vendredi 6 avril 2012

Tarte aux Noix de Grenoble, Caramel au Beurre Salé et Chocolat

| |

Katanya... akan kurangkan pengambilan apa juga jenisnya makanan, namun... banyak alasannya untuk menyelindungi diri agar tidak merasa bersalah!

Jadinya, se-awal pagi lagi sudah sebok didapur...

Selebihnya kekacang noix/walnut yang hanya tinggal 6 biji sahaja, nanti dibeli lagi sebagai simpanan baru.

Alasan per-1, habiskan simpanan kacangnya noix/walnut dan harus digantikan dengan simpanan baru. Alasan ke-2, pâte feuilletée yang dibeli seminggu lepas harus digunakan, dan alasan yang ke-3 yaitu terakhir ialah lebihan saki baki sauce caramel ber-butter masin yang telah disediakan tempoh'hari seharusnya juga digunakan bagi mengelakan pembaziran... gitu! Ada kah alasan-alasan tersebut berasas kukuh tanpa segan dan malu mencanangkan ke-seluruh muka dunia untuk diketahui?

Se-bouquet cenonet bunganya Cognassier du Japon Chaenomeles/rosaceae dipetik dari taman halaman sebagai penyeri.

Gimana pun... si-BintangJauh ada kelemahannya terhadap kekacang noix/walnut ini karena ia-nya ada lah salah satu kacang pujaan selera maka itu setiap kali lalu dihadapan sebuah vase khas untuknya pasti ter..hinggap tangan mencengkup masuk ke-dalam vase mencolek satu dua untuk di-ngap sebegitu sahaja!

Kelihatan jelas pollen dibunga punca "major culprit" utama yang menyebabkan si-BintangJauh ter...ahchoume... atchoume tidak berhenti-henti sampai sakit hidungnya dengan sepasang mata berair pedih, rimas gitu... namun tatkala memandang lihat ke-bunga kembang bermekar dengan anggunnya terus tertawan hati sepenuh hati...

Oleh itu, kerajinan yang bertaraf  mithali terus menjelma dengan sengajanya untuk memuaskan selera yang tidak sengaja mengajak si-BintangJauh menyebokkan diri didapur...

Dan ini lah hasilnya... tarte pujaan selera yang sengaja diubah suaikan mengikut citarasa, seperti bijian chocolat noir ditokok tambahkan dilapisan pertama jadinya kerasaan manis caramel ber-butter masin + la crème d'amande/almond cream yang sememangnya juga manis... begitu dengan adanya tambahan bijian chocolat noir akan menyeimbang kan kerasaan manis yang berganda dua kali menjadi lemak-lemak manis... 


Kesimpulannya... maka lengkap sempurna lah harian si-BintangJauh dengan adanya manisan dessert ini sebagai hidangan buat minumnya petang nanti. Voilà!
Setelah dirasmikan merasai manisan tarte berkacang noix/walnut dengan lapisan chocolat noir, almond cream juga caramel ber-butter masin diatas dataran permukaan tarte ini, verdict-nya... ya ampun... begitu mega yummy sekali! La vie en rose........ 

5 commentaires:

somuffins a dit…

Hi Ratna
Rupa tart tu hamboi mak, boleh melepasi tahap hotel 5 bintang. Nescaya rasanya sangat2 umphh juga.

Nak tanya sikit. Berapa lama betul2 you dpt menguasai bahasa French?

angahPJ a dit…

Salam Ratna..

Masya allah.. sedapnya tart tu..Mai mintak sikit..

bintangjauh a dit…

Salam/Hi CikSom,

Berapa lama boleh menguasai+fasih= percakapan bualan + sebutan tidak mengada-ngada juga pelat + grammar&writing tidak tertunggang langgang ialah 5 tahun. Selain kena banyak membaca, diwaktu yang bersamaan dengannya, semesti-mestinya mengamalkan bergaul ramai dengan orang-orang Peranchis begitu boleh tahu, fahami, kenal bahasa itu meresapi dengan betul cara percakapan yang tulen sama serupa caranya orang Peranchis, kalu....... mereka menganggap atau mentarafkan kita sebagai jenis kalangan penduduk "communnautarisme/communitarianism, disini Peranchis bahasanya ada lah identity negara... yang begitu lagi teramat "essential+primordial"!

Tarte berkacang walnut ada lah manisan pujaan Ratna, adore sangat-sangat...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Angah, iya... tersangat amat sekali mega yummy! begitu tinggi pujiannya...

Nak banyak, satu semua tarte-nya pun boleh sahaja...

Salam manis semanis madu.

Mak Wardah a dit…

Ratna,

Tart itu membuat saya tidak sabar menunggu lunch hour...Pasti enak sekali.