jeudi 24 mai 2012

Yang seadanya...

| |



Ritual yang sering diamalkan bilamasa berduaan dengannya CintaJL ialah makan malam berhidang di-restaurant yang terpilih kemudian bertukar suasana pula dimana menjamu dessert manisan di hotel yang disangkakan yummy (seperti gambaran diatas Westin hotel, ke-sana karena dekat bersebelahan dengannya hotel tempat penginapan), ber-dessert kan vanilla bean ice-cream ber-topping cream chantilly dengan lelehan chocolat sauce suam suam hangat, verdict-nya... bof bof.. maksudnya tidak begitu yummy!

Disepanjang 6 hari diTanahAir, hari hari sekalian di-isi penuh sepadat yang boleh dengan kemampuan diri  menuruti kudrat minda yang seharusnya tabah karena kepulangan kali ini terdapat peristiwa sayu yang menyebakkan rasa perasaan lantas merasa bersalah pada diri sendiri tanpa sebab... hanya berbisik kepadaNya dengan persoalan begini "mengapa hidup ini tidak seadil seperti semahunya diri"...


Minuman pilihan si-BintangJauh begitu setia dengan  teh.. thé... tea ber-aroma kan dedaun segar mint pudina tanpa gula!

Berduaan dengannya CintaJL... sekian lama tidak berduaan seperti ini, namun... kok begitu sikap karenahnya... semahunya berkepit umpama raja&permaisuri sehari, sepasang matanya tidak akan lari dari perhatian memandang jeling yang tajam seolah sang harimau memandang tepat tanpa kerlipan... menjadikan si-BintangJauh lemas rimas nian senian-nya! Petanda udah lama tidak ber-dating seperti dahulu kala...

Apa sahaja yan di-idamkan dari segi pemakanan tidak banyak dirasa merasai karena masa itu banyak ter...lepas dan ter...cicir tersekat-sekat oleh perancangan yang tidak seiring dengan perancangan selainnya. Tidak mengapa... tidak merasa kempunan pun, hanya makanan... itu sahaja!

Juga terdapat banyak "wish list" yang tidak sempat diada nyatakan oleh kesuntukan masa&waktu yang begitu terhad sekali dimana harus dibelah bahagi kan dua diantara keluarga juga sahabat Ratu-Ratu sekalian.

Verdict persinggahan sekejap diTanahAir ialah minda merasa tawar setawar air paip, namun... hati jiwa perasaan merasa sayu... gumbira tidak terhingga sesungguhnya gumbira sekali... sudah sempat bertemu sua dengan ahli keluarga sepusat sepusing semua juga bersama sesuku hari dengannya The Assuntarian aka Ratu-Ratuku juga bertemu kembali dengannya Ratuku Nani, Hanis Zalikha juga Alisya, itu sahaja... sudah memadai, tidak kah begitu semahunya...

Diantara yang sempat dirasmi membeli belah ialah,

Pasar Tani PutraJaya, selonggok bunga-bungaan kantan, selambak dedaun kesum, segenggam dedaun salam, sekilo dua ikan bilis ber-grade triple A, buah rambutan buat yang Bungsu juga buah mangga.
Dari Kekanda Besar serumpun dedaun pandanus yang berakar supaya boleh ditanam, mahu mencuba disini Peranchis jika boleh bertahan dengan keadaan cuaca disini.

Di-Chow Kit kedai peralatan dapur, mangkuk roti jala bermuncung tiga, kok berupa paras sebuah mangkuk... tidak pernah tahu wujudnya seperti itu, yang di-ingini ialah yang berbotol plastik bermuncung tiga akan tetapi sudah habis jadinya itu Thawkey sarankan yang berbentuk sebuah mangkuk, iya... ambilkan sahaja pada tidak ada! Pengepit untuknya tart nenas, itu sahaja!

Yang sempat merasa itu dan ini ialah roti canai mamak, tidak yummy! Semahunya yang diPutraJaya... super duper yummy akan tetapi terlalu jauh, CintaJL berkata tidak semenggah mengikuti selera hanya kesana semata-mata karenanya oleh itu pergi sahaja ke-restaurant mamak yang terdekat dari hotel berjalan kaki disebelah B-Bintang Plaza! Dan juga, akhirnya dapat  merasa itu udang yang menari di Shook StarHill... juga manisan air cendol di Madame Kwan, itu sahaja! Selainnya tidak kesampaian...

Begitu juga acara dihari ke-2, selepas bermakan tengah'hari di Shangri La pasti menyinggah di-boutique Seijun tempatnya salinan sepasang baju kurung modern dihari raja&permaisuri sehari nan silam dimana Madame Irene yang menyempurnakannya, beliau begitu ter...kejut karena si-BintangJauh masih mengingatinya dan terharu dengan singgahan bertanya khabar walau pun sebentar cuma. Setiap kali ke-boutiquenya tidak berpeluang bertemu sua dengannya karena beliau di Brunei, Paris atau di Milan.

CintaJL mengucapkan ribuan TerimaKasihnya kepada si-BintangJauh dengan persinggahan sekejap itu karena dapat berehat secukupnya, walhal... sepatut semestinya di-pehak si-BintangJauh yang berterimakasih kepada CintaJL karena tanpa pelawaannya yang bertaraf "paksaan" pulang ke-TanahAir  pasti sekali si-BintangJauh masih terkial-kial tidak tentu keruan sama'ada iya atau tidak mahu pulang, puncanya hanya dengan satu sebab yang begitu "pathetic" sekali yaitu takut seram sejuk sesungguhnya dengan itu pesawat kapalterbang! 
CintaJL telah berjaya menyakinkan si-BintangJauh dengan adanya beliau mendampingi disisi, selama 12 jam voyage diatas langit menjulang tinggi... melegakan  pesaian "phobia" itu!

Gambaran photos tidak banyak diambil karena setiap kali diri bagai teragak-agak... kurang kepastian tanpa apa juga alasan, cuma terasa seperti tidak begitu penting walhal gambaran photos itu ada lah petanda kesan-kesan kenangan buat kemudian hari nanti, namun dibiarkan sahaja bilamasa setiap suasana manis semanis madu itu terpendam sebegitu tanpa peninggalan kesan yang nyata bergambaran secara photography.

Pasti nanti, persinggahan seterusnya akan bersama yang Sulong, yang Tengah juga yang Bungsu... jadinya akan lengkap sempurna seisi keluarga berjumlah 5 dan persinggahan itu nanti pasti lama sekitaran satu bulan! Insya'Allah...


7 commentaires:

Muna a dit…

Sis, bila agaknya tu..;)

eLL a dit…

tidak sabar menunggu sis liburan sebulan itu. mana photo bersama Kak Nani/Hanis/Alisya itu? tunjukkan...

Cik Eka a dit…

bestnya dapat balik malaysia........ bila lagi mahu pulang tu sis....

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Ratna sebulan baru puas balik kampung... tempat2 yg telah meninggalan kenangan manis dan makanan yg lama tidak dirasai mesti akan dikunjungi nanti.

Selamat menanam daun pandan, dan juga acuan roti jalanya, selamat mencuba.

angahPJ a dit…

salam ratna..

patutlah lama menyepi.. rupanya pulang ke malaya! Tentu rasa panas terik barada di sini.. kebetulan sekarang memang panas luarbiasa melanda bumi bertuah kita.

Anonyme a dit…

assalam Ratna
Tak sangka ada orang tu takut naik kapalterbang, hehe.. *calet sket*.

Bila kali terakhir you balik Msia?
Acuan roti jala yg you nak tu ada dijual dikedai Daiso.

Balik Msia sebab ada kematian tempoh hari ke? Baiknya hubby 'paksa' you balik Msia. Psst...dia ekori you dgn lirikan mata sbb dia takut you tak mau balik ke Perancis lagi kot? hehe..

CikSom

NaniRostam a dit…

Salam rat...selamat kembali ke katil kesayangan mu hehe...alhamdulillah.


Terima kasih atas segala buah tangan buat nani dan Liana..terima kasih kerana ada di situ untuk nani mengadu rasa dan sebagainya.

Terima kasih atas segalanya.