vendredi 13 avril 2012

Kelahiran dedaun...

| |

Pokok-pokok yang besar gagah perkasa sudah mula berseri kembali setelah putik-putik dedaun kecil berwarna hijau muda jernih menjelma keluar untuk merubahkan suasana agar dipenuhi oleh tumbuhan hijau juga tumbuhan hijau yang berbunga bagi mengindah seri kan musim bunga dan panas yang bakal ditempuhi kelak.





Musim bunga bermaksud juga dengan kelahiran dedaun baru dimana dahan-dahan pohon yang rontok tanpa dedaun disepanjang semusim gugur dan sejuk, kini sudah berputik petanda musim panas berudara segar sudah hampir dekat bagi menghargai nature yang semulajadi menjelma kembali setelah lama bobok dimusim sebelumnya...

Se-pokok Tilleul dihadapan halaman rumah sebagai perisai berusia umur seratus tahun masih bediri megah dengan gagahnya!

Kelihatan jelas dedaun segar baru menjelma keluar menghiasi dedahan pohon pokoknya Tilleul.

Pokok Tilleul yang berada dibahagian belakang halaman juga sudah kelihatan berdaun-daunan... kelihatan sebuah rumah "outbuilding+garage" ditepi halaman.

Dedahan pohon pokoknya Tilleul dibelakang halaman bersama dedaun baru segar berwarna hijau jernih, kelihatan sebuah tingkap ditengah façade rumah dimana terdapat sebuah tangga utama memanjat sehingga ke-tingkat 3 yaitu bahagian atas di-attic.

Lilas... berbau harum pabila sudah berkembang mekar mengharumi wangi setiap kali melintas lalu... seminggu lagi tangkai-tangkai pepohon yang berputik unggu ini akan kembang mengembang mekar dengan anggunnya... kelihatan pintu utama beranak tangga naik keatas...

Bunga-bungaan buah pear sudah sarat mengembang mekar... begitu cantik sekali!

Meski pun cuaca berterusan monyok lagi comot suasananya namun dengan adanya tumbuhan hijau yang sedang sarat berbunga-bungaan bagi menghasilkan buah-buahan dikemudian nanti sudah cukup memujuk rasa perasaan yang ttidak sengaja terbawa-bawa dengan kerimasan yang tidak begitu selesa serasanya.... apa tah lagi ketika diluar taman tadi... dengan asyiknya me-clip clap snaps segala bagai sudut yang dikira molek, ditemani sekali dengan hembus tiupan angin yang begitu dingin sekali... tetiba hujan gerimis turun maka terencat lah pengambilan photos... jadinya hanya setakat ini sahaja yang boleh diperagakan buat tatapan dihujung minggu ini.

Bon Samedi et excellent WeekEnd!


2 commentaires:

Acik Erna a dit…

assalam ratna..cantiknya bunga buah pear tu.gambar2 yang ratna kongsikan cantik2 semua.

NaniRostam a dit…

Salam darling...




sungguh cantik.....indah menyerlah...tambah disapa cuaca nyaman...



salam kasih sayang....