lundi 2 avril 2012

Roti Chanaï...

| |

Se-awal dipinggiran subuh... 3:30 pagi dikejutkan dengan deringan "alarm clock" petanda harus bangun terus selenggarakan persiapan 'bon voyage" untuknya CintaJL yang akan berlepas terbang ke Saudi Arabia selama seminggu... tugas-urusan kerjanya. 5 menit sebelum jam 4 pagi Taxi pun tiba, akur pada waktu yang telah ditetapkan, seperti selalu "Monsieur chauffeur de taxi" yang sama semenjak berpindah dikampongulu ini.

Voilà... sudah dibancuh sebati, di-uli picit memicit... lantas tepung adunan roti chanaï direndam berisi minyak dengan campuran mentega cair secukupnya semoga akan lembut dan senang di-chanaï tarik kan nanti. Sediakan adunan roti chanaï yang ber-portion sederhana karena anak Bujang juga yang Tengah di-Grenoble jadinya hanya berduaan sahaja dengannya yang Bungsu.

Selepas selesai menyiram renjis tumbuhan hijau yang baru sahaja dicucuk tanam terus ke-dapur... satu.. satu... satu bahan ramuan dikeluarkan dan bermula lah acara penyediaannya..........

Lewat petang ini baru akan dibentuk chanaï kan, sekarang ini kaedah pemerapan, kelihatan kekacang bijian dhal/lentilles "blondes" dan "vertes" sedang direndam sebelum direbuskan dan disempurnakan sebagai curry nanti.
Akan bersambung........

Lewat petang tadi, bermula lah acara membentuki rupa parasnya adunan tepung bernama roti chanaï setelah  bebola tepung adunan yang sudah lama diperam rehat kan.

Dari langkah per-1, ke-2 sehingga ke-3, dan verdict-nya begitu berpuas hati dengan resepi ini dimana rasa nya seakan sama yang dihidangkan di Restaurant Mamak diTanahAir. Juga seperti dilangkah ke-2 setelah adunan roti sudah dileper kembangkan ianya begitu mudah ditarik "elastique" nya sehingga boleh ditarik senipis yang mungkin melepasi bulatan loyang jadinya terasa begitu gumbira berbungaan gitu... akhirnya menchanaï dikecuali kan.....!!

2 commentaires:

somuffins a dit…

assalam Ratna
Jangan lupa tinggalkan sekeping roti canai dgn kuah dhall sekali ya??

Hari nih katam pembacaan coretan aug/sept 2011. Rasa macam nak menjerit melompat kesukaan bila tengok pokok buah2an apple, pear, peach, anggur, n raspberry.

Halalkan pembacaan :-)
CikSom

bintangjauh a dit…

Salam Wa'alaikumussalam CikSom,

Akan ketepikan sekeping dua sebagai syarat... petanda mengingati CikSom ketika sedang menjamunya nanti... rezeki harus semestinya dikongsikan walau pun jauh nun dihujung dunia dengan rasa perasaan yang lembut...

Iya... begitu! TerimaKasih segunung tinggi wahai CikSom dengan penghargaan pembacaan alkisahnya latar belakang kehidupan Ratna yang biasa-biasa itu dengan seadanya sahaja, semenjak menetap tinggal dikampongulu ini Ratna terus bertukar menjadi seorang petani... adore sangat sangat berduaan dengannya tumbuhan hijauan yang ada nyata disekeliling taman halaman, tapi bermasa'alah... nanti kulit terus terbakar menjadi ireng juga kering kasar berkerepot kedut jadinya... namun senang hati pabila melihat hasilnya yang berbaloi sekali!

Sila kan CikSom, blog Ratna terbuka untuk semuanya.

Salam manis semanis madu.