dimanche 6 mai 2012

Hari mengundi...

| |

Ssssh... tidak boleh dibicara kan siapa yang dipilihi, soal pertanyaan yang tersangat-sangat "taboo" bagi keseluruhan orangnya Peranchis dimana para calonan semua dirahsiakan atau tidak disebar hujah... gitu caranya mereka tidak dicanang kompang kan!

Suasana gambaran cuaca selepas berhujan semalam, langit membiru berteman dengan gumpulan awan putih sedikit kelabu, berimbasan dengan pancaran mentari yang agak malu untuk menerbitkan sinaran yang gemilang.

Kolam renang ditepi halaman mengadap berhadapan selereng anak bukit.

Sepokok Tilleul dibelakang halaman, sudah berdaun rimbun... lansong sebuah tingkap ditengah façade rumah tersorok oleh rimbunan sarat lebat dedaun hijau.


Bunga-bungaan Bleuet berdamping bersama bunga Iris dihujung belakang halaman.


Adore dengan bunga Bleuet ini...


Seperkara lagi tumbuhan Bleuet ini tumbuh rimbun merata sesuka hendaknya!
Peragaan yang sama...


Yang ini juga...


et encore...


Oleh karena rumput-rumput ditaman halaman basah lembab dek renjisan hujan semalam, Honey Aristocat peneman setia hanya melihat memerhatikan si-BintangJauh antara celahan balustrade dari atas pinggiran tangga sahaja!


Pandangan geram tidak dapat turun ditaman...


Pabila namanya disahut lembut terus senguling manja...


Barisan pokok Pivoines/peony dihadapan pagar yang sempat dibersihin semalam dimana terpaksa berhenti karena hujan turun beserta bebola hujan batu, nasib baik bersaiz kecil cenonet itu bebola kalu... rosak semua putik-putik bunga yang sedang tengah sarat menjelma.


Peragaan yang sama bunga-bunganya Glycine/wisteria dihadapan taman.


Cantik berjuntai tergantung...


Anggun sesungguhnya!


Tiga warna-warni bunga-bunga Iris...


Yang ini juga!



Dan lagi... diulang-ulangi!



Barisan kumpulan pokok-pokok bunga yang berlainan dipelbagai kan seperti semahunya dibelakang halaman.


Nun disana atas lerengnya sebuah anak bukit kelihatan sepokok Chêne/oak berlatar belakang kan dengan gambaran setengah langit biru juga dengan setengah awan putih kelabuan...

Sehingga kini rasa-perasaan begitu berdebar-debar...  keputusan muktamad nama President Peranchis yang baru akan diketahui pada jam 8:00 tepat malam ini, gelisah sungguh walhal diri sendiri tidak boleh mengundi. CintaJL, yang Sulong dan yang Tengah akan pergi mengundi pada sebelah petang ini dimana waktu mengundi akan berakhir waktu rasminya pada jam 6:00 tepat petang ini.

Berharap sangat apa yang diramalkan akan terlaksana, semoganya...

Tepat jam 8:00 malam, keputusan diumumkan dengan rasminya bagi pusingan ke-2 pemilihan President baru Peranchis... rasa perasaan si-BintangJauh begitu pahit... sedih sekali!

Harus terima kenyataan ini dengan minda yang terbuka namun tidak mahu mengalah tewas akan terus berjuang didalam diam perjuangan Charles de Gaulle yang begitu dihormati lagi disanjung tinggi.

13 commentaires:

Acik Erna a dit…

bintang jauh..sungguh cantik..
gambar bunga yang ada disetiap n3 betul cantik..terima kasih sudi kongsi kecantikan gambar disini..

Kak Rose a dit…

Salam Ratna, entry musim bunga yg sangat2 menambat mata dan hati... biar diulang2tp tetap x jemu memandang! cantik sekali!

siapa pun yg akan memenangi jawatan yg dipertandingkan, yg pastinya rakyat akan mengharapkan seorang presiden yg adil n bijaksana dalam mentadbir negara...

disini x tau bila lagi akan diadakan pilihanraya.... dan sangat mengharapkan yg clean n fair election!

eLL a dit…

subhanallah, cantik sungguh. Tidak terbayang lagi taman Sis Rat mungkin seluas saujana mata memandang. Lereng bukit begitu persis dalam cerita atau filem adanya.

undi anda adalah rahsia. Di Malaysia juga musim undi akan tiba beberapa bulan lagi. Kini di TV hanya berita politik sahaja. Kadang jemu juga asyiknya berita sama memancing undi.

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslkm Ratna..
Boleh di bayangkan betapa cantiknya rumah Ratna dikelilingi oleh bunga2an.
Jangan lupa strawberrynya nanti ya..clip clap utk di tontoni.

