mercredi 2 mai 2012

Gâteau bersumbat inti golden apple.

| |




 Menderhaka lagi... tidak tetap hati dan  mungkir janji pada diri sendiri... katanya akan ber-jarang tidak sering selalu sediakan apa sahaja namanya manisan, namun... oh... ber-namun-namun lagi bagi melapik-alas kan diri agar tidak merasa bersalah terhadap diri sendiri sebagai alasan dan alasan yang semestinya diumumkan ialah buah-buah golden apples yang dibeli seminggu nan lalu masihi terbiar terpampang seperti peragaan sahaja... tiada siapa yang peduli, dari membazir maka itu... diawal pagi lagi sudah dum tam dum tam didapur!

Sebenarnya pada cuti umum akan sediakan tarte Tatin, disebabkan yang Sulong dan yang Tengah tidak pulang maka itu tidak menjadi, jadinya ambil keputusan menyediakan sedikit Gâteau bersumbat inti buah apple sebagai minum petang nanti.

Rebus kan dahulu buah apple dengan syrup air rebusan gula&vanilla,

Setelah lembut empuk, sejukan dahulu,

Panaskan oven ketuhar dahulu 180°C (th.6),

Mixer telur, gula perang, vanilla juga secubit garam sehingga kembang, cairkan butter,

Se-vase bunga-bunga Printemps dari taman halaman seperti Muguet, Lilas juga bunga berwarna merah Saxipraga arendsii/pixie.

Humbankan tepung naik sendiri, kacang badam, butter cair juga sesudu cream, gaul kaup semula adunan sehingga sebati. 
Diakhiri dengan campuran biji-bijian chocolat noir, 

Sudu kan adunan ke-dalam mangkok acuan dan benam tekan kan buah apple didalam tepung adunan secara perlahan.

Bakar selama 25 menit.

Voilà... kejadiannya!

Begitu yummy sekali dimana kelembutan empuk buahnya apple kena serasi bersama kerasaan Gâteau cake yang berbijian chocolat lagi-lagi dengan cuaca yang masih berhujan menjadi suhu menurun sejuk kembali... dengan adanya Gâteau cake bersumbat inti golden apple ini menceriakan suasana ketika berminum petang...

7 commentaires:

eLL a dit…

dibayangkan semanis madu. Nicholas dan Elisa di hostel ya sis?

anariffin a dit…

sis rat...sedapnya..memang hebat la skill sis ni..wat org yang tgok..boleh kebuluran sis...

angahPJ a dit…

salam ratna..

saya adore sekali dengan acuan kek tu.. hehe..
kek nya nampak enak sekali.

Anonyme a dit…

Assalamualaikum

Oh! Yummy indeed.

Suka bekasnya. Cantik menawan

Ahkak

aznimatisa a dit…

Assalamualaikum Ratna.

Ya allah ketawa mengelekek dekni baca penceritaan N3 ni. Kata ayat orang muda sekarang..ayat tak boleh blah!hahaha.

maaf ye, bukan di sengaja2 nak ketawa ni,. Ratna guna ayat..humban, benam tekan,.so dekni pun siap imaginekan perlakuan tu. Ratna ni kan dalam kelembutan ada ala2 brutal jugak,hihi.

ceria ceria selalu Ratna,.i like u lah!

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Apple kuning, kegemaran ku..gebu dan lembut.. amboi Ratna, sampai nak humban terus tepung kedlm adunan..bunyi marah je. Anyway, santapan yang sungguh presentable.

bintangjauh a dit…

Salam eLL, anariffin, Angah, Ahkak, Dekni dan sis Iha...

Nicolas dan Elisa berada diGrenoble berlajar disana (dimana Ibu&PapaMertua punyai sebuah apartment untuk penginapan anak-anak mereka ketika student dahulu kala)jadinya diturunkan kepada mereka berdua berteduhan bersama dibawah jagaan Papanya juga bekerja di Grenoble.

Cake biasa sahaja, ada kelainan sedikit oleh karena tambahan buah apple itu dan walau pun biasa tapi rasanya yummy sekali.

Bekas acuan cake yang jarang digunakan karena bilangannya hanya empat sahaja semasa dibeli hanya tinggal empat diborong semua!

Ratna sering teragak-agak menggunakan ayat yang mana satu yang sesuai pabila menerangkan sesuatu jadinya bagi Ratna ayat itu dan ini mungkin sesuai bersamaan yang ingin dijelaskan maka itu kekadang bunyinya seperti kasar rupanya boleh menjadi kelakar, iya yang benar...

Ketika sedang mengarang, Ratna sendiri boleh ter...ketawa sendirian, kok gitu bahasanya... humban.. benam, perlakuannya tidak brutal cuma gambaran bahasanya sahaja...


Kasihan itu tepung... di-humban-humban kan seperti tiada kehormatan lagi malang terhadap si-buah apple lansong terus di-benamkan jadi lemas gitu! tanpa disedari kok begitu gaya bahasanya Ratna... oh la.. la... la...

Salam manis semanis madu.