vendredi 4 mai 2012

Des fleurs de mon jardin, encore...

| |



Peragaan lagi dan lagi... bunga-bungaan yang sedang berlumba-lumba mengembang antara satu sama lain bersilih ganti lepas satu... satu, akan berterusan begini sehingga ke musim panas nanti.


Pokok Pomme de Reinette sedang sarat berbunga kembang mekar dihadapan taman halaman.

La Glycine/wisteria sudah kembang-mengembang mekar dihadapan luar pagar.

Sayangnya tahun ini tidak banyak bunga-bunga yang menjelma namun sudah cukup menyerikan suasana dimusim bunga ini.

Anggun cantik sekali!

Campuran bunga Iris dengan pelbagai warna-warni...

Penyeri ditepi tangga yang sudah uzur...

Yang ini, Iris berwarna biru keungguan yang "intense, vif et foncé", adore yang ini dan dianggap sebagai warna yang unik.

Umpama baldu...

Gambaran photos di clip clap awal pagi tadi setelah menghantar yang Bungsu ke-bus stop sekolah, dan hari ini setiap Juma'at ada Marché/pasar terbuka dikampong seberang jadinya akan ke-sana berjalan siar dimasa yang sama akan berhenti membeli itu dan ini bakal masakan hidangan untuk makan malam nanti, voilà agenda acara hari ini...

4 commentaires:

Anonyme a dit…

assalamualaikum ratna

cantik dan menawan bunga-bunga itu.

Bestnya kalau minum kopi/teh dan makan gateau bersumbat inti golden apple.Sambil menyaksikan bunga-bunga mekar di taman.

Angin sejuk sepoi-sepoi mengcengkam kulit berlawan dgn panas matahari yang malu. arghhhhh

Ahkak

somuffins a dit…

assalam Ratna
Ada tak jenis bunga yg berkembang ditasik madu? hehe..teringat pulak lagu Fauziah Latif..

Kat sini ada satu restoran nama Marche. Kelihatan macam pasar tapi tentunya bukan pasar. Maybe you pernah kesitu masa balik Msia dulu.

Disamping pokok2 bunga, tunjukkan juga binatang ternakan kalau boleh. Ada bela itik tak? Mekasih in advance :-)

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam Ahkak,

begitu lah suasana tenang... dikelilingi oleh tumbuhan hijau yang berbungaan mekar menjadikan diri lembut dan bertambah lembut manis berteman dengan manisan juga minuman kopi terpilih...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam CikSom,

Tasik bermadu...? Dimusim panas nanti CintaJL akan membina sebuah kolam tasik untuk tumbuhan terapung yaitu nénuphar aka bunga teratai ditepi terrasee/patio, untuk Ratna karena adore sangat-sangat bunganya teratai... terkenang kembali semasa di Tasik Chini, seisi keluarga bersampan meredah tasik umpama dikayangan penuh sarat dengan bunga-bunga teratai yang cantik jelita terus ter...jatuh hati terhadapnya...

Iya, Ratna pernah pergi kesana circa 2009 the Curve bermakan tengah'hari bersama sepupu, makanan pilihan risotto aux champignons dan dessert crème brûlée... yummy!

Yang ada cuma tinggalan bilik reban ternakan sahaja dimana CintaJL sudah jadikan sebagai tempat simpanan takungan air hujan sebagai siraman tumbuhan yang ada dikawasan taman halaman juga potager, voilà.

Salam manis semanis madu.