Anonyme a dit…

Assalamualaikum Ratna

Suka sekali gambar sepokok Chêne/oak berlatar belakang kan dengan gambaran setengah langit biru juga dengan setengah awan putih.

Terasa aman damai dihati. Rindu berkejaran main hujan sambil menyanyi di kawasan lapang begitu.
Reminiscing the good old day make me happy

Ahkak

somuffins a dit…

assalam Ratna
Memang seronok bila memanggil nama kucing dan dapat tindakbalas darinya kan?? Kendong2 kucing dan mendodoinya boleh beri kepuasan juga..

Iris ditanam guna 'bulb', betul ke? If so, I suka jenis tumbuhan macam tu. Dia mati, pastu dia tumbuh semula..

Selalu ke Ratna kuak lentang kat swimming pool tu?

bintangjauh a dit…

Salam Acik Erna,

Sama-sama kembali... anugerah semulajadi dariNya, semestinya dikongsikan bersama petanda kesyukuran segala puji-pujian hanya kepadaNya, dan diberi peluang menyaksikan keindahan semulajadi yang begitu cantik sekali, Alhamdulillah...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Kak Rose,

begini lah suasananya... diperindahkan dengan kuntum-kuntuman bunga-bunga disetiap kali musim bunga ini.

Terdapat banyak alasan mengapa Ratna tidak bersetuju dengan keputusan semalam namun itu lah pilihan rakyatnya Peranchis, oleh itu seharus sekali menerimanya walau pun tersedak sedikit!

Tiada satu parti politik yang bersih juga bersikap adil saksama, sukar sekali diamalkan bagi yang berpolitik sebersih seadil seperti apa yang telah dihujah janjikan, sudah itu keputusannya... lihat dan tunggu hasilnya disepanjang mandate-nya selama 5 tahun ini.

Semoga begitu hendaknya dimana ahli-ahli politik bersikap sebersih dan seadil yang boleh walau pun tahu ................? karena diTanah-air yang memimpin kebanyakkan berugama Islam setanding dengan concept agama yang dipegang lantas semestinya bersikap bersih, jujur, adil saksama diantara satu sama lain, semoga moga hendaknya...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam eLL, Tidak seluas itu wahai eLL taman halamannya sis Ratna sekadar boleh berpusing-pusing disekitaran yang seadanya, itu sahaja.

Begitu juga disini eLL, dari awal tahun lagi sudah di"brainwashed" non stop gitu... lumrah berpilihanraya dimana-mana pun didunia ini kok sama serupa caranya!

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam sis Iha,

seadanya sis Iha, seri kan suasana musim bunga dengan bunga bunga gitu rasa perasaan juga menjadi berbunga-bungaan cantik berseri...

Buat masa ini strawberry tengah sedang sarat berputik buah semakin hari semakin membesar nanti pabila hampir ranum Ratna peragakan itu buah-buahnya...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam Ahkak,

gambaran photo itu dipetikan dari belakang halaman dimana terdapat sebuah anak bukit berpokok-pokok, Ratna suka memandang jauh kearah anak bukit yang ber-horizon begitu, pagi tadi kelihatan beberapa ekor lembu dibawahnya pokok oak itu, sayang sekali tidak berkesempatan me-clip clap kan photo-nya.

Nostalgia berkenangan manis...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam CikSom,

Honey... peneman setia dan tempat mengadu nasib dengannya, pabila Ratna berkata bicara seolah tahu ngerti dengan apa sahaja yang ingin Ratna luah kan...

Iya, tepat sekali dari "bulb"... dimusim gugur dan sejuk terus berehat diam didalam tanah kemudian dari musim bunga timbul tumbuh kembali... gitu, jimat cermat berbungaan Iris tidak mati hidup selamanya...

Oh la la la... itu masa'alah yang terbesar sekali, semua KakakIpar juga Ratu-ratu Peranchis disini mengomel bermuncung mulut umpama bibirnya Angelina Jolie karena tidak ngerti mengapa punyai kolam renang akan tetapi tidak berenang-renang seperti ikan dolphin atau ber-aqua gym bagi menyehatkan satu badan, diatas alasan yang tidak boleh di-engkarkan dimana Ratna allergic dengan itu "chlorine" sudah dinasihati oleh docteur jangan sesekali terjun atau kuak lentang kedalam itu kolam renang kalu tidak mahu bermasa'alah... jadinya diharam kan...!

"Berkolam renang tapi tidak tahu menghargainya..." begitu lah komentar mereka semua walhal sudah kering anak tekak Ratna menerangi perihal yang sebenarnya... !

Salam manis semanis madu.

Muna a dit…

cantik...:)