mercredi 9 mai 2012

Bunga lagi!

| |



Sepulang dari Grenoble setelah setengah hari berurusan perihal keperluan study untuk yang Sulong terus ketaman halaman melihat apa sahaja sebagai melembut legakan diri setelah berjalan sekitaran bandar setengah kota bersama yang Bungsu manakala hanya sebentar bersama yang Tengah setelah memohon mengundurkan diri untuk sejenak meluangkan masa bersama seorang sahabatnya yang kini tidak lagi berlajar diGrenoble tapi di-Lyon,
 jadinya seperti biasa bila masa diGrenoble = shopping yang Bungsu meminta itu dan ini dan seperti biasa si-BintangJauh akan berlembut lantas bermurah hati memberi itu dan ini...


Alang kah gumbiranya rasa perasaan hati bila masa sepasang mata memandang tepat ke-arah beberapa kuntum Pivoine/peony yang sudah bermula kembang mengembang walau pun masih ditahap setengah mekar...

Adore... sesungguhnya terhadap si-bunga ini berwarna rose lembut berbau harum wangi.

Juga... berlipat ganda jadinya rasa perasaan hati yang bertambah terpegun dengan kembangan per-1 bunga Iris berwarna putih kebiruan.

Yang putih suci dikalangan yang berwarna warni...

Dan seperti biasa... peneman setia mengekori si-BintangJauh!

Lewat petang segini akan kedengaran dengdangan kicau-kicauan si-twit twit sehingga Honey Aristocat menjadi tidak tentu keruan arah yang mana satu harus ditujui...

6 commentaires:

Kak Rose a dit…

salam dan selamat pagi Ratna,

cantiknya mekar berkembang bunga2 tu seakan menggambarkan hati tuannya yg sedang bergembira.... Rat, I'm happy for u to hear that u're coming home!

eLL a dit…

honey tu macam nak digigit-gigit je. geram sungguh. cantiknya peony pink tu. agak2 kalau tanam di Malaysia, mahu subur ke tak ye sis?

Anonyme a dit…

Assalamualaikum Ratna

I am envy at you. looking at the peonies..argggggh!

Why? Everytime Chinese Lunar New Year comes, this peony plant will be abundant but too expensive to buy. A vase of bonsai plant will cost RM250.00. Buying is not a problem.

The problem is when we take home this plant will die soon because it cannot accomodate itself to the surrounding of my home.

Sakit hati la, dia nak tinggal dalam air-conditioning room saja.

I have 2 pots of camellias. No flower blooming so far. I blamed it on the wheather..harharhar (evil laugh)

My one and only beautiful Azalea plant(pink flower)already dead. huhuhu

Ahkak

bintangjauh a dit…

Salam kembali wahai Kak Rose,

Bilamasa didapur menyediakan apa sahaja, pintu utama didapur mengadap bahagian belakang halaman rumah dimana dengan sengajanya Ratna tanam segala pokok-pokok bunga betul-betul mengadap arah ke taman berdepan pintu begitu dapat menyaksikan keindahan semulajadi bagi melembutkan rasa perasaan...

Sekejap sahaja... dengan hari yang boleh dikira hanya sebelah tangan jadinya tidak lama... oh! begitu sengkat... jika lama dengan kiraan hari yang berpatutan trigin kepingin sekali bersua muka dengannya Kak Rose namun...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam eLL,

Serasanya tidak pasti eLL, mungkin diatas puncak nun disana C.Highland...

Cuba dapatkan nasihat dari Google, pasti banyak petua-petua yang seharusnya di-ikuti...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam Ahkak,

Jangan ter...envy wahai Ahkak... jika disini boleh hidup segar bugar karena pokoknya dari sini, begitu juga dengannya Ratna sedang mencubai menanam pokok kunyit untuk dapatkan dedaunnya, namun... sehingga kini tidak timbul itu petanda! hampir dua bulan ditanam...

Jadinya adil saksama didunia ini dimana orang Peranchis sering berkata "didalam sebuah kehidupan tidak mungkin boleh miliki sekali serentak semua yang di-idamkan" maka itu, bilamasa simpanan daun pandan kesutukan lansong ter...menung sejenak Ratna terus berbisik... jika diTanahAir terus dipetik-petik dari belakang rumah!

Disini sepasu camelia, kus semangat... kok mahal!

Azalea Ratna pula yang dibeli 3 tahun lalu masih bertahan dimana sukanya didepan tingkap dibajakan pada setiap 2 minggu dan elakan pancaran cahaya mentari mendakap terus dipokok azalea, esok Ahkak ke nursery sebagai salah satu hadiah sempena Hari Ibu, voilà.

Salam manis semanis madu.