jeudi 10 mai 2012

Air embun sesuci bersih...

| |



Seperti biasa... setiap pagi selepas menghantar yang Bungsu ke bus stop sekolah, pasti akan bersiar-siar disekitaran taman halaman.



Terpegun... sesungguhnya dengan setiap titisan air embun menghiasi setiap penjuru kelopak daun juga kelopak bunga, ya ampun... keindahan yang tiada tandingannya terus berbisik lembut... bersyukuran dengan sayunya...


Alang kah cantik sekali titis-titisan air embun ini...


Sejuk lembut rasa perasaan ketika mengadap pokok-pokok buah strawberry diawal pagi tadi... hanya sendirian dapat menyaksikan kebesaran ciptaan yang Esa.


Bunga-bunga kuntuman strawberry.

Buah-buah strawberry sedang sarat membesar...

Seterusnya sambungan gambaran bunga-bunga yang diambil clip clap dimasa waktu yang sama dengannya strawberry.

Pivione/peony lagi...

Adore yang ini, kelihatan imbas-imbasan air embun melekat disekitaran kelopak-kelopak bunga.

Sepokok Pivoine/peony ini sudah sedia ada ditaman halaman semasa membeli rumah kampongulu dan difaham kan bahawasanya pokok ini sudah tua teramat tua hampir seumur usia rumah, katanya seorang cucu kepada bekas tuan rumah dahulu kala yaitu datoknya.




Gambaran bunga Pivoine/peony  yang sudah cukup kembang bermekar... baunya harum mewangi!





Diambil clip clap hari ini Jumaat bersamaan May 11, jika dibandingkan dengan photo semalam dimana bunga ini masihi setengah kembang mekarnya dan hari ini dengan sekelip mata sudah mengembang dengan sempurna sekali.




Cantik dan anggun sesungguhnya...
  



Clematit/clematis ini ada lah hadiah dari jiran yang menetap diatas sebuah bukit nun dibelakang rumah, setiap kali datang bertandang pasti berbuah tangan itu dan ini, pemurah sekali!



Tahun lepas tidak begitu berbunga rimbun dan Alhamdulillah... pada tahun ini diberkati dengan bunga yang banyak.




Tahun lepas... Iris ini diberi oleh KakakIpar yang Sulong menetap di selatan Peranchis, ditanam diluar pintu gate hadapan rumah.




KakakIpar yang Sulong adore dengannya Iris akan tetapi dari tahun ke tahun Irisnya merajuk tidak mahu berbunga...




Dipelawakan dengan pertanyaan sama'ada suka terhadap Iris, tanpa persoalan iya kan sahaja... suka kepada semua bunga tidak cerewet... lagi lagi pokok Iris tidak akan mati, hidup selamanya!




KakakIpar yang Sulong mencabut semua bulbs nya Iris yang ada terdapat ditaman halamannya dan semasa musim bercuti sejuk pada tahun lepas terus dibawakan untuk si-BintangJauh... ya ampun!  kok banyak sekali satu kotak besar... penuh!




Dan tanpa berlengah, si-BintangJauh terus mencucuk tanam si-pokok Iris dan diantara tempat-tempat yang dipilihi ialah dihadapan luar pintu gate, begitu tampak semenggah sedikit rupa parasnya disekitaran luar gate! Yang ini sebelah bahagian kanan...




Dan yang ini sebelah bahagian kiri.




Peragaan yang serupa, Iris putih berjiran dengan Iris-iris yang berwarna warni.




Adore dengan contrast gabungan warna-warna ini.




Gambaran serumpun bersama.




Dan yang ini pula ialah Iris Hollandica yang ditanam pada 3 tahun nan lalu sebelah kiri hadapan anak tangga, sudah bermula kembang mengembang mekar.



Kelihatan sepokok bunga-bunga Lilas sudah cukup kembang mekarnya dan baunya.... harum sekali umpama dikayangan...




Dan seperti biasa peneman setia akan memerhati si-BintangJauh dari atas anak tangga.




Menunggu dengan setianya...


Voilà!


6 commentaires:

Anonyme a dit…

Assalamualaikum Ratna

Embun-embun itu jangan dibazirkan. Sebelum ambil embun berselawat dan sapukan ke muka. Selawat lagi dan ambil dan sapukan pada tangan dan seterusnya. Bagai ambil wuduk.

Kata emak saya berkat air embun boleh awet muda dan otot keras. Tapi emak mengamalkan sebelum solat Subuh.

Katakan pada kakak iparmu, gali semula tempat tanaman iris dan gantikan baja organik(kompos cacing adalah terbaik)bercampur tanah Peranchis itu. Tanam semula iris dan lihat hasilnya.

Pengalaman dulu saya mengusahakan dan berurusniaga kompos cacing. Skrg tidak lagi.

Ahkak

angahPJ a dit…

Salam ratna..

alahai... banyaknya bunga2 di halaman rumah ratna.. Ratna ni tentu `sejuk' tangan.. tanam apa pun, semuanya menjadi. Geram tengok buah straberry.. nanti jgn lupa, bila buah tu dah masak.. ambil fotonya ya..

aznimatisa a dit…

assalamualaikum Ratna,
kabare..ya waras harapnya ya..

cantik dan sangat terpegun. Bila melihat keindahan yang berada di bumi Perancis dan membaca ayat2 Ratna, maka benarlah seperti yang tertulis di dalam Al Quran..manusia serta segala yang Allah cipta tiada yang sempurna.

Segala nya ada kelebihan dan kekurangan. Maka bersyukurlah kita pada Illahi dengan apa yang diberi,.tiada yang kita akan dapat selengkapnya,.

Semoga Ratna selalu beroleh ketenangan dan ketenteraman hati berjauhan dari tanah tumpah darahmu

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam Ahkak,

Iya yang benar... telah Moyang sarankan berbuat amal begitu senantiasa, hanya bersama Moyang diperlakukan demi akur dengan petua itu dimana khasiatnya tidak disangkalkan lagi, disini setiap awal pagi Ratna sudah diluar halaman dimana masing-masing masihi bobok, tidak terlintas untuk diperlakukan walhal air embun menjelma hampir setiap pagi semenjak dimusim bunga.

Setahu Ratna KakakIpar jarang berbuat demikian selepas ditanam dibiarkan tumbuh secara semahunya natural gitu, lagi-lagi diselatan Peranchis suhunya lembut panas (mediterranean climate) maka itu beliau berkata tanam apa sahaja akan tumbuh tanpa menimbulkan masa'alah akan tetapi dengan global warming effects semua keadaan suhu sudah tunggang terbalik!

Mengapa tidak berterusan perniagaan kompos karena disini jika tidak dibuat sendiri hanya dibeli, tempoh'hari Ratna beli 5 kampit kompos dari seorang petani (10 kg beratnya setiap kampit) untuk tanaman baru dikawasan Potager.

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Angah,

iya, nanti bila sudah meranum masaknya akan Ratna peragakan.

Katanya penduduk kampongulu ini tanah disini subur sekali, jadinya berkat dari tanah dan tumbuhan yang ditanam juga semestinya sesuai serasi dengan suhu disini kalu...

Salam manis semanis madu.

eLL a dit…

cantiknya disimbah embun. cantiknya peony dan clamatis. lagi cantik si Honey. Muah