mercredi 30 mai 2012

Peragaan petikan yang per-1

| |

Se-awal pagi... sekitaran jam 5 subuh, Honey Aristocat masuk dengan sepandainya membuka pintu kamar bilik boboknya si-BintangJauh, ber-meow meow lembut terus tersedar dari bobok bertanya kepadanya "iya apanya kena dengan kucingku Honey..."



Tidak kesampaian hati terus bangun lantas Honey Aristocat serta merta datang menghampiri BintangJauh dengan aksi manjanya, ya ampun ! rupanya sudah lapar... meminta dilayan seleranya yang kebuluran...

Selepas sudah memberi makan kepada kucingku si-manja-manja itu terus keluar menuju arah ke-taman halaman... seperti selalu, itu lah ritual-nya!


Se-cawan kopi memadai, berfikir sejenak... apa kah yang harus dilaku kan dahulu diawal pagi yang sudah bermentari jernih menjadikan rasa perasaan gemilang cemerlang karena ngerti bahawasanya hari ini tidak akan hujan petanda boleh sahaja lama dikawasan Potager/sayuran...

Selepas selesai sudah acara mecangkul dan mengembur selama 2 jam terus menerus dengan acara petik memetik pula... petik apa kah gerangannya itu BintangJauh?

Buah strawberryyyyyyy.....!

Hasil per-1, petikan per-1 secara banyak walau pun yang Bungsu sudah merasmikan dahulu namun hanya dipetik untuk dirinya sahaja... kali ini dipetik sebagai snack buat petang ini semahunya yang Bongsu.


Gariguette meruncing lonjong bertindih-tindihan bersama Charlotte yang bulat melebar bentuknya.


Alhamdulillah... Syukran kepadaNya yang maha Pemurah.

8 commentaires:

angahPJ a dit…

salam ratna..

ya allah.. geramnya tengok foto2 strawberry tu.. mesti manis rasanya seperti Ratna..

aznimatisa a dit…

salam ratna,
manis tak stoberinya? tempohari dekni g cameron, stoberi canti merah tapi sayangnya masam..

Anonyme a dit…

Strawberry! so sexy.

Semalam, jiran sebelah kanan baru pulang dari CH, jiran sebelah kiri ni dapat sebekas strawberry, 1 paket keledek, 2 brokoli, 1 paket jagung madu, 1 cauliflower. Alhamdulillah! jazaqallah..

Srawberry tu habis tak sampai 1/2 jam dimakan ber3 orang. Alhamdulillah

Ahkak

Nor Azira Mohd Yunus a dit…

Assalammualaikum.....sangat menggiurkan strawberrynya.

bintangjauh a dit…

Salam kembali Angah,

iya... rasa buah strawberry yang meranum oleh pancaran sinaran mentari begitu manis sekali tidak perlu digaulkan dengan manisan gula, lagi-lagi jenis Gariguette berbentuk lonjong meruncing yang begitu terkenal disini jika dibeli dimana sahaja harganya mahal! baunya juga harum mewangi...

Salam manis semanis madu.

bintangjauh a dit…

Salam buatnya Peminat,

iya... kesuntukan masa dan semenjak berkebun dimana diawal penanaman tumbuhan anak sayuran semestinya dijaga dengan perhatian yang secukupnya.

Juga bulan June ini ada lah bulan terakhir persekolahan jadinya Anak-anakanda semua sedang sebok menduduki peperiksaan diakhir tahun sebelum bermulanya cuti yang terpanjang sekali yaitu cuti musim panas yang bermula dari July 1 sehingga September 5.

Juga... Ratna sedang sebok mengemaskan dressing-room, sebok menyusun kemaskan kembali baju-baju pakaian dimusim sejuk untuk digantikan dengan pakaian bakal salinan musim panas nanti oleh itu jawapan komens dari Ratna begitu terhad sekali, Kemaafan dipinta semoga Peminat aka ehem "siapa geranganya?"...dapat memahami dengan keadaan situasi Ratna yang ter... padat dengan agenda tersebut.

Insya'Allah... bilamasa Ratna sudah tampak kelapangan masa tidak akan Ratna abai-hindarkan perhatian terhadap Peminat.

Salam manis semanis madu.

eLL a dit…

sudah matang untuk dipetik? erm, lazatnya strawberry. cicah coklat ya? hehe

Cik Eka a dit…

amboi bestnya tengok buah strawberry masak ranum..

mesti manissssssss
aduh eka dah terkecur liur ni sis