mercredi 23 mai 2012

Ratu-Ratuku...

| |



Percaya kah... setelah sekian dahulu lamanya nian sepeninggalan tahun-tahun yang dibiarkan berlalu sebegitu sahaja dengan simpanan sebuah harapan semoga-moga disuatu hari yang terpilih akan mungkin bertemu sua muka kembali...

Ya ampun... wajah-wajah Ratuku yang sesungguhnya masih segar di'ingatan kini menjelma kembali dengan kesan-kesan kenangan semasa di-zjaman persekolahan dahulu...

RR, hanya beliau seorang yang ada, selamanya erat rapat ikrab lagi setia... dengan gurauannya yang bersahaja selamba itu disambut terus dengan deraian gelak ketawa kedengaran menjadikan suasana ceria, mesra selembut bayu...

M aka Julia Robert, dengannya jika tidak berpinar minda oleh tutur bahasanya yang selamba lagi dipenuhi dengan ayat-ayatan mengejut lantas terus ter...gelak si-burung murai riuh rendah jadinya, terburai semua kesopanan yang dijaga rapi tanpa menghodohkan pembawaan diri.

Y, suaranya yang lembut mesra, tutur bicaranya yang menawan didengari, pembawaan dirinya yang penyayang umpama seorang Ibu yang mengasihi anaknya... tampak menyerlah anggun pembawaan dirinya.


H, oops L (lupakan itu H, gantikan dengan L katanya...), cantik dan comel juga manja senantiasa tidak berubah, serupa sama seperti dahulu, namun...

Kak Z, diantara yang terpaling humoriste, selamba lagi nyata benar tutur bicaranya, tanpa Kak Z kemungkinan suasana akan menjadi muram lagi malap tidak ber-bling-bling... gitu!

Gambaran mukadiri Ratu-Ratuku, sesungguhnya selama ini  menunggu menantikan saat ketika dapat dikelilingi oleh mereka semua dimana kini sudah dirawat ubati kerinduan yang disimpan lama selama 26 tahun!





Ratu-Ratuku yang kuKasihi.


8 commentaires:

love for life a dit…

which one is you kak ratna? teringin nak tgok muka.

bintangjauh a dit…

Salam love for life,

Kak Ratna tidak wujud digambaran photo itu karena Kak Ratna yang snapped kannya... maka itu!
Hanya Ratu Ratu yang berlima bergambar...

Salam manis semanis madu.

aznimatisa a dit…

Assalamualaikum Ratna bintang jauh,

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dapat dirimu kembali ke tanah air bertemuu saudara mara serta sahabat taulan yang dikasihi. Teruskan hidupmu dengan penuh perasaan kasih dan sayang.

Ceria dari dekni :-)

aimi a dit…

Alhamdulillahh, dapat betemu dengan mereka semua :) nanti boleh balik malaysia lagi :)

Anonyme a dit…

salam sahabatku RJ

nanti uji link kan
stori mori about the Ratus
di FB yek ..
mesti dorang seronok
dengar cerita Ratna ni .. :)


salam rindu dari sahabatmu
yang jauh beribu batu:
~ ujirazali ~



to Love for Life :-

bertuahlah kamu, kalo dapat
tengok muka kak Ratna kamu ni,
takkan dapat punya, dia kedekut
nak tayang muka dia .. hehehe ..


.

Muna a dit…

Salam SiS..

Jarang sekali (atau mungkin tak pernah) sis tonjolkan wajah2 di blog sis... Walaupun tuan punya muka tidak kelihatan tapi bila terpandangkan wajah ratu2 sis ini, boleh dibayangkan rupa sis yang penuh kelembutan dan menawan..;)

Cik Eka a dit…

eka bayangkan sis rat mesti cantik!!

hehehehe

Anonyme a dit…

AsSalam Ratna...

Rindu serindu rindunya.... lama tak bersua... Tak ada jodoh untuk kita bersua hari tuu...

Salam rindu...