mardi 1 mai 2012

May 1st...

| |


Setangkai dua bunga Muguet (Convallaria majalis) symbole hari Pekerja disini Peranchis ditanam dibelakang juga hadapan halaman dimana sukanya ditempat yang redup, baunya harum wangi serupa bunga melati. Sempena hari Pekerja 1er Mai/May 1st bunga Muguet ini telah dijual sebanyak sekitaran 50 juta tangkai!
Hari cuti umum, hari pekerja tidak pergi kerja disambut pada setiap hari per-1 bulannya 5 bernama May pada setiap musim bunga yang semestinya berbunga-bunga kembang mekar cantik berwarna-warni.

Iris berwarna kuning diraja sudah kembang-mengembang, sebelum hujan turun sempat me-clip clap gambaran photos malangnya mutu cahaya tidak begitu molek!

Begitu molek rupaparasnya...

Lilas.

Sepokok Lilas, bunga-bunganya sedang sarat kembang-mengembang dan baunya harum wangi sekali.

Dari semalam hujan turun merenjis berjura-jurai tanpa henti, maka terencat lah acara bercucuk tanam walhal  sempat juga bercucuk tanam itu dan ini dimana diawal pagi lagi berduaan dengannya CintaJL sudah pergi berlepas menuju ke Botanic tempatnya menjual segala bagai tumbuhan hijau berbagai nama dan rupaparas sehingga rambang sepasang mata memandang lihat menjadi kan diri terumbang-ambing untuk memilih yang mana satu pujaan hati.

Selepas makan tengahari terus keluarkan segala bagai alatan untuk menggali, mengorek dan mecangkul... juga tanah, compost&baja, tanpa membazir masa berlalu sebegitu sahaja sebelum hujan turun merenjis bermula lah acara tanam-menanam pokok-pokok bunga yang dibeli tadi.

Satu, satu... satu ditanam... Alhamdulillah, 2 pasu sudah di-isi dengan pokoknya dan tiga lagi ditanam ditanah dihadapan tepi tangga.









Nama-nama tanaman nanti dipaparkan...

Rimbunan bunga-bunga Bleuet yang semakin sarat mengembang...

Gambaran bunga Pissenlit yang sudah kering, jika ditiup... ianya akan terbang melayang seperti "parachute" dengan silhouette-nya yang cantik...

Yang ini sudah setengah rontok namun masih cantik rupaparasnya!

Strawberry sedang sarat berputik buah juga berbunga dikawasan Potager.

Anak Salade yang ditanam oleh CintaJL dikawasan Potager.
Seterusnya gambaran photos aksi karenah Honey Aristocat peneman setia si-BintangJauh, bermain-main diatas sepokok Prunus yang ditebang potong oleh CintaJL pada awal petang semalam.








  Adore photo ini.

Honey Aristocat berteduh dibawah rimbunan pokok Pivoine/peony setelah penat bertenggek duduk ditebangan atas pokok Prunus.

Voilà. 

6 commentaires:

eLL a dit…

salam sis.
rupanya ada bunga simbol hari pekerja ya? baru tahu. hehe.

seperti biasa, saya kagum dengan bunga dan nama-nama indah itu.

Pissenlit jelas sekali boleh buat Honey Aristocat bersin jika si honey menyapa dekat. Hehe. Apa Sis Rat akan memandikan Honey Aristocat setiap kali dia bergumpal di taman?

Anonyme a dit…

Happy Labour Day. Kami di Malaysia, libur sehari.Tapi ada yang libur sejak hari Sabtu hingga Selasa.So nice

Sini juga hujan lebat hingga malam. Sejuk..setelah beberapa hari panas terik. I like..Alhamdulillah..

Kenapa pohon prunus ditebang? Tidak berbuah?

Kalau musim sejuk nanti pokok-pokok berpasu simpan di rumah hijau bolehkan?

Ahkak

anariffin a dit…

happy labour day juge sis...
haha..sy sendiri umumkan cuti umum hari isnin..
jadi cuti panjang..
teringin nak menjamu mate dengan bunge2 cantik mcm sis..tp entahkan bile..huhu

bintangjauh a dit…

Salam kembali eLL,

iya, itu lah bunga berwarna putih suci berbau harum symbole hari pekerja disini Peranchis.

Bukan Honey sahaja yang bersin sis Ratna juga...
Tidak semestinya karena ditanah berlapik alas dengannya rumput tebal jadinya Honey tidak kotor cuma telapak kakinya yang seharus dilap kering jika rumput basah oleh turunan hujan...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam Ahkak, begitu juga dengannya Ahkak... boleh rehat bersenang lenang walau pun sehari... disini Ratna , berkebun berduaan dengannya CintaJL ditaman halaman.

Pokok Prunus ditebang potong karena sakit dimana banyak dahan-dahannya sudah reput berusia tua setengah bernyawa maka itu ditamatkan...

Iya, dimusim sejuk semua tumbuhan berpasu akan ditempat simpan dirumah hijau, gitu bilamasa cuaca bersuhu beku mereka semua dilindungi namun tahun ini suhu sejuk dingin yang melampau dingin banyak tumbuhan berpasu mati kesejukkan walau pun dilindungi...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam anariffin,

Begitu juga dengannya anariffin pasti sebok dengan persiapan hari bahagia...

Isya'Allah... satu hari nanti pasti akan terlaksana wahai anariffin bertentang sepasang mata dengan bunga-bungaan cantik itu...

Salam manis semanis madu.