samedi 9 juin 2012

Bunga & Buah...

| |

Hari Khamis, dipertengahan pagi yang berangin melesukan rasa perasaan karena tidak dapat berada ditaman halaman... serasa kurang selesa pabila angin bertiup sebegitu sekali sekejap deras sebentar kemudian kok lembut hembusannya... tetiba terdengar dari luar nama dipanggil seru berkali-kali... teragak-agak juga untuk melihat ada kah sesiapa diluar pagar walhal tidak menanti tunggu sesiapa pun yang akan datang bertandang pada hari ini.


Semakin jelas nama dipanggil, serta merta terus memandang melalui tingkap, iya yang benar... rupa-rupanya seorang jiran kenalan tercegat dihadapan pintu gate, ya ampun... hampir sebulan tidak bersua muka...



Madame Ie bersama dua anak-anak perempuannya yang cantik comel sekali, rumahnya terletak nun disana atas dataran sebuah bukit sebelah kampongulu ini. Setiap kali datang bertandang tidak pernah bertangan kosong pasti ada sahaja buah tangan sebagai penyeri.


Sepasu pokok dari keluarga vivaces berbunga unggu kebiruan dimana namanya ...? Kebetulan Madame Ie datang berkunjung lansong mengambil kesempatan persembah kan sebuah buah tangan sebagai hadiah buatnya yang dibeli bawa dari TanahAir tempoh'hari petanda memberi dan menerima dengan se'adil  dan saksama. Madame Ie pabila bercuti dimana sahaja pasti ada sahaja buah tangan hadiah darinya, maha mengingati juga maha pemurah orangnya.

Disamping itu, peragaan...
Buah-buahan yang dibeli terus dari producteur sepulang dari Tain L'Hermitage dimana berhenti membeli buah-buahan ini di Romans sur Isère Drôme yang terkenal dengan buah-buahan juga sayur-sayurannya.

Buah Abricots/apricots, manis...


Buah Cerises/cherry merah menyala, manis masam dan bersaiz besar, semasa dibeli katanya Cik Adik yang menjual buah cerises ini baru sahaja dipetik jadinya maha segar gitu...


Yang Bongsu terus ngap satu satu semasa disepanjang jalan pulang ke-kampongulu.

Menjadi geram dengan warnanya yang galak "flashy" itu, makanya dibeli si-buah cerises ini sebanyak 4 kg, setengah untuk dirumah kampongulu dan separuh lagi untuk diGrenoble.

Voilà!

10 commentaires:

Nor Azira Mohd Yunus a dit…

Assalammualaikum Pn Ratna,

Sebenarnya baru je bertemu dgn blog Pn. Itupun bila terbaca komen2 Pn di blog Pn Nani, langsung terpikat dgn gaya penulisan dan menjengok ke blog Pn. Skrg dah asyik sampai satu hari boleh buka berkali2...blog Pn Nani pula dah jarang saya singgah. Anyway, terhibur membaca blog Pn....maybe boleh bercerita lebih lanjut lagi ttg kisah cinta Pn dgn suami hingga kisah perkahwinan.Sgt romantik terutama bab dilamar nun di atas Mont Blanc. Terimakasih.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam Nor Azira Mohd Yunus,
Juga salam perkenalan dari BintangJauh aka Ratna...

Kebetulan Nor Azira bertanya bahawasanya hari ini yang bersamaan June 9 ada lah hari UlangTahun Perkahwinan Ratna yang berusia 22 tahun, Alhamdulillah...


Nanti-nanti Ratna akan sulam kan kisah-kisah L'amour itu ya, untuk pengetahuan Nor Azira mengapa hari ini Ratna tidak menyebut nyata kan mengenai "wedding anniversary" di-blog entry hari ini? Karena... serasanya tidak ada pentingnya dicanang-kompangkan pada setiap tahun cukup lah dengan pengumuman yang sebelumnya begitu berada ditempat yang sederhana senantiasa dan mengingati "hari Raja&Permaisuri sehari" itu sebagai kenangan yang sudah-sudah sahaja... memadai sesungguhnya!

Oh... jangan dilupa kan sahabat sejati Ratna itu... blog Puan Nani begitu Vogue! Jengok jengok kan ya...

TerimaKasih kembali karena menghargai mukadiri blog Ratna ini.

Salam manis semanis madu.

Mamasya a dit…

Salam kenal & happy wedding Anniversary buat Ratna, moga tambah bahgia dan sejahtera. baru jumpa blog Ratna..... cantik gambar2 di blog ni. tengok buah cerry yg fresh tu....alahai rugi pula tak membeli semlm.... ada jumpa org menjaja buah cherry tp tak terlintas nak membelinya. suka tengok macaroon dan lain2 yg dibaking kat bawah tu...tumpang jamu mata.
slmt berhujung minggu

bintangjauh a dit…

Salam Mamasya,

Salam kenal kembali buat Mamasya juga terimaKasih segunung tinggi dengan ucapan doa tersebut.

Iya... sekarang ini ada lah musim buah-buahan seperti buah cherry untuk musim bunga dan apricot pula untuk musim panas akan tetapi ia-nya meranum mengikut tempat region-nya maka itu berpeluang merasa buah apricot datangnya dari sini dimana sekarang banyak terdapat di-market datang terus dari Spain yang rasanya begitu berbeda tidak manis, tawar tanpa rasa buah yang sebenarnya karena ditanam di-rumah hijau.

Begitu juga dengan Mamasya, Ratna mengucapkan selamat berliburan ceria dihari Ahad bersama seisi keluarga. Ratna sudah menjengok-tatap blognya Mamasya, ya ampun... masakan semua begitu menambat selera dan menarik cantik sekali.

Salam manis semanis madu.

mizzura a dit…

Salam kenal,

BW sampai terjumpa blog ni. Rasa macam betul ke ni blog orang Malaysia..Lawa semua deco2 dlm ni ala-ala konsep segar gitu..Boleh la jadi inspirasi..Suker!!

Jemput baca,
Madagascar 3: Europe Most Wanted

Art lover, cinnamonworldofcolours a dit…

Aslmkm Ratna..
Bunga yg dipamer itu namanya Bell Flower kan. Dulu saya pernah membeli dan tak bertahan lama.
Sedapnya tengok buah Cherries tu..disini terlalu lah mahal.

Nor Azira Mohd Yunus a dit…

Assalammualaikum,

Oooo Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan. semoga berkekala dan dirahmati Allah SWT selalu.

Cik Eka a dit…

warna ceri dia,wow menggoda..rasanya mesti sedap..kat mlysia ni mana nak cari ceri segar camni..semua dah ditin kan...

Nor Azira Mohd Yunus a dit…

Assalammualaikum Pn Ratna,

Saya baru terbaca komen Pn. mengenai Bahasa Jiwa Bangsa di blog Demi Negara. Saya juga sependapat dgn Pn Ratna. Jika Pn boleh memberi emel Pn, saya ingin berbicara ttg topik ini dgn lebih lanjut lagi. Ini emel saya, noraziramohdyunus@yahoo.com. terimakasih.

bintangjauh a dit…

Salam kenal juga buat mizzura,

Kak Ratna dilahir besar kan diMalaysia jadinya 100% orang Melayu tulen... mengapa penyampaian bahasanya ada berbunyi campuran? karena AyahdaDaddy juga Moyang bertutur juga menulis menerusi bahasa lama silam klasik maka itu di-penulisan menjadi agak berbeda jika dibanding kan dengan penulisan yang terkini yaitu bahasa baku/rasmi BM sekarang ini.

Gimana pun, terima lah Kak Ratna dengan seadanya walau pun cara penulisan bahasa di-blog ini penghalang untuk menjadi cara penulisan yang bertaraf Vogue!

Salam manis semanis madu.