samedi 14 avril 2012

Melayan selera...

| |

Hari ini hujan gerimis halus merenyai-renyai tanpa henti... perancangan berkebun tergendala ditolak lagi keminggu hadapan namun... dengan kehendaknya Malaikat Mikail minggu seterusnya sudah diramalkan hujan, hujan lagi... petanda rezeki.

Bagi memujuk rasa perasaan yang semakin kusam... lagi-lagi dengannya CintaJL... kok monyok rupaparasnya karena tidak berkesempatan memotong rumput disekitaran halaman yang kini semakin semak sekali, lantas si-BintangJauh terus ke-dapur menyedia kan manisan yang sederhana ini sebagai minum petang nanti bagi melayan selera...

Untuk melayan hari nan monyok comot dihari Sabtu ini... sekadar menyediakan gâteau/cake berbuah berangan/châtaignes kaedah puree atau jam yang berjenama "popular" disini.
Puree/jam buah berangan/châtaignes ini ada lah kesukaannya CintaJL, setiap kali dibeli semestinya satu kotak! dan sukanya dimakan sebegitu sahaja tanpa roti... rasa puree/jam ini seakan serupa kaya bersantan. 

Gâteau/cake ini begitu sangat senang dan cepat disedia sempurnakan, dimana bahan ramuannya sudah sedia ada seperti butter sel de Guérande, tepung maïzena+tepung naik sendiri, 3 biji telur, gula perang/madu sedikit sahaja, setangkai vanilla juga sesudu double-cream... oops! ter...cicir satu bahan yang paling utama yaitu crème-jam-puree de Châtaignes/buah berangan... itu sahaja!

Dan kejadiannya tampak "rustic" gitu, juga rasanya begitu yummy... lembut, gebu dan lunak... selunak crème chantilly...

Yang ini, dengan taburan biji-bijian chocolat noir lagi bertambah yummy rasanya...

Diluar hujan gerimis halus seperti tidak mahu berhenti menurun..


5 commentaires:

somuffins a dit…

Ratna
Kueh tu ada campuran dari 'serikaya' dalam botol tu ya? Kalau kita disini buat tanpa 'serikaya' tu, dah tentu rasanya tak sama, kan?

Rajinnya you buat papercup sendiri.. :-)

Disini hujan waktu petang. 2 hari lepas semasa mentari terang benderang, I keluar menjemput anak. Tiba rumah, basuhan diampaian habis basah lencun...terpaksa dibasuh semula, sigh..

Kak Rose a dit…

Salam dan selamat berhujung minggu ratna....

dapat melayan selera dengan manisan yg sungguh yummy macam ni pasti boleh lupa hujan renyai diluar kan.... dan monyok sudah bertukar jadi senyuman yg puas gitu!

bintangjauh a dit…

Salam CikSom,

Iya, Ratna gunakan satu bocal untuk satu adunan, dan cake ini berasal usul dari region Ardèche dimana disitulah terdapat banyak tanaman dusun pokok berangan maka itu cake ini spécialité/specialty dari sana...

Senang sahaja cara membuatnya (tampak kasar rupaparasnya), sengaja buat sendiri, gabungkan nama cake yang bertaraf "rustic" itu sekali kena dengan papercups buatan "made in home", gitu...

Kok sekarang cuaca terusan basah&lembab, pertukaran cuaca yang kini semakin tidak seimbang jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya... Ratna disini masih menyidai didalam rumah, walau pun suhu cuaca panas sebelumnya namun angin yang berangin masih sejuk-dingin lagi.
Kasihan padanya CikSom... tapi tidak mengapa, disana pabila naik panas 10 menit sudah kering kain baju diampaian...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali dan selamat berhujung minggu juga buatnya Kak Rose,

Makanya... tidak dapat melayan sepasang tangan mecangkul atau mengemburkan tanah dikawasan Potager/sayuran, dan tidak menjadi kotor oleh tanah sebaliknya sebok didapur memegang spatula... jadinya perasaan yang tidak sengaja berasa kusam terus menjadi manis terukir dimata!

Salam manis semanis madu.

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna..
Berbagai dessert yg telah Ratna pamerkan sedap2 belaka dgn cara Ratna menghiasi cake sungguh halus. Sedap mata memandang, apatah lagi rasanya..
Cuaca memang tak menentu, sekejap panas dan tiba2 hujan..