jeudi 24 mai 2012

Sudah ditanam...

| |


Hari ini akan keBotanic membeli belah anak-anak pokok sayur-sayuran seperti courgette /zucchini, pelbagai jenis tomates, pelbagai jenis salades, kobis, celerie dan yang lainnya jika terpikat selera terhadapnya!

Sebelum itu dahulukan dengan peragaan sepasu anak pokok pandanus dari Kekanda Besar, lihat dan tatapi lah wahai Kekandaku... pokoknya sudah ditanam dengan sejahteranya...



Serumpun anak pandanus sudah ditanami dua hari nan lalu, tampak seperti hidup segar karena berdiri megah kelihatan dedaunnya namun tertanya-tanya juga dihati ada kah tanaman tumbuhan ini akan bertahan oleh cuaca disini yang tidak begitu sesuai lagi serasi... masih awal untuk dipastikan sama'ada positive atau negative hasilnya nanti.

Rasa perasaan serasa gemilang... bilamasa melintas dihadapan tanaman pokok pandanus ini...


Semoga moga akan tumbuh sehat hendaknya... Insya'Allah.

4 commentaires:

Cik Eka a dit…

semoga pandan @pandanus sis rat tumbuh mekar kembang gemuk2..lepasni boleh masak masakan melayu harum berbau pandan gitu....hehehe

Anonyme a dit…

Nak makan nasi lemak si Bintang Jauh yang masakkan. Nak makan pengat pisang si Bintang Jauh juga masakkan.
Gurau aja ya

nanti sampai waktu Winter masukkan sepasu itu ke salon. Kalau waktu terdekat pandan ini beranak, tanamkan sepasu lagi.

Ahkak

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat Ratna..

Pokok pandan memerlukan air yang banyak dan tidak sesuai ditanam di kawasan yang banyak menerima bahang matahari. Di Malaysia,pokok pandan lebih cepat membiak jika ditanam di kawasan takungan air di atas tanah bukannya di dalam pasu. Tapi zakiah tidak pasti tentang kesesuaian tanah dan iklim perancis....

Semoga tanaman pandan Ratna subur dan membiak dan aromanya semerbak mewangi masakan melayu Ratna...

enta omri a dit…

Bun.... wah wah wahhhh segar bukan main lagi pokok pandan nyarrr.... bagus jugak diberikan yg pokoknya besar sedikit, maka, tumbuhnya cepat gitu... siram banyak2 Bun. Kekanda bimbang jikalau musim sejuk tiba, bagaimana mau disimpan pokok pandannya itu...