jeudi 12 avril 2012

Tarte Tatin

| |

Tarte Tatin terjadi ada karena berpunca dari kelalaian oleh dua beradik perempuan Caroline&Stéphanie Tatin, punyai sebuah restauran di-Sologne (tengah Peranchis, à Lamotte-Beuvron le Loir et Cher), seperti setiap hari ketika menyediakan manisan berbuah apple yaitu apple tarte, semasa didalam ketuhar apple tarte tersebut terlebih masak; ter...hangus ireng jadinya pastry dough dan salah satu dua beradik itu mengambil keputusan menyelamatkan sahaja hirisan buah apple yang sudah terlalu "caramelised"... untuk mengelakkan buah apple tadi ter...hangus terus melapikkan pastry dough diatas dataran hirisan buah apple itu... dan untuk menjadi cerita tarte ini menjadi begitu terkenal dan sesiapa sahaja akan ter...adore terhadap tarte ini maka tercipta lah nama tarte Tatin sempena diatas nama mereka berdua yang terbelaku diakhir XIX abad nan lalu.
 Alkisahnya...


Tarte Tatin yang disediakan didalam acuan moule à tarte ber-saiz kecil bukan diloyang/moule bulatan 20cm seperti semahunya secara tulen lagi traditional itu...



Buah apple hanya dipotong belah dua sahaja, dimasakkan dahulu dengan butter masin bergula perang juga kemestian setangkai vanilla sebagai penambah rasa.


Pabila sudah setengah lembut masaknya buah apple alihkan kedalam moule sejukkan dahulu kemudian lapikkan dengan lapisan pastry dough diatas dataran buah apple, bakar selama 30 menit.

Pabila sudah cukup sempurna masaknya anggaran 30 menit keluarkan dan sejukkan sebentar terus telangkup kan loyang dan bakar kembali tarte Tatin ke-dalam oven api penunjuk "grill" yakni api diatas sahaja untuk me-caramelise kan sedikit dataran buah apple yang ber-syrup gula supaya menjadi keperangan emas rupaparas buah apple itu.

Berbanding perbedaan diantara apple tarte biasa dimana hirisan sederhana nipis buah apple yang disusun rapi diatas pastry dough dan dibakar terus di-oven, senang rengkas sebegitu sahaja... dimana tarte Tatin pula buah apple dihiris belah dua atau empat dibiarkan tebal dan pabila peringkat per-1 selesai cukup masaknya dimana perbedaan yang ketara ialah tarte tadi ditelangkup kan dan dibakar semula kembali masuk ke-dalam oven bagi melengkapkan "method" masaknya.


Voilà...! rupaparasnya manisan dessert yang ter...paling digemari oleh semua disini, walau pun dianggap sebagai manisan "rustic" namun satu Peranchis adore... adore... !


Ber-botol-botol apple jus Bio dibeli dari producteur petani untuk princess Elyne Gabrielle yang begitu adore terhadapnya maka itu PapaCintaJL akan membeli simpanan baru pabila simpanan lama tinggal 2/3 botol sahaja.


Tadi... buat minum petang sudah dirasmikan tarte Tatin ini hanya berdua dengannya yang Bongsu... walau pun hari ini cuaca kelihatan begitu monyok... hujan seharian yang berlangit kelabu... sudah dipujuk dengannya tarte Tatin yang mega yummy!


4 commentaires:

Cik Eka a dit…

wahh sedapnya..

dah lama eka tak jenguk blog sis rat ini..agak sibuk...

rindu dengan entry2 sis..

angahPJ a dit…

salam ratna..

bila dibuat kecil2, senang nak makan, sekali or 2 kali ngap.. sudah beres.. mesti sedapkan..

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Salam Ratna...
Hmm.. sedapnya tengok, terasa2 di anak tekak ku..esp malam2 begini kena dgn secawan kopi.

somuffins a dit…

Ratna
Nak tanya soalan dot3..

Pokok sebesar tu, agaknya ada penunggu tak?

Saja nak tau..kalau disini ada aje cerita penunggu dipokok besar, kalau dinegara omputih, ada such thing tak?