mardi 3 avril 2012

Le Langage Des Fleurs... printemps petals blossoms

| |


Tiada taman secantik bunga...

Ehem... macam seperti kenal tahu ayatan itu... serupa sama seperti tajuknya sebuah lagu "lagenda" yang dinyanyi dendangkan oleh seniman agung P Ramlee... nostalgia lagi semenjak dua menjak ini... tatkala diluar taman halaman nature sedang sibuk berdandan hias untuk menyerikan rupa parasnya bagi melengkap indah kan semusim bunga ini dengan rimbunan bunga-bungaan bermekar kembang dengan megahnya, dan pabila dipandang tengok serta merta segala luahan puji-pujian memuja petanda kagum sekagumnya terhadap keindahan tumbuhan nature yang teserlah seri berwarna-warni umpama jaluran pelangi.

Begini lah pada setiap tahun mengikut pusingan musim yang bertukar ganti menjadi saksi nan setia berhadapan dengan anugerah yang terpaling menakjubkan dariNya yang maha Pemurah.

Sering tertanya pada diri sendiri, mengapa ramai yang berkeluhan meratap keatas sesuatu yang kecil lagi remeh sedangkan diluar begitu indah menawan ada nyata sebagai penawar... tidak kah keindahan yang di-ada jadi kan itu semata-mata untuk menghiburkan rasa perasaan si-penduka lara yang mungkar tanpa bersebab yang waras, sewajarnya sudah mencukupi untuk menghapus kan segala yang negative namun...

Bunga Tulip sudah sempurna membesar menjadi cantik sekali, adore gambaran kontras warnanya kelopak bunga Tulip ini.

Adore dengannya trio Tulip ini.

Dua tiga hari yang akan mendatang, kelopak bunganya Tulip akan mengembang mekar dengan megahnya...

Yang ini hampir terbuka mengembang mekar...

Kelihatan Rose de Noël helleborus niger sudah sempurna mekarnya.

Tulip ini dicucuk tanam oleh CintaJL pada tiga tahun nan lalu, kini beranak-pinak dengan banyaknya sekali dimana ianya terpulang kepada keadaan suhu cuaca pada setiap tahun bagi menghasilkan kejadian yang molek dan tahun ini lagi sempurna cantiknya jika dibandingkan dengan tahun yang sudah-sudah.

Sekuntum bunga Tulip sendirian... dihadapan taman halaman.

Jika hujan turun sang siput-siput kecil akan gumbira karena boleh keluar dan terengsot-engsot naik ke-dedaun untuk dimakan! Esok sudah diramalkan hujan akan merenjis turun... gimana ya!

Satu-satunya si-bunga Tulip yang sudah kembang bermekar...

Pokok Cherry sudah bermula berbunga, yang ini sudah sedia ada dihalaman ditanam oleh bekas tuan rumah yang terdahulu, dan CintaJL sudah cucuk tanamkan sepokok lagi untuknya princess Elyne Gabrielle, salah satu buah pujaannya!

Yang ini tumbuhan "vivace/perennial" kecil cenonet dicucuk tanam oleh si-BintangJauh dan photos berikutnya ada lah tumbuhan dari family vivace dicucuk tanam ditempat khas dimana ianya begitu "popular" lagi lumrah disini Peranchis yang dinamakan "un jardin de rocaille" yang dihiasi dengan batu-batu dari sungai,cascade/mini waterfall, anak sungai atau sebuah mini kolam artificiel akan tetapi empunya si-BintangJauh yang terpaling "basic" lagi tampak biasa sahaja...

Kelihatan batu-batu yang besar juga batu-batu kecil dari sungai berjiran bersama.

Gabungan tumbuhan vivaces/perennial. Nama-nama Botanic akan dicari nanti, seperti biasa... terlepas ingatan!

Seterusnya gambaran photos tumbuhan "vivaces" yang sudah menjelma muncul kembangan mekar kuntum-kuntuman bunga yang cantik menawan dan selainnya menunggu giliran untuk mengembang mekar, nanti akan diperagakan...

Nama-namanya tumbuhan "vivaces" ini sudah lupa terlepas ingatan... beli terus cucuk tanam... jeling-jeling sebegitu sahaja namanya karena bernama "Botanic" maka itu terseliuh minda jadinya... alasan lagi!

Nanti pabila kesemua tumbuhan sudah membesar dan berbunga-bungaan dengan sempurna cukup sifatnya akan diambil clip clap photos-nya.

Yang ini diambil dari taman IbuMertua di St Etienne, pokok bunga yang suka menjalar merata sesuka hendaknya.

Gambaran sepokok strawberry yang sudah mula berbunga.

Sekelompok Iris dihadapan taman sedang sarat berputik bunga begitu rimbun sekali...
Voilà.

3 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna..
Sungguh menawan bunga2 yg Ratna
pamerkan menunjukkan Spring telah tiba..
Betapa indah dan nyaman sekali hilang stress ya Ratna, bersama bunga yg berwarna warni, dan menhirup udara yg masih sejuk dan segar. Bersyukur..kita pada Illahi!!

angahPJ a dit…

Salam,

Cantik sungguh bunga2 di laman rumah Ratna.. Terpesona mata melihatnya.

Mak Wardah a dit…

Terimakasih ratna. Selalu berkongsi keenakan dan keindahan bersama kami...Tidak rugi jadi follower