mardi 29 mai 2012

Hampir sempurna...

| |

6 tahun nan lalu... ketika melawat buat per-1 kalinya rumah kampongulu yang setengah uzur ini terus tertambat hati dengan kawasan khas tempat bercucuk-tanam/Potager yang terletak nun dihujung belakang halaman dan disitu lah apa sahaja bernama sayur-sayuran boleh semahunya ditanam. Juga terdapat sebuah reban untuk ternakan yang berkepak-kepak dekat sahaja dengan kawasan Potager dimana terdapat sebuah kolam kecil berbentuk oval buatnya sang itik berenang-renang kuak sedikit sebagai syarat dek saiznya yang kecil cenonet juga sebagai takungan air minuman.


Peragaan buah-buah strawberry Gariguette berbentuk lonjong meruncing yang sedang sebok meranum...

Berbisik lembut si-anak hati, jika benar berkenan terhadap rumah setengah uzur ini (secara kebetulan dimasa dan ketika yang sama CintaJL berbisik lembut kepada BintangJauh "iya... yang ini bakal rumahnya...") berikrar akan berbakti kepada tanah yang pemurah yang pasti akan memberi hasil tanaman yang lumayan sekali. Semestinya penghargaan terhadap nature yang ada nyata terbentang dihadapan sepasang mata itu terus di-usahakan dengan akurnya, diberkati dengan tanah yang subur bagi menghasilkan sendiri sayur-sayuran bakal penggunaan disepanjang musim panas nanti, begitu... setengah jenis sayuran yang ada tidak perlu dibeli dipasar hanya terus dipetik dari titik peluh sendiri, itu lah agenda dimusim bunga yang terpaling dihargai sekali... setiap hari diluar berduaan dengan nature yang maha semulajadi.

Yang Bongsu sudah merasmikan buah-buah strawberry yang merah meranum semenjak dua hari yang lepas ber-topping dengan crème chantilly, super yummy katanya!

Gariguette bersama Charlotte!

Tahun ini strawberry berbuah rimbun banyak sekali, Alhamdulillah... rezeki buat Anak-anak-anak semua.

Salade Batavia putih sudah bermula membesar...

Salade Batavia Rouge/merah Grenobloise yang ditanam pada petang semalam oleh CintaJL.

Perbagai jenis tomates ...





Choux Bruxelles/brussels sprouts.


Courgette/zucchini.


Pokok Chili merah&hijau.


Gambaran kawasan Potager dibelakang halaman. Sayur-sayuran yang lainnya masih belum lagi ditanam juga CintaJL sudah menyemai bijian kekacang buncis/french beans, nanti sekitaran dua minggu akan kelihatan naik timbul anak dedaunnya yang pertama.


Sekelompok campuran tumbuhan bunga-bungaan jenis Vivaces berlatar belakang kan bekas stable kuda yang berpintu kembar, pintu sebuah tandas juga pintu rebannya untuk ternakan yang berkepak-kepak!


Ini lah kolam ber-saiz cenonet sudah berusia uzur yaitu hampir seratus tahun... tempatnya si-itik dan ayam dan apa juga binatang ternakan yang berkepak-kepak berenang-renang syarat juga sebagai air minumannya. Akan tetapi si-BintangJauh tidak menternak apa juga namanya.


Se-pasu cenonet Geranium yang secara sengaja digantungkan sendirian!

Bunga-bunga Lupin yang berwarna-warni sudah berkembang mekar... yang ini dibelakang halaman.


Yang ini dihadapan halaman, ditepi tangga.

Lupin berwarna pink berganding bersama dengannya yang unggu.

Adore photo ini!

Voilà! Pivoine/peony merah menyala sudah berkembang mekar.

Dihadapan taman tepi gate pagar utama.

Terdapat 5 rumpun pokoknya Pivoine/peony yang berlainan warna bunga-bunganya.

Serumpun pokok Pivoine/peony.

Ada yang berwarna pink...

Ada juga yang berwarna merah menyala!

Sepokok yang sama, kok tahun ini ada dua warna yang berbeda merah dan pink walhal ditahun lepas tidak begini rupaparasnya... ?

Bunga oeillet/carnation.

Serumpun tanaman Lavandes de Provence/lavender yang sedang sarat berbunga.

Bunga Syringa.


Diakhiri dengan la beauté de la rose yang berusia hampir dengannya usia rumah kampongulu ini!


Voilà.


10 commentaires:

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Sejak pulang ke kampungulu...tentunya sibuk menanam.
Semestinya masa banyak dihabiskan di dlm taman yang penuh mekar dgn warna warni kann.
Enjoy your Spring Ratna!

aznimatisa a dit…

assalamualaikum si bintang jauh,
cantik lembut menawan ciptaan Allah Yang Esa. Teruskan...

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam sis Iha,

iya... semenjak sudah sampai terus ke'esokkan hari melihat pastikan yang mana satu seharusnya dimulakan juga terus membelibelah segala bagai sayuran dan Alhamdulillah... hampir siap sempurna meski pun ada dua tiga sayuran yang masih menunggu giliran untuk ditanami.

Musim yang terpaling Ratna hargai sekali, berbakti dengan tanah yang subur tatkala itu didampingi dengan kembangan mekar bunga-bunga yang tanpa henti berlumba-lumba memperagakan kecantikan semulajadinya dengan megahnya.

TerimaKasih wahai sis Iha dengan ucapan mesra itu.

Salam manis semanis madu.

eLL a dit…

carnation ini boleh dimakan? (sebab ada susu carnation). haha, itu hanya brand barangkali

aimi a dit…

cantiknya tengok bunga-bunga di perkarangan rumah aunty ratna..Exspecially Lupin tu.ssejuk mata memandang

Cik Eka a dit…

sis..seronoknya bercucuk tanam dengan suami sis...


untung kan ada kawasan yang boleh berbakti pada tanah..

senang tak payah beli di pasar..semua fresh dari rumah sendiri..kalau dekat,boleh juga minta strawberry sebijik dua..hehehe

Anonyme a dit…

assalam Ratna
Bunga2an dan tanaman2 lain sungguh perrghh dipandang mata!! ;-)

Taman seluas tu ada tukang kebun atau caretaker menjaganya ke?

Macamana nasib sipokok pandanus? Ada harapan merimbun tak? .. CS

gadizgula a dit…

Salam,

Dah lama tak menjenguk ke sini..
Gambar2 ni cantik betul. Rasa macam nak terbang ke sana pulak ;D

Jun a dit…

Salam dari jauh...

Tak mampu lagi menyimpan rasa, sungguh cantiknya segala kembang dan puspa di taman Ratna, membuatkan jari terluncur saja mengetuk kekunci komputer...mahu menyatakan juga betapa terujanya melihat semua kelopak lembut yang berkembang menghiasi sebuah laman milik Ratna


TQ for sharing...

bintangjauh a dit…

Salam dari jauh juga buatnya June,

Terimakasih segunung tinggi datang menyinggah sapa di-blognya Ratna yang seadanya sahaja...


Begini lah suasana musim bercucuk tanam dari awal musim bunga sehingga lah diakhir musim panas. Adore sesungguhnya dengan nature yang sudah tersedia ada, jadinya semesti sekali diusaha kan dan berbakti kepada sebidang tanah petanda berkat dan hasilnya bukan sahaja indah dipandang tengok juga sebagai limpahan sebuah rezeki dari titik peluh sendiri, Alhamdulillah...


Salam perkenalan juga salam manis manis madu.