan disitu "l'eau potable source naturelle" yang bermakna air datang dari dalam tanah sudah dijamin akan kesuciannya akan tetapi sejak kebelakangan ini timbul masa'alah pollution udara seperti"fuel combustion in motor vehicles, equipment&industrial sources, residential&agricultural burning + acid rain, NOx, SOx,organics" yang semakin setengah parah.... lagi-lagi Grenoble yang begitu terkenal dengan masa'alah "air pollution" punca utama dari segi geography-nya yaitu Grenoble terletak dikawasan lembah dikelilingi sarat oleh gunung-gunung menjulang tinggi yang melemaskan udara suci dikotori oleh Ozone(O3) jadinya Ratna tidak pasti air fontaine boleh diminum atau disebaliknya!

Iya yang benar... bila lagi akan kesini?

Salam manis semanis madu.

Cik Eka a dit…

dah tahu tentang term yang cintajl letakkan..

tapi kan sis rat,eka selalu bayangkan anak2 sis rat mesti handsome dan cantik..dah la tinggi2..hehehehe

mesti papanya handsome,mamannya juga cantik..

semoga berjumpa dalam mimpi..hihihi...

cantik kan disana sis... kampongulu mesti best..nampak tenang dan damai...60 km macam jarak dari tempat eka ke kl..hehe

bintangjauh a dit…

Salam kembali Cik Eka,

telah sis Ratna nyatakan dahulu bahawasanya sis Ratna dari segi jelita/cantik tidak didalam golongan tersebut dan suamiCintaJL ...? nanti dikatakan ter...perasan dengan diri sendiri!

Kemaafan dipinta wahai Cik Eka sehingga kini tidak berpeluang memperagakan gambaran photo-photo seisi keluarga semua... insya'Allah disatu hari nanti akan bertemu dengan nyatanya... dan tidak dimimpi lagi!

iya... suasana dikampongulu ini cantik-indah permandangannya setenang damai seperti lembutnya arusan air sungai mengalir...

Cik Eka menetap dimana, apa kah di-Negeri 9?

Salam manis semanis madu.

Cik Eka a dit…

bukan negeri sembilan sis,perak..slimriver....hehehe

insyaAllah,bakal suami orang negeri sembilan..tapi kerjanya di KL