mardi 17 avril 2012

Promenade en ville Grenoble...

| |

Esok akan ke-bandar setengah kota yaitu Grenoble bersama yang Bungsu, bertukar angin sambil membeli-belah untuk keperluan yang Bungsu sudah kesuntukan baju wardrobe basics-nya dimana banyak/hampir semua sudah merosot kecil saiz-nya... karena yang Bongsu (12 tahun) sudah lebih tinggi dari si-BintangJauh dengan ketinggian average sahaja 165 cm=5 feet 5 inches, jadinya serasa diri yang terpaling rendah dimana yang Sulong 184 cm lebih tinggi dari PapaCintaJL dan yang Tengah ialah 172 cm, kasihan si-BintangJauh... tenggelam diantara anakanda semua, begitu juga dengannya CintaJL dengan ketinggian 182 cm, gimana ya! Mungkin kah alasan memujuk rasa semestinya bersepatu kasut yang menjulang tinggi?

Sepasang sepatu kasut dihari raja&permaisuri sehari yang dinamakan "hidup bersama selamanya sehingga ke-anak dan cucu" begitu lah yang sering selalu diucapkan kepada pasangan yang baru sahaja menjejak hidup dimuka baru bersama yang terpilih... mungkin kah...?

Sudah berkurun abad usia sepasang sepatu kasut ini, bertarikh June 9. 1990 bermakna hampir mencapai ke-angka 22 tahun usia umurnya... selepas dihari itu tidak pernah memakainya lagi.........

Dan ketinggiannya tidak lah begitu tinggi karena tidak ada pertandingan dikalangan Anaks semua seperti sekarang, sewajarnya sekarang jika tidak mahu di-photo si-BintangJauh tenggelam makanya akan...?

10 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam dan selamat pagi Ratna,

seusia begitu kasut masih lagi macam x terusik... pasti menggamnit kenangan 22 tahun yg lalu semasa permaisuri Ratna memakainya... betul lah kata orang kalah membeli menang memakai...

serupa dengan kak rose jugak... anak bujang dah jauh menenggelamkan kak rose.... dan sekarang dah x pandai nak bertumit tinggi... selesa dengan kasut yg flat saja.

eLL a dit…

oh adore sepatu itu. clap clap kan gambar sis ratna pakai sepatu boleh?

somuffins a dit…

Ketinggian anak2 Ratna persis model, tinggi2 belaka.

Banyak bershopping?? Untuk Mamannya beli juga ke?

Kasut pengantin tu masih elok. Ratna bergown masa kawin dulu ke? Tahun 1990 jenama CJ memang digilai termasuklah diri ini tapi kita beli yg kecik2, jam & wallet aje.

angahPJ a dit…

Salam ratna..

Kita berkongsi tahun perkahwinan rupanya.. 1990 :)

Moga rasa cinta terus subur hingga ke akhir hayat! Amin..

bintangjauh a dit…

Salam kembali Kak Rose,

baru pulang dari Grenoble... iya itu kasut disimpan umpama harta karun karena tidak memberi juga tidak menerima segala bagai hantaran seperti semahunya adat istiadat itu diamalkan jadinya itu lah yang ada diantara hadiah yang terpilih sahaja.

Sudah besar tinggi semuanya... dengan ketinggian Ratna yang "average" itu kini sudah dianggap rendah dikalangan anak-beranak apatah lagi ketika bergambar seisi keluarga, eloknya Ratna duduk sahaja begitu tidak tenggelam...

Salam manis semanis madu.

p/s: bila ter...perasan mahu kelihatan tinggi terus berkasut tinggi berlawan dengan yang tinggi!

bintangjauh a dit…

Salam eLL,
ya ampun... yang benar eLL... segan rasanya!

sis Ratna fikirkan dahulu ya...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam CikSom,
Tidak ber-gown juga tidak ber-tiara crown karena dibelah Peranchis semahunya Ratna berdandan mengikuti cara Melayu setengah tulen karena sepasang baju itu ber-kain lace Peranchis bukan kain tenun halus berbenang emas/perak, sederhana sekali dihari itu tidak serupa dengan perkahwinan dizjaman sekarang... bersilau mata memandang terus terpegun!

Sepasang kasut itu Ratna beli disini Peranchis sebelum hari "bahagia lah sehingga ke-anak dan cucu jika boleh sampai ke-cicit", iya yang benar... dahulu kala, Ratna sering ke-boutique nya di KL plaza tapi cuma menjadi penasihat kepada IbuAndong yang mana satu sesuai buatnya.

nanti baca lah entry untuk esoknya, shopping-nya sekadar sahaja...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali wahai Angah,

Iya yang benar... kebetulan serupa sama tahunnya... tahniah buat Angah dan suami semoga semarak kasihsayang yang dikongsi bersama akan senantiasa dilindungi dan diberkati olehNya dengan kedamaian hidup bersama sehingga selamanya, Amin.

Salam manis semanis madu.

Cik Eka a dit…

waduh sis rat..cantik dan klasik kasut hari bahagia sis..sis memang cermat kan...

bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka,

style awal 90 an begitu lah rupaparasnya...


dihari itu tidak berhantaran seperti semahunya tradisi... jadinya itu lah sepasang sepatu kasut disimpan dengan cermatnya umpama harta karun yang begitu tinggi nilainya...

Selagi boleh disimpan dengan baiknya selagi itu lah ianya akan terus kekal...

Salam manis semanis madu.