vendredi 25 mai 2012

Yang bakal dicucuk tanam!

| |

Pagi tadi ke pusat Botanic membeli belah segala bagai sayuran dimana dipenghujung bulan 5 May ini ada lah bulan yang sesuai untuk mencucuk tanam yang semestinya dimula kan dengan pembersihan kawasan potager (dimana agak terlewat sedikit, tergendala oleh turunan hujan hampir setiap hari), sepulang dari Botanic tadi tanpa berlengah  CintaJL terus mengemburkan tanah, mencangkul bersih tumbuhan liar dan dipetang ini akan bermula menanam sayur-sayuran yang dibeli tadi.

Ini lah sayur-sayuran yang dipilih mengikut selera seisi keluarga,

Courgette/zucchini kuning, untuk masakan yang begitu terkenal yaitu Ratatouille!

Courgette/zucchini biasa.

Courgette/zucchini putih.

Yang ini semestinya ada, chili merah dan hijau.

Yang ini pujaan selera CintaJL, Choux Brussel/brussel sprout, semestinya ada!

Gabungan tumbuhan pokok bunga juga sayuran seperti salade, juga tomate hitam!

Peragaan pembelian pagi tadi.

Labu bulat, kepingin mencubai menanamnya...

 Buah labu Butternut, mahu mencuba menanamnya lagi sekali karena 3 tahun nan lalu berbuah kecil cenonet... kok tidak membesar seperti saiz yang sebenarnya, semoga kali ini berhasil jadi, Insya'Allah.

Tomate Cerise/Cherry/cocktail, yummy di-ngap sebegitu sahaja!

Tomate Steack ini elok untuk dimakan dengan pelbagai cara masakan.

Tomate Marmande sesuai sebagai salade.

Yang ini tomate Roma, elok sebagai sauce.

Pelbagai tumbuhan bunga yang dibeli juga sebagai gantian tumbuhan bunga yang mati kebekuan oleh musim sejuk nan lalu.

Geranium berbunga fuschia pink bersama bunga Cosmos berwarna chocolate.

Yang ini Geranium dedaun berkedut kerepot, tidak pasti bunganya nanti berwarna apa?

Yang ini Gaura berbunga merah.

Gazania, pujaan pilihan CintaJL, harus digantikan yang baru karena Gazania yang ada sudah letoi... beku dimusim sejuk!

Voilà... strawberry sudah bermula meranum... yang ini jenis Gariguette melonjong runcing bentuknya, baunya yag harum mewangi dan rasanya yang manis...

Dan yang ini masih muda belum lagi ranum, namanya ialah Charlotte, nanti pabila sudah cukup masak ranumnya akan diperagakan... sabar ya!

Sepulang dari TanahAir, keadaan taman halaman tampak seperti hutan belantara! Rumput-rumput naik tinggi berserabut, kuntum-kuntuman bunga semuanya rosak karena disepanjang semingguan yang lepas hujan turun tanpa henti, terlalu humide tumbuhan bunga tidak begitu suka... bilamasa memandang ke-arah halaman terus menarik nafas yang panjang dan berbisik sendirian gimana harusku mulakan dahulu... terdapat banyak kawasan juga pokok-pokok yang harus diberi perhatian secukupnya. Alhamdulillah... semenjak semalam sudah kelihatan terbit mentari dengan pancaran sinarnya yang gemilang, namun... ramalan cuaca menjangkakan bahawasanya cuaca diminggu hadapan hujan akan turun merenjis lagi dan suasana kelabu akan memonyok kan rasa perasaan .....

7 commentaires:

Arizakiah a dit…

Salam kasih buat Ratna....

Amboi banyak sungguh anak semaian yang baru dibeli....akan berseri-serilah nanti laman rumah Ratna...

Zakiah juga sedang bercucuk tanam di laman belakang....insyaallah jika tanaman sudah subur nanti akan zakiah peragakan di laman blog.....

Tidak rugi jika berbudi pada tanah....kelak mendapat hasil tuaian .....

Rupanya kita mempunyai hobi yang sama....

Anonyme a dit…

Pokok durian, pokok nangka tak mahu tanam kah?

Kalau berbuah sedap makan durian. Buah nangka muda sedap buat masak lemak chili padi + ikan masin. kecur air liur.

Pucuk manis pun senang juga di tanam

Ahkak

Kak Rose a dit…

Salam Ratna,

pastinya taman halaman akan menghijau dengan segala yg baru... pasti sejuk redup mata memandangnya. muga segala yg ditanam akan subur menghijau.

selamat bercucuk tanam...

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Banyaknya bunga2 yg Ratna nak tanam.
Saya suka Fushia, gazania dan geranium..tapi disini penjagaannya rumit sikit, tak boleh panas dan air pun.
Happy gardening!

eLL a dit…

wah. boleh ada jualan seperti ini? kalau saya beli semuanyaaaa...

Cik Eka a dit…

sisi..aduh geramnya tengok pokok2 yang nak ditanam tu..

geram tengok buah strawberry tu.tak sabar nak tunggu dia masak ranum..

kalo dekat ya sis,dah lama mintak petik..hehehehe

NaniRostam a dit…

Rat,


bakal ireng nanti bercinta dengan kebun....


tak pa...lepas tu putih semula.hehehe


salam kasih sayang